Followers

HITS

Wednesday, June 08, 2016

Antara Tempat Tarikan Di Kota Kinabalu WAKTU MALAM

Cadangnya lepas pergi Island Hoping tu, nak la stay je terus kat KK. sebab malam tu nak tengok Musical Fountain Show kat Perdana Park, Tanjung Aru. Tapi, dah habis semuanya basah kuyup, memang balik gak la rumah dulu. Seperti yang dijangka, jalan agak sesak juga walaupun kitaorang ikut jalan 1Borneo Hypermall.. Abang ipar aku plak, diaorang nak terus ke Jalan Salut. Nak makan Lokan Bakar tu, so diaorang ikut Tuaran Bypass. 

Lepas Maghrib baru kitaorang gerak ke Perdana Park. Sebabkan malam minggu, perjalanan ambik masa dalam 40 minit..Masuk ke sana, hanya bayar parking je. tak perlu bayar apa2 untuk melihat Musical Fountain tu. Aku dimaklumkan, kalau hari biasa, Isnin - Khamis, Musical Fountain Show tu bermula pada jam 7 malam hingga 9 malam. Tapi, kalau hujung minggu plak, ada extra half hour. Detail pasal Musical Fountain Show tu, korang boleh baca di SINI ya..

Ok, jum layan gambar2 yang sempat ku snap guna HP en Suami ya.



















Memang cantikkkk sangat. Budak2 dan anak2 buah aku pun suka... sebab apa tau..Fountaian tu keluar ikut rentak lagu. aku ada gak rekod moment tu.. Nanti next post, aku share Video tu ya.

So, kalau korang ke KK khasnya, jangan lupa singgah ke sini ya. Google map2 je atau Waze je Perdana Park, Tanjung Aru. At least, ada la tempat menarik yang boleh korang lawat selain dari jalan2 area KK tu ya..



2 comments:

Siqah Hussin said...

cantik kak! baru lepas tengok video dalam entri akak yang lagi satu. menarik sangat!

Nurhidayu said...

hehe..kan..best gak sesekali layan