Followers

HITS

Thursday, May 19, 2016

TIPS KASIH SAYANG : BILA IBU CEPAT MARAH ANAK-ANAK

Aku jumpa tips ni masa layari FB baru2 ni. Tertarik dengan pendapat @ hujah yang diberikan. Aku share di blog ini juga sebagai satu ingatan untuk diri ini dan juga pembaca2 yang  lain. Aku akui, sejak bergelah SAHM ni, kadang kala mulut ni memang agak membebel je...ada je benda tak kena. Entah lah..Mungkin aku penat kut. Mungkin aku nak SEMUANYA nampak PERFECT DI MATAKU. Kadang kala ianya sedikit sebanyak memberi kesan juga pada anak2ku... Aku selalu pesan pada anak2ku terutamanya Danial, anak no 2 ku..tau je la kan anak no 2 ni istimewa sikit orangnya..macam2 la kan.. Bila aku marah dia, aku selalu pesan dan bagitau dia..BILA IBU MARAH TANDA APA, DANIAL??? TANDA IBU SAYANG DANIAL, OK.. 


**************************************************************************************************************


MASALAH IBU CEPAT MARAH ANAK - ANAK

Antara Penyelesaian @ Kaedah Yang Boleh Dicuba :

1) baju kotor rumah bersepah - puan biarkan anak habiskan main dan bila anak2 melihat muka puan, jgn ada mimik marah, jeling atau masam cuba senyum (dengan semulajadi ia akan sampai ke otak dan turun ke hati akan berbisik subhanallah Ya Rabb aku amat bersyukur kerana mempunyai zuriat yg cukup sifat, comel, mencuit hati, sihat dan aktif). Pandanglah anak2 puan seperti kain putih masih suci tiada dosa.

2) panjat, jerit tak dengar kata - saya praktikkan pergi pada anak peluk berkata dengan perkataan lembut sangat2 dengan penuh kasih sayang beserta gosoklah dadanya dan explain pada anak apa yg kita nak anak buat.

3) puan sungguh lucky tidak bekerja dapat mendidik anak kejalan Allah swt. Cuba puan lebihkan anak2 semasa anak2 tengah main join anak2 dan bergurau insyallah bila anak2 melihat ibunya pun bermain selalu puan tengoklah anak2 akan berubah. Saya kata terus terang puan, saya sampai anak2 ajak main hujan dengan air banjir saya join dengan bermain bersama2 anak mereka lebih menyayangi, memahami dan mendengar kata.Last skali sekiranya puan betul2 tak dapat control puan lihatlah anak2 seperti esok kita dah tak jumpa anak2 kita lagi. Maaf ingat anak2 bukan hak kita amanah Allah s.w.t jgn sekali ingat hak kita! Beri didikan dan kasih sayang.

4) setiap malam amalkan membaca selawat 3x, 3 Qul, ayat kursi dan tiup keubun2 anak2 dan gosok seluruh badannya kemudian wajib bercakap ke telinganya dengan menyebut namanya dan cakaplah apa yg puan impikan pada anak. Amalan ini saya buat hanya 3x sahaja dah nampak perubahan anak2 subhanallah doa n bisikan seorang ibu dengan penuh kasih sayang dan ciuman betul2 dapat merubahkan anak tak kira umur sekiranya istiqomah.
Sekarang ni cuba puan amalkan bila nak marah je istighfar dan senyum pada anak automatic dengan segera berubah mood kita puan.Anak memang itu fitrahnya bila kita pukul atau marah anak2 tu tiada guna kerana otaknya belum lagi boleh berfikir seperti kita. Saya doakan puan akan berjaya mendidik anak2 puan dengan kasih sayang serta didikan agama. Ingatlah Allah swt MAHA pengasih dan Allah swt amat benci kemarahan atau kekasaran.

***Terima kasih puan Sharifah Shuwaidah dari Ibubapa Cemerlang.

2 comments:

idzwa kamaruddin said...

good sharing ayu..walaupun ade benda tepattt kene kat dada! sobs!~

Nurhidayu said...

Izwa..huhu..memang..kadang2 tu dah terbiasa kan