Followers

HITS

Thursday, June 16, 2016

Resipi : Sambal Tumis Udang Petai

Salam korang...

Hari ni daku nak share plak Resipi Sambal Tumis Udang Petai, di mana ia merupakan menu yang dah lama aku tak masak ..

Masa ke Tamu Tuaran hari tu, aku ada juga jumpa petai..apa lagi..Walaupun En Suami dah jeling menjeling, daku ignore je..hahaaa...Ku beli gak la 1 ikat petai tu dengan harga RM 4 ..ada la 3 tangkai..jadi la..aku bukan nak makan banyak2, nak ambik bau dia ja..

Udang plak, aku pilih size sederhana macam ni je..Minggu lepas dah jemu makan udang besar2, aku lebih suka makan udang2 macam ni je..senang sikit nak makan.

Resipi : Sambal Tumis Udang Petai

Bahan2 :

500gm udang 
Petai yang dibelah tengah
Cili Kering - dikisar
Bawang merah kecil - dikisar
Bawang putih - dikisar
Belacan - dikisar
Bawang merah besar - dipotong bulat2
Asam keping
Garam
Gula
Kicap Manis
Serai - Dihiris kasar2
Air

Cara2 : 

Bersihkan udang. Petai dikopek dan dibelah tengah. Sementara tu, cili kering dikisar bersama2 bawang merah kecil, bawang putih dan sedikit belacan.

Panaskan api, letak minyak dan tunggu sampai minyak panas.

Masukkan bahan2 yang dikisar tadi...Masak sehingga pecah minyak...Nampak dah kering letakkan sedikit air dan masak lagi sampai betul2 kering dan pecah minyak...

Kemudian, masukkan serai yang dihiris2 kasar tu, ada yang suka blend bersama2 cili kering tapi macam aku lebih suka letak macam ni, bau dari serai tu apabila dimasak bersama cili kisar tu memang wangi.

Masukkan petai dan kacau2 seketika dan akhirnya barulah masukkan  udang...Time ni kalau nampak macam kering sangat sambalnya masukkan sedikit air...masak seketika dan kemudian letakkan asam keping, gula, garam dan sedikit kicap sebagai penambah rasa...

Tadaaaaaaaa...dah siap..

My Feveret

No comments: