Followers

HITS

Monday, May 09, 2016

Tetamu pertama dari Semenanjung

Hampir sebulan lebih dah duduk di KK, akhirnya kami menerima tetamu dari Semenanjung... kawanku juga yang dikenali ketika zaman berforum dulu iaitu Kak Risa. Dia bersama2 kawan2 sek diaorg ke sini mengikuti pakej lawatan ke Sabah. 

Memandangkan diaorang tiba sehari awal dari plan asal pakej tu, aku ajak la diaorg stay dulu semalam di rumahku ..

Hari sabtu malam lepas maghrib kitaorang ke airport ambik diaorg. En suami book Van & meminta staf beliau untuk sama2 teman kitaorang malam tu. Sebab lepas ambik diaorang, nak ke Pasar Malam Sinsuran plak.

Lama juga tak berjumpa dengan Kak Risa ni..last aku jumpa dia masa Nayli 3 bulan.. ni bulan depan Nayli dah 3 tahun pun..

Makin cantik dan bergaya orangnya..

Malam tu lepas kitaorang ke pasar malam sinsuran kitaorang jalan2 di area Pasar Filipine...memang ramai dah bagitau termasuk la en suamiku sendiri yang kat situ kalau boleh jangan makan seafood yang dah dimasak ..sebab diaorg masak awal2 lagi..aku ajak diaorg pi try makan kat dataran todak..tapi sebab masing2 dah penat nak jalan & diaorang sanggup je nak try makan kat situ, maka aku ok je la..

En Suami bawa Hariz & Danial serta staf dia pi makan2 kat tempat lain. Kak risa dan kawan2 plak order macam2..diaorang tak pilih yang dah siap masak tapi pilih udang, sotong , ketam yang fresh & baru pilih jenis masakan. Aku ngan nayli memang tak join la makan sebab kitaorang dah makan siap2 sebelum ambik diaorg.


Habis je makan kitaorang pun  balik sebab masing2 dah penat.. Pagi ahad tu ada plan lain plak...

Day 1 @ KK

4 comments:

idzwa kamaruddin said...

best nyer kan ayu ;)

Nurhidayu said...

Syok gak..lama tak jumpa

umi alya said...

Bilalah akak nak ke sana lak?

Nurhidayu said...

Mai la kak..sebelum kitaorg berpindah plak nanti..hehe