click...click...

HITS

Followers

Tuesday, June 14, 2016

Resipi Pucuk Paku Tumis

Sejak pindah Ke KK ni, daku dah lama mencari sayur pucuk paku tau...Kalau kat Parit Raja dulu, memang sentiasa la ada kalau ke Pasar Tani tu.. Ni dah masuk beberapa bulan setiap kali pi Tamu, tak ada la plak aku nampak...

Nak dijadikan cerita, masa pergi ke Tamu Tuaran baru2 ni, aku ada la nampak ada sorang kakak ni jual sayur2an kampung...tup2 mata ku dah terPAKU dengan PUCUK PAKU tu..Alhamdulillah...ada la rezeki aku untuk makan Pucuk Paku ni...

Pucuk paku ni, biasanya aku masak lemak atau buat kerabu..tapi kali ni aku nak masak Versti Tumis plak.

Resipi : Pucuk Paku Tumis

Bahan2 :

Satu ikat Pucuk Paku, dipotong2 kecil. Batangnya aku ambik yang muda2 je, yang keras2 aku tak ambik.
Sedikit Udang kecil 
5 biji cili padi - dikisar
2 biji cili merah - dikisar
2 biji bawang merah kecil - dikisar
Segenggam ikan bilis - dikisar
Sedikit belacan - dikisar
Garam sebagai penambah rasa (jika perlu)

Cara2 :

Lepas potong pucuk paku tu, basuhkan beberapa kali.
Kisarkan @ blend bahan2 yang perlu dikisar tu.
Aku blend kasar sebab tak nak halus2 sangat
Panaskan minyak
Masukkan bahan2 yang dikisar itu dulu, masak sehingga kekuningan 
Masukkan udang dan masak seketika
Masukkan pucuk paku tu tadi..
Kacau2 sampai daun tu layu.

Agak2 tak berasa bolehlah letakkan garam, tapi macam aku tak letak dah la..ikan bilis dan belacan dah ada, memang terasa ok dah la..

Versi aku ni masak kering2 ...Kalau nak letak air ke apa ke, silakan..ikut korang nak macam mana ya.



Aku boleh ratah macam tu je tau!!

2 comments:

Siqah Hussin said...

Sedapnya pucuk paku. Siqah pun dah lama tak makan..

Nurhidayu said...

kan..akak pun sama..memang feveret pucuk paku ni