click...click...

HITS

Followers

Monday, May 16, 2016

Nasi Ayam Versi Aku

Edited : Sebab lupa plak nak bgtau sup tu masak macam mana..

Resipi Yang Simple je

Resipi aku simple je tau. Sebabnya En suamiku ni tak berapa la gemar kalau nasi tu kena tumis2 ke apa2..(jaga kolestrol la katakan)

Beberapa ketul ayam (ayam2 ni kemudiannya akan dijadikan sebagai dish utama) direbus seketika dengan Sup Bunjut dan Kiub Pati Ayam. Air tu dilebihkan sebab nanti air ayam yang direbus ini akan digunakan untuk menanak nasi.

Lepas nampak ayam2 yang direbus tu tadi dah hampir2 masak , maka keluarkan dan diperap pula dengan SOS TIRAM, KICAP MANIS, Sedikit SERBUK LADA HITAM & sedikit MADU. Perap dalam masa 15 - 20 minit. 

Basuh beras bersih2 dan kemudiannya masukkan air rebusan ayam tu tadi. Pastikan sebelum meletakkan air rebusan ayam tu, korang dah rasa dulu cukup rasa ke tak . Kalau rasa tawar, maka boleh la letak garam sedikit. Satu ketika dulu, aku pernah la follow satu resipi ni. Tumis dulu dengan minyak sapi, rempah 4 sekawan la dan sebagai semua. tapi En suami kurang suka sebab oily la.. So, bila dah masak nasi macam ni je, dia prefer nasi dimasak macam tu je. Sedikit tambahan aku letak kulit kayu manis sama ke dalam nasi tu.

Untuk sambal @ cili nasi ayam tu plak, aku guna beberapa biji Cili Merah, cili padi, 2 ulas bawang putih dan sedikit air. Kalau tak nak pedas, cili padi tu tak perlu pun tak apa. Kisarkan dulu semuanya dan kemudian dimasak di atas periuk kecik.. Masa masak tu, boleh la letakkan sedikit gula, sos cili dan sos tomato dan akhirnya perahkan sedikit limau nipis. 

Dah settle je Sambal @ Cili Nasi Ayam dan Nasi pun dah masak, maka boleh la siap2 potong timun, tomato & sayur salad. Akhirnya, selepas tu barulah masak ayam yang diperap tadi samada dalam air fryer atau digoreng di atas kuali dengan minyak yang sedikit dan api yang perlahan. Aku pernah guna2 dua2 cara, kalau guna air fryer ni, ayam tu macam agak kering sikit berbanding dengan cara kedua iaitu digoreng. Tapi, terpulanglah. Sebab kuah kicap perapan ayam tu tadi juga boleh disimbah diatas ayam yang telah digoreng tadi. Tadaaaa..

Ok..untuk sup plak, air lebihan rebusan ayam tu jadikan sup. Since aku tak tumis2 bagai, maka aku letak sedikit bawang goreng untuk penambah rasa.. nak lagi best letak lah juga hirisan daun sup @ daun bawang. Aku tak letak sebab lupa nak beli..

Dah siap dah Nasi Ayam Versi aku..

SELAMAT MENJAMU SELERA

2 comments:

aLin arLene said...

boleh try nnti..tp sup tu ko buat camna?

Nurhidayu said...

Alin..adui ..lupa plak..btw, sib baik ko tanya..aku dah edit balik