click...click...

HITS

Followers

Saturday, May 14, 2016

RESIPI : Daging Masak Pedas

Asyik makan seafood je terasa gak jemunya... Jadi bila sesekali dapat beli daging, dah rasa happy sangat. Teringat daging masak pedas yang selalu mak buat lagi2 time Raya. So disini aku share sama resipinya..

RESIPI : Daging Masak Pedas

Daging dihirip nipis dan diperap dengan gula dan kicap selama lebih kurang 30 minit.

* optional - boleh guna apa2 kicap pun, daku guna kicap pekat je

Panaskan minyak dan goreng daging yang diperap itu tadi. Goreng sampai daging tu nampak dah masak atau sampai kuah kicap tu mcm kering. Angkat daging tu tadi dan toskan.

Kalau minyak daging tu nampak macam banyak, kurang sikit..masukkan cili kering yang sudah dikisar. Anggaran ikut suka nak letak banyak mana..kalau tak nak pedas sangat jangan letak banyak.

Tumis cili tu sampai pecah minyak dan bila nampak dah agak kering, masukkan beberapa asam keping..kacau lagi rata sampai nampak dah kering2 & basah2 sikit barulah masukkan daging yang digoreng awal2 tadi...bahan terakhir ialah bawang besar yang dipotong bulat2. Daku masak sekejap je sbb nak bagi bawang tu layu sikit je..

Sekian..tu je.

* optional - daku tak masukkan gula @ garam sebab daging yang diperap ngan gula dan kicap tu dah sebati rasanya..

Selamat Mencuba

4 comments:

Siqah Hussin said...

Sedap daging masak pedas! Siqah tak berapa minat daging. Lebih kepada ikan, ayam dan seafood. Kalau daging, suka daging masak kunyit juga. Simple dan senang dimasak. Hii

Nurhidayu said...

Siqah ; Aah..akak ok je..suka versi sup2 lagi..tapi ni resipi mak akak kan..jadi teringin sangat..tu yang buat gak tu

amirah said...

eee teringin nya nak terai ni ayu...

Nurhidayu said...

Hehehe..try la ami..tak pedas sgt pun sbb dah perap dgn gula kan..