click...click...

HITS

Followers

Wednesday, May 04, 2016

Mendebarkan!!

Semalam hari pertama budak2 ni ku hantar ke Kafa.

Itupun setelah hampir 2 minggu survey Sek Agama berhampiran dengan rumahku. Last2 ku mengambil keputusan hantar mereka ke Kafa dekat dengan rumahku disebabkan faktor berdekatan & bilangan pelajar tak ramai.

Tengahari semalam mula2 hujan rintik2 je lepas je ambik budak2 ni balik sek dah hujan lebat plak..

Lepas je makan, mandi & solat Zohor, hujan renyai2 ...jadi hantar la diaorg ke Kafa di Surau Al Jannah. Selepas settle bayar yuran dan ambik buku latihan dari Ustazah Lin, beliau bagitau la kat aku yg laluan depan simpang nak masuk ke Taman ni kalau hujan lebat memang akan naik airnya..kadang2 boleh sampai ke lutut.. jadi beliau izinkan aku bawa balik budak2 ni dulu 

Masa awal2 datang tadi laluan simpang ni memang dah dinaiki air. Tapi laluan aku bolehlah lalu lagi . Tapi masa nak balik plak, ku tengok air dah makin naik. Van di depan ku ni tak lepas plak.. sampai driver dia kena keluar dan tolak balik van tu.

Tunggu punya tunggu dalam 40 minit juga la. Ku berdebar2 sangat nak lalu @ redah jalan ni  takut tak lepas je..ku tahan2 diri je dari call dan bagitau en suami sebabnya masa keluar hantar budak2 ni en suami dah kata tak payah hantar sebab nampak hujan lagi.. ku kata tak apa..boleh ni..hari pertama..tak kan tak pergi plak..dah la diaorang ni hari2 tanya bila nak ke sek agama.

Sekali..ambik ko....tak pasal2 je kena redah laluan banjir ni...ada sorang ni keluar dan pergi check takat mana banjir ni..bila dia check tu aku pun tanya la boleh lalu ke..dia bagitau boleh tapi kena ambik lajak ke kanan sikit. Jadi ku follow la kereta dia.. sambil lalu tu ku ajak anak2 ni berzikir...time tu rasa macam menggigil satu badan bila ku redah jalan tu.. 

Akhirnya... Ya Allah..Subhanallah... Allahu Akhbar....berjaya juga ku lalu...tak terkira bersyukurnya aku sebab dapat gak melepasi gak jalan ni. Ni pengalaman pertama aku sebenarnya..cuba bayangkan kalau tiba2 aku lalu dan tiba2 terbenti kat tengah2 jalan tu... dah la dengan budak2 lagi.. 

Pesanan : dengarlah kata2 dari Suami!! 

Sambil menunggu selama 40 minit tu budak2 ni layan movie dulu dalam kereta sambil makan biskut yang aku bekalkan ke Kafa..dan daku plak pi google perihal tempat ni ..rupanya kawasan taman ni memang teruk banjirnya satu ketika dulu kalau hujan lebat berterusan....

2 comments:

Fara Dilot said...

uih adventures tu sis

Nurhidayu said...

fara ,

memang tak sanggup dah tunggu lama2..redah gak la..huhu