click...click...

HITS

Followers

Friday, June 24, 2016

HARI BERTEMU CIKGU SEKOLAH

Pagi ni ada sessi mengambil Rekod Kemajuan Murid dengan Cikgu Kelas. Bertempat di Dewan Sek. 

Fuhhh...dalam surat bermula jam 9 pagi, ku sampai jam 8. 15 pagi pun dah ramai tau!! Masa sampai tu, dewan memang tak buka lagi. menunggu la kejap...Mula2 En suami nak datang gak, tapi sebab dia ada Prog Bacaan Yassin dengan staf dia pagi ni, dia datang lambat sikit la... 

At last, jam 8.45 pagi, dewan pun dibuka dan terus menuju ke bahagian Kelas 2 Kenanga dulu.. Settle Kelas 2 Kenanga, baru lah ke 1 Teratai plak...

Since dah settle awal, En suami pun tak jadi la datang..Balik singgah Ofis jap & tunjuk la Rekod diaorang..

Walhal, kitaorang sebenarnya dah tau awal2 lagi dah result diaorang...Masa cuti sek baru2 ni pun, aku hari2 check dalam sistem SAPSNKRA...

Hari ni datang nak dengar sendiri komen dari CIkgu Kelas diaorang masing2..Baru la puas hati kan...

Cikgu Kelas Danial, Puan Norata melaporkan terbaru Danial dah dipindahkan tempat duduk dari belakang ke HADAPAN..

Betul2 depan meja cikgu. Aku terus menyatakan sokongan dan galakan. Aku tau, dak Danial ni dari SK Jelotong lagi suka betul menyembang..eh, sejak dari Pra la... 

So, bila dia dah duduk depan ni , ada la kebarangkalian tidak menyembang sangat... 

Hasil dari Ujian pertengahan tahun ni, ada beberapa subjek yang perlu ditekankan iaitu BM (Pemahaman & Penulisan), BI (Penulisan) & Matematik (Kertas 2) Bila diperiksa oleh daku sendiri kertas2 peperiksaan dia, daku tengok yang soalan panjang2 memang dia tak buat. Bila ditanya, kenapa?? dia bagitau banyak sangat nak dibaca, penat la..letih la...aduiiiii la anakkkk..

Puan Norata juga ada memberikan tips2 bagaimana untuk melatih Danial untuk menulis dengan cepat.. Insyaallah nanti nak praktiskan untuk dia...

Puan Rahimah melaporkan bahawa Hariz ok dalam kelas, macam biasa memang PENDIAM. tapi, sejak berkawan dengan sorang budak ni , nampak la juga dia ada menyembang2 sikit dalam kelas.

Dari segi matapelajaran plak, ada beberapa subjek kena tengok balik, mcm Matematik dan BI Pemahaman... So far, result dia memang meningkat dari sebelum ni...

Usaha lagi untuk peperiksaan akhir tahun plak ya...

Menuju ke Dewan Sek..

Dewan Sek ..saja la duk depan2 dewan...kut2 dapat awal masuk ke kan..

Akhirnya, memang pun..aku antara yang terawal beratur di 2 Kenanga...Kelas Meor Imran Hariz

Kelas 1 Teratai..kelas Meor Imran Danial


Cikgu Kelas Danial, Puan Norata

Cikgu Kelas Hariz, Puan Rahimah

Suasana di dalam Dewan



Semua Kelas ada di sini..

Sempat snap gambar budak2 ni dulu sementara tengah beratur


Masing2 sibuk tengok result diaorang...walhal, 2 hari sebelum tu kitaorang dah tengok sama2 kat SAPSNKRA...

Anak2 bergambar di kawasan IKM KK sebelum mengadap En Suami...

No comments: