click...click...

HITS

Followers

Thursday, May 26, 2016

Kejohanan Sukan Tahunan SK Malawa

Peneman aku & Nayli pagi tadi..
Hari ni ada sukan kat sek anak2.. Mula2 aku memang bercadang pergi dengan Nayli je, tup2 awal pagi tadi En suami keluarkan kad jemputan dari sek tersebut. Maka, nak tak nak En Suami pun pergi la juga.. ku tau dia bukannya jenis suka pergi event2 macam ni...
Akhirnya pergi tak sia2 la juga 😂

Syok gak tengok perbarisan & persembahan pembukaan Sukan tadi. En suami lagi la . Tiba2 je kena panggil untuk sampaikan hadiah. Daku pun apa lagi kan...snap je la gambar dia.  

Budak ni memang..kena standby ke apa2 makanan utk dia
Berpanas2an di bawah khemah ni ada kala buat kita jadi lapar la juga.. aku memang standby dah bekal siap2.. aku bawa kek marble yg semalam aku baru buat & keropok lekor.. dak Nayli ni memang ngadap kek tu je.. nanti ku share resipi kek marble tu ya.. versi dimasak dengan pemanggang ajaib tu. 
Beratur dulu
Rupanya ada setengah acara diaorang dah settlekan awal lagi. Kira yang dibuat pagi tadi acara2 yang terpilih je. Jadi dak Hariz & Danial tak ada la acara diaorang pagi tadi...sebab diaoranh dah settle hari Isnin lepas...aku pun dah nampak diaorang (Danial & Nayli) dah mula ura2 nak ngamuk2 je, aku pun ajak diaorang pergi beratur ambik air yang disponsor oleh F & N ni..mak aih..punya la ramai yang beratur.. termasuklah budak2 ni.. 
Lepas habis je minum, aku suruh diaorang ambik beg masing2 dan kemudian bila En Suami dah settle kitaorang pun balik...Lega.. 

aku nak tido sebenarnya sebab malam sebelum tu aku tido lambat siapkan jahit manik baju dak Nayli ni..

No comments: