click...click...

HITS

Followers

Friday, June 10, 2016

Anak Oh Anak!!!

Lagi 2 hari nak buka sekolah balik.. Aku baru je check result Pertengahan Tahun budak2 ni tadi. Mula2 aku check result Hariz dulu.. Alhamdulillah, banyak peningkatan berbanding dulu...Semua subjek dia dapat A, cuma Matematik Dan B. Inggeris pemahaman je yang dapat C. Siap ada 1 subjek tu dia dapat markah 100 lagi iaitu B. Inggeris Penulisan.. Sampaikan En suamiku kata aikkkk..Penulisan plak dapat A, pemahaman plak dapat C.. so, dari situ aku dah boleh trace la lepas ni subjek apa yang patut kena tekankan lagi...

Yang Danial plak...memang kena berlapang dada banyak2 la...sebelum periksa pertengahan tahun hari tu pun, aku ada buat siri ulangkaji dengan dia. Bila jawab banyak2, dia kata penat la..Banyak sangat nak baca la...bla...bla...bla...anak no 2 katakan...So, kat situ aku dah risau gak la..macam mana la dia jawab periksa nanti..Sekali, tu diaaaaa....Semua gred ada tau, dari A, B, C, D, E pun ada!!! 

Yang aku nampak ketara, kelemahan dia dalam subjek BM (pemahaman dan penulisan), BI (penulisan), dan juga Matematik.. Eh, BI pemahaman Danial dapat A tau... aku nak share full detail result diaorang kat sini, tapi en suami kata TAK PAYAH!! ..ok, so cerita sikit2 je la ya.. 

Dalam bulan puasa ni, boleh lah aku study sikit2 bagaimana nak mempertingkatkan lagi penguasaan mereka dalam subjek2 diaorang yang lemah tu..Ye la..ni dah bulan 6.. Raya bulan 7...pung pang pung pang, periksa akhir tahun mesti kurang2 dalam bulan 10...mesti la nak kena sedia dari awalkan...aghh!! terlebih2 betul la aku ni kan..tak pe la anak..kita follow je aturan yang disediakan...balik raya nanti, korang berdua belajar2 la dengan Mak long korang yang memegang Cikgu Matematik tu ya..

ok la..itu sajalah cerita mereka pada malam ni....

No comments: