click...click...

HITS

Followers

Thursday, May 26, 2016

Sayang ABAH kepada ANAKNYA..


Aku terharu!!

Hari ni Abah watsap Tazkirah ni pada aku. Sebagai anak, aku cukup terharu...Itu tanda ingatan seorang Abah kepada anaknya...

Tapi bukan itu sahaja...ayat2 Tazkirah tu saja dah buat aku rasa sebak sampai menitiskan air mata...

Surirumah...Siapa sangka aku akan memegang title ini sehingga ke hari ini??

Yang aku tahu, abah lah orang yang tak putus2 akan meminta aku cari apa2 kerja hatta ketika aku masih di Johor lagi.. tapi sejak aku berada di KK ni, nampaknya abah dah boleh terima hakikatnya anaknya dah tak mau kerja...Hahaha...

Oklah...tazkirah ni sayu sebenarnya..Jadi kita tukar balik feeling2 sedih ya..

Untuk abah, walaupun ku tahu abah tak akan baca entri ni...(Jangan korang share plak blog aku ni pada mak abah ye, CC Along, Ejai & Jannah), ku ingin meminta kawan2 semua @ pembaca sekalian doakan agar abahku sihat di kala umurnya kini 64 tahun. Abah sakit lutut dari minggu lepas lagi..Minggu depan plak mak abah nak pergi bercuti ke HCM. Aku sebagai anak memang la RISAU lagi2 dengan macam2 kes berlaku di sana... ku harapkan mereka selamat & dipermudahkan urusan nanti....

************************************************

TAZKIRAH KHAS UNTUK SEORANG ISTERI, SURIRUMAH DAN IBU...amnya untuk semua PEREMPUAN....

Wahai isteri,

Layanlah suami dengan baik.
Tawan hati mereka supaya suami gembira.
Buatlah kerana Allah.

Suami kamu mungkin tidak faham kesusahan kamu, tapi Allah sedang nilai setiap kesusahan kamu. Setiap peluh, tangisan, letih, sakit badan, sakit kepala semuanya telah diberi pahala yang sangat besar.

Maafkanlah kekurangan mereka..
kerana dunia ini bukan tempat tinggal kita.
Syurga tempat tinggal kita yang sebenarnya.

Jagalah solat awal waktu. Walau apapun terjadi. Siapkan suami dan anak lelaki ke masjid.

Jagalah aurat kerana Allah.
Jaga aurat bukan kerana kita baik.

Tapi ia perintah Allah.
Apalah makna cantik jika kita dibenci oleh Allah.
Biarlah dunia ini nak kata apapun, janji Allah sayang kita.

Janganlah habiskan air mata di depan tv, untuk dunia.
Tapi gunakanlah air mata untuk Redha Allah. Untuk umat. Untuk umat selamat dari neraka.

Sebagai ibu,
Persiapkanlah anak-anakmu dalam perjuangan agama. Pesanlah pada anakmu,

"Wahai anakku, Islam ini lebih mahal dari nyawa kamu dan ibu kamu. Perjuangkanlah Islam ini. Korbankan perasaan kamu untuk bawa manusia dekat dengan Allah."

Anak ialah harta paling berharga.
Didik mereka dengan iman dan sediakan mereka jadi Daie.

Hidupkan rumah dengan amalan dakwah dan bacaan hadis.
Nikmat sangat bila rumah setiap hari wujud suasana ilmu.
Lebih nikmat dari segalanya.

Rasa macam dalam syurga walaupun mungkin rumah pondok buruk dan tiada  aircond dan kipas seperti rumah Nabi saw.
Janganlah korbankan anak kita dengan beri sepenuhnya pada orang lain.

Berilah masa didik mereka.
Terbaik jadilah suri rumah sepenuh masa jika berpeluang.

Mungkin Anak itulah asbab dunia ini akan berubah. Mungkin kebaikan dan jutaan hidayah datang melalui mereka.

Mungkin mereka akan pegang panji Islam di dunia.
Dan di akhirat ... dengan ribuan orang di belakang mereka.

Tak apalah dunia ini kita kurang sikit.
Syurga semakin dekat.
Dunia ini sekejap sahaja.

Wahai isteri solehah,
Kamulah harta paling bernilai.
Seluruh dunia ini tidak boleh ganti tempat kamu.

Untuk isteri seperti kamu.
Tiada ucapan melainkan pasti hanya Redha Allah dan Syurga Firdaus tempat kamu.

Salam Ramadhan utk semua isteri2 & ibu2 mithali....

2 comments:

mama lynn said...

Ayu
Semoga Allah beri kesihatan yg baik pd mak & ayah Ayu.

Nurhidayu said...

Terima kasih lynn