Followers

HITS

Sunday, June 19, 2016

My Luvly Kids


Lamanya tak cerita pasal anak2 ....Alhamdulillah, dah masuk 14 Ramadhan kita berpuasa... So far setakat ni Hariz tidak pernah tinggal lagi puasa.. Danial?? mmmmm..bangun sahur hari2 bangun..siap aku bersuap lagi.. kalau hari sek, tah macam mana la dia boleh pergi makan juga..awal2 tu siap share makan dengan kawan dia lagi...Aduhai... dia kata tak larat, penat... 

Ok la, aku dan En suami pun tak nak memaksa dia puasa .. At least, dapat bertahan setakat mana dia mampu je.. Hari cuti plak, ingatkan dapat la juga bertahan..alih2, ada sekali tu dekat2 jam 4 lebih tak tahan dah...bagi je la dia makan...Macam hari ni plak, dah elok dah bangung sahur sama2, lepas je kitaorang keluar beli barang2 tadi, dalam jam 1 lebih tu dia sakit perut ...Suami kata angin dah tu..Dia sampai nangis2 nak makan juga...Tak terkata la aku..

Bila aku call Mak, Abah dan Kakak aku plak, diaorang pun kata benda yang sama.. Tak payah paksa sangat dia puasa, tengok dia boleh takat mana...Lagi pun, elok dia solat betul2 dulu dan kemudiannya akan senang dia berpuasa terus.. Ada benar juga la kata mak abah dan kakak aku tu. Sebab aku tengok Hariz pun macam tu dulu..

Baru2 ni kitaorang ada Iftar Perdana dan Khatam Al Quran antara Staf dan Pelajar IKM di Surau situ. Jadi ada la Majlis berbuka puasa sama... Aku tak pergi time Khatam tu sebab time tu Nayli tengah tido .. Tunggu dia bangun dulu , lepas mandi dan siap2 baru la pergi.. Malam tu makan Nasi Briyani.. Ok la...Tapi serius, sedap lagi Nasi Briyani kat Johor tu...

Berbuka time cuti sabtu ahad ni, baru lah aku dapat masak menu tambahan sikit..Macam semalam aku masak LAKSA...mmm..next entri aku share cara2 nak masak Laksa ya..Yang pasti, VERSI aku semestinya MUDAH dan CEPAT....
Banyak kali dia Request buka roda tu, tak jumpa2 lagi kedai yang sesuai


ni la dianya, Danial...anak no 2 aku...

Satu2nya anak perempuan aku, Nayli...yang bestnya dia dah suka pakai tudung..
tapi aku akan pakaikan dengan betul la..



No comments: