click...click...

HITS

Followers

Thursday, June 16, 2016

Ramadhan Iftar DI KK : Restoran Sri Melaka

Sesekali dapat berbuka di luar best juga kan..

Nak dijadikan cerita, sabtu lepas En suamiku nak settlekan satu hal di KK. cadangnya nak pergi pagi, mmm..tapi2 tau2 la..hujung minggu...last2 kitaorang keluar jam  3 petang... 
sebelum sampai ke KK Time Square tu, En suami singgah ke sini dulu untuk booking tempat berbuka hari tu..seronoknya aku..tak payah masak untuk berbuka hari tu..

Nama Restoran ni Restoran Sri Melaka, terletak betul2 tengah Town KK. nanti aku akan update full address Restoran ni ya. Act, ni adalah kali kedua kitaorang makan di situ. Sebelum ni pernah dah sekali, tapi aku tak update pun kat sini. Kali ni, sebab tema berbuka puasa, maka datang la kerajinan aku untuk update..
Nak balik baru snap gambar
Aku order Assam Fish atau lebih dikenali ikan asam pedas...Ni memang feveret aku dan en suami la..sebab sedapppp sangat..terubat la rasa rindu kat Asam Pedas Johor tu..Menu lain , Butter prawn dan juga kangkung belacan. Semuanya aku order small je ..sebab memang cukup dah bagi kami anak beranak makan.

Menu Masakan Baba Nyonya
Lepas je order, kitaorang ke KK Time Square..Alih2 kedai tu tutup dah ....mmm..terus kitaorang singgah solat kat Masjid Bandaraya dan kemudiannya ke CP plak atau Centre Point...Suasana kat situ sama macam Plaza Sungai Wang  @ pun Kompleks Pertama... Memang meriah la...beza betul dengan suasana di Imago @ 1 Borneo Mall. 

Untuk budak2, memang diaorang sediakan Pinggan dan Cawan Ikea untuk diaorang..
Dah jalan2 kat situ, kitaorang pun gerak la ke Restoran tu tadi...Memang penuh la time tu..Mujur la  aku booking awal. Kalau tak, mesti tak dapat lagi merasa Assam Fish tu.. Macam hari tu gak, sayur kangkung tu walaupun order small je, tapi banyak sangat....aku tak berapa makan nasi sangat, lebih kepada meratah2 lauk je...

Lepas habis je makan, kitaorang pun balik.....Restoran ni memang sesuai untuk mereka yang sukakan sesuatu yang berlainan ...tempat pun menarik, ada aircond bagai..bertutup lagi tau..so, memang selesa la... 

3 menu je, tapi dah cukup utk kitaorang..kenyang sangat
Kalau korang2 jalan2 ke KK, jangan lupa singgah Restoran ni ya :

Restaurant Sri Melaka
No. 9, Jalan Laiman Diki, Kampung Air,
Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: +6088 224 777 / +6088 213 028
website: www.srimelaka.com
Business Hours: 10.00am - 9.30pm


No comments: