click...click...

HITS

Followers

Tuesday, June 07, 2016

Island Hoping di Pulau Sapi, Kota Kinabalu

Habis je program pagi tu dalam jam 11 pagi, kitaorang sambung terus aktiviti bersama keluarga Abang Ipar.. Diaorang nak pergi Island Hoping..

Sampai je di Jesselton Point, sebabkan ramai orang dan cuaca pun macam tak menentu, kitaorang ambik pakej pergi satu pulau je, iaitu Pulau Sapi dengan charter 1 boat.

Parking je di sini dan berjalan kaki ke Jesselton Point

Ambik pakej di sini..rupanya, ada yang share ambik pakej di situ agak mahal sikit..
boleh ambik yang murah sikit kalau naik di tempat lain iaitu di Pasar Philipines..
Tak apa la, dah abang ipar aku nak naik di sini..kitaorang follow je la..

Time pergi memang best...dalam 20 minit gak la dalam boat tu.. konon2 nak stay sana dalam 3 jam gak la..Kat sana ada disediakan kemudahan Cafe, Surau, Toilet dan Tempat mandi..Jadi agak selesa juga..

Jeti di Pulau Sapi

4 dewasa, 6 kanak2 1 boat  1 pulau RM 300..mmm..

Sampai2 je apa lagi kan...

ada hikmahnya bila hp aku rosak..

maka aku boleh la guna camera kopak ku itu..waaaaaaa

En suamiku layankan je la perangai ku ni..

Signage Pulau Sapi..

Bergambar la dulu ...

Sekitar jam 2 lebih tu dah mula hujan rintik2..apa lagi kan, cepat2 panggil diaorang naik dan mandi2 tukar baju semua dan terus balik...

Otw balik tu, hujan dari rintik2 sampai la lebat juga...lagi 5 minit macam tu nak sampai kat jeti, memang lebat selebatnya la...habis semua basah kuyup.. Yang Nayli plak, sebabkan dari pagi mandi, lepas tu sambung plak kat Pulau Sapi plak, maka ketika dalam bot tu memang dia lena sungguh2 la...sampai hujan lebat pun dia tido gak...

fuhh..mencabarnya...

Memang seronok, next time boleh plan pergi lain .. Aku la frust sebab tak de bawa baju spare apa2 ..sebab tak tau prog diaorang nak ke mana....kalau tak , rasa2 memang terjun gak laaaa...

Ni plak gambar anak2 aku mandi2 di sana..yang bestnya, anak2 buah ku ni tak mandi pun sebabnya birasku terlupa nak bawa baju2 diaorang..tertinggal di dalam kereta...So, diaorang main2 air je la...

mandi manda

tukar giliran.. En suami plak  jaga diaorang mandi..time ni aku dan biras pergi solat dulu

Nayli yang begitu seronok sangat dapat mandi LAGI!!

main pasir je la korang..

Berani betul dia..


Bersama Dania..



2 comments:

Siqah Hussin said...

subhanallah :) lawanya kak! sabah memang terkenal dengan keindahan pulaunya kan. teringin sangat nak ke pulau di sabah. pergi perhentian je pun dah wow kalau sabah tak tahulah camne.
seronok bermandi-manda :)

Nurhidayu said...

memang lawaaaaaaaa sangat Siqah..mau rambang mata dibuatnya bila dah dapat pi sini..tp ralat sangat2 la..sbb dressing tak sesuai..hahaaa