click...click...

HITS

Followers

Monday, May 16, 2016

Selamat Hari Guru

Post ni sangat istimewa...Ku tujukan Selamat Hari Guru buat semua insan yang bergelar Cikgu @ Guru...

Terutamanya sekali pada Kakakku sorang ni...Tadi dia ada send whatsapp dalam group kitaorang tema sambutan Hari Guru di sekolah dia iaitu Kalau Aku Bukan Guru. Amboi...kemain lagi pakai baju suami dia iaitu pakai baju Bomba. Sebenarnya ada satu lagi set uniform Bomba..warna biru katanya. Tapi sebab hari ni Suaminya a.k.a abang ipar aku ni tak ada, so dia tak dapat la pakai.
Kemain sungguh cikgu2 ni .semangat..

Rindu pada kakakku sorg ni. 
Berbalik pada cerita hal anak2ku plak, dari awal lagi aku dah belikan bekas kaca untuk dihadiahkan pada cikgu2 diaorang. Dalam botol kaca tu aku letak la gula2 sama. 

Selain tu aku ada juga tempah Macaron dengan sorang bakers ni. Aku tahu pasal bakers ni pun sbb masa dulu2 sebelum aku berpindah ke KK, aku ada google baca pengalaman mereka2 yang berpindah ke KK dari semenanjung. Tup2 ada link bakery dia plak tu..tu yang semangatnya aku nak mencuba...

Ni la hadiah untuk cikgu2 kelas anak2 aku..Simple je..Siap snap dalam kereta je tadi sebab lepas jumpa Mas iaitu owner Triple Sprinkles, terus aku bergegas ke Sekolah diaorang. Tunggu kejap time rehat lepas tu aku temankan diaorang jumpa cikgu kelas masing2. Aku mmg nak jumpa cikgu diaorang pun sebab nak tanya pasal rumah sukan diaorang warna apa. Minggu ni dengan minggu depan diaorang ada latihan rumah sukan..


Tahun ni bagi pada Cikgu Kelas Hariz & Cikgu Kelas Danial je

Aku order 4 box dengan berharga RM 48. Ada macam2 flavor. Mula2 satu lagi box nak bagi pada Ustazah yang ajar Kafa kat diaorang tapi last2 aku simpan je la untuk makan petangnya..

Lepas berbuka tadi, baru la aku makan dengan budak2 gak. Masing2 rasa tak cukup je sorang 2 ketul..hehe..

Dah jumpa bakers yang best ni, nanti bila2 aku memang akan tempah dengan Mas ni je la nanti...
Tq Mas, sedapnya macaron tu..

4 comments:

idzwa kamaruddin said...

wahhh best nyer cikgu cikgu nihh..semangat sungguh!

Nurhidayu said...

Mcm2 tema kan sekarang ni..cikgu2 pun layan je

amirah said...

lorrr...pesal taktau pun abg farid bomba..hihihi

Nurhidayu said...

Hehe...aah ami..tp lebih kepada pegawai yg check2 bangunan tu la..bukanlah yg pi padam api tu