Followers

HITS

Friday, June 10, 2016

Siap Juga Akhirnya!!

Passport Perjalanan Terhad
Alhamdulillah...Passport Biru kami merangkap Pas Kerja En suami dah siap juga akhirnya... Sebenarnya dah siap dari 2 minggu lepas lagi. Cuma aku je tak sempat nak update pasal hal ni.... Ku risau gak la kalau tak sempat siap sebelum 21 hb 6 ni... Sebabnya kalau ikutkan Pas kerja En Suami dan juga Passport kitaorang ni memang kena siapkan sebelum tu.. 

Passport ni digunakan untuk masuk Sabah Sarawak sahaja jika dari Semenanjung Malaysia.. Janganlah tanya kenapa..Dah memang itu Prosedurnya.. Jika sekadar datang sekejap2 je, hanya akan diberikan satu slip dari Imigresen ketika sampai Sabah / Sarawak dan sebelum keluar dari 2 negeri itu, slip itu kena kembalikan balik pada Imigresen. Jangan plak hilangkan..

Aku rasa prosedur Pas Kerja En Suami ni ada kaitan juga la dengan Jawatan yang En suami pegang sekarang ni.. sebabnya, masa aku jumpa dengan sorang staf suami sebelum ni, dia bagitau aku prosedur pas kerja dia ambik masa lama gak..hampir sebulan setengah. Yang kitaorang ni, tak lama pun ..nak masuk minggu kedua, dah siap. Alhamdulillah...

No comments: