click...click...

HITS

Followers

Wednesday, June 15, 2016

Resipi Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi

Selain menu feveret aku dan en suami, dah tentulah ni la dianyaaaaaa..menu feveret anak2 aku juga...

Kali ni memang rezeki kitaorang sangat2 la kat Tamu Tuaran ni. Jumpa pucuk paku, jumpa siput sedut...memang happy sangat2 la ..

Murah plak tu.. 2 pek RM 5. tapi nak siang mak ai....Sejam weh...rasa penat tang siang tu je...sib baik la time tu anak aku no 2 tu, Danial tolong2 gak..kalau tak, lagi lambat la aku siang...

Ni resipi aku masak Siput Sedut tu ya

Resipi : Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi

Bahan2

Siput Sedut, dipotong tang belakang tu sikit dan kemudiannya dicuci sehingga bersih.. hilang kotor2 pasir tu.
10 biji cili padi - dikisar
2 biji cili merah - dikisar
1 bawang merah besar - dikisar
3 batang serai - dikisar
Kunyit hitam 2 inc - dikisar
Santan 1 kotak
Air
Garam
Gula
2 keping asam keping

Cara2 :

Kisarkan bahan2 tu dulu...selepas siput sedut tu dibasuh sehingga tahap kebersihannya terjamin, maka bolehlah masukkan ke dalam periuk bersama bahan2 yang dikisar tu..letak juga sedikit air. 

Kemudian, masakkan nya dahulu...biarkan seketika kemudiannya barulah masukkan santan sekotak tu tadi. masak sehingga santan tu sebati , dan kemudiannya barulah masukkan gula, garam dan asam keping.

**aku tak masukkan daun kunyit tau..sebab tak jumpa lagi orang jual kat sini..mulalah rasa2 nak menanam balik ni...**

Lepas tu, bila nampak dah mendidih, bolehlah tutup api...Siaplah sudah Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi versi aku di mana aku lebih suka blend sekali dengan serai ...sebab tu jadi warna macam ni, sama warna macam kat kedai SELERA UTARA, nun di KL tu... terubatlah rasa rindu pada masakan kat situ bila dapat masak sendiri ni...


agak pedas juga bila daku rasa time berbuka tu..budak2 siap tambah kicap lagi..
so kalau korang tak nak pedas sangat, kurangkan cili padi tu ya...

2 comments:

idzwa kamaruddin said...

ko dah bagi aku idea nak masak ape ptg nie..hehehe..masak lemak !

Nurhidayu said...

hahaaa...selamat memasak izwa