click...click...

HITS

Followers

Thursday, May 12, 2016

Ceritera Passport oh Passport...

Semasa mula2 sampai di KK dulu, En Suami ada bagitau aku yang kitaorang kena buat Passport Biru iaitu dokumen pejalanan terhad. Masa sampai dulu, kitaorang diberi satu slip Pas Lawatan Sosial dimana kitaorang tak boleh berada di Sabah lebih daripada 90 hari. Aku dah lama nak buat dari bulan 4 lagi, tapi En suamiku itu amatttt lah sibuk mengalahkan apa je. Kalau ikutkan, bulan lepas saja, 4x dia ulang alik pergi KL.

Bila borang2 dah diambil, aku isi dengan segeranya. So, settle dah 1 bahagian. Bahagian yang kedua plak, ialah membuat pengesahan salinan2 IC kami suami isteri, sijil beranak budak2 ni dan mykid diaorang. Yang salinan tu plak, tak boleh disahkan oleh sapa2 je.. KENA diSAHkan oleh Jab Pendaftaran Negeri SABAH sahaja OKKK.. so, follow je la...dari sehari ke sehari aku tunggu masa yang sesuai.  Nak pergi berurusan dengan agensi kerajaan, kena la ready awal2 kan. Alang2 suamiku dapat MC 2 hari, kitaorang pun decide nak pergi pada hari rabu plak iaitu semalam. 

Awal2 suami dah pesan, nak gerak awal. So, lepas dah settle budak2 ni sarapan pagi semua, dalam jam 6.20 kitaorang gerak. Kali ni, aku la bawa kereta. Alhamdulillah, walaupun jalan jem tapi memang ok la .. dalam jam 7.15 pagi kitaorang dah sampai ke UTC KK. Senang sikit, sebab banyak lagi tempat yang aku kena pergi pun area2 situ juga.

Kami bertiga antara yang terawal menunggu terpacak di depan JPN tu. En suami ajak pergi minum2 dulu, tapi aku tak nak. Aku kata settlekan ni dulu, penat2 sampai awal nanti tak dapat plak no awal ...haaaa..itu kira habit aku juga la sebenarnya. Dah datang awal, mesti la nak no awal kan..no point la ko datang awal2 lepas tu boleh plak lepak2 n datang balik tengok2 no dah banyak..satu hal plak kena tunggu lagi..

orang pertama sampai

Masa no dipanggil, aku suruh suami yang settlekan sebab aku bergegas plak ke pejabat pos nak beli setem RM 10 sebanyak 5 keping. Setem ni digunakan untuk matikan setem di LHDN. Nasib baik semua tempat2 yang aku nak pergi tu satu bangunan je. Lepas beli setem tu aku patah balik ke JPN. Tengok En suami tak settlekan lagi.. Yang Nayli plak merengek2 nak makan. Sib baik la aku bawa bekal walaupun bekal yang agak simple je, iaitu roti telur, air mineral dan tak lupa juga 2 biji epal. 1 biji epal En suami dah makan semasa dalam kereta ketika dalam perjalanan, manakala 1 lagi Nayli plak makan. Adeh, aku kongsi je la dengan Nayli. Dapat sekali gigit pun jadi la sebab aku tengok Nayli begitu ralit sangat makan epal. Sempat lagi aku snap gambar aksi dia makan epal.

aksi cik kak Nayli makan epal
Settle di JPN, kitaoarang ke LHDN. (lupa plak nak snap gambar di sini) Mujurlah dapat juga matikan setem di sini walaupun sebenarnya borang kitaorang tu tak berapa lengkap sangat sebabnya guarantor kitaorang tak ada di sini ..Dia pergi kursus seminggu jadi tak dapat lagi la tandatangan dari dia kat borang tu.

Lepas tu kitaorang keluar dari UTC dan menghala plak ke MUIS atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. Part ni aku nak kena cerita sikit la sebab sebelum ni aku dah diberitahu oleh staff suami aku yang untuk melengkapkan Borang Permit Kerja Imigresen tu, salah satu dokumen yang diperlukan adalah Salinan Sijil Nikah. Ok lah kan..Aku photocopy sampai 6 salinan. Salinan2 ni plak kena disahkan oleh MUIS ni sendiri. Ada lagi ceritanya. Sijil nikah kitaorang dikeluarkan oleh Jab Agama Islam Perak Daerah Taiping. So, staf MUIS ni akan call Pejabat Agama Taiping dulu dan sahkan samada betul ke tak sijil nikah kitaorang ni...haaa..part ni la yang kena lama menunggu ni...Staff suami juga dah bagitau, aku kena banyak kali tanya la sama ada dah dapat call ke tak.. Last2 bila tunggu punya tunggu lama sangat. Aku pun google la no phone Pejabat Agama Islam Taiping ni. Dapat je call terus tanya, ada tak dapat panggilan dari MUIS ni. Diaorang kata tak ada, apa lagi kan..aku terus masuk ke dalam pejabat diaorang dan terus cari staf MUIS yang berkaitan dan hulur je la hp aku tu pada dia. Lepas dapat call, diaorang nak kena fax dulu copy sijil nikah kitaorang dulu ke sana. Sementara tunggu reply dari Pej Agama Taiping tu, baru la aku ajak En suami pergi minum2 ke atau makan2 dulu. Fuhh..makan minum je dah dekat setengah jam. Bila aku naik balik ke pejabat diaorang, TAK SETTLE2 lagi...aku ni nak hot la juga kan..korang ni tak follow up ke apa. Terus je aku call balik Pejabat Agama Islam Taiping tu ...tengok, bila aku call dan tanya, rupanya pihak sana dah fax pun kat sini..aduhai..aku pas terus la hp aku pada staff MUIS tu. Baru la nampak action daripada diaorang ni.. kalau tak, satu hal la lagi aku nak kena menunggu. 


Plus minus berada di sini dalam sejam lebih juga la
Akhirnya...ni la dia CTC yang diperlukan 
Tepat jam 11 lebih kitaorang pun gerak balik.. Suami ambil budak2, lepas solat mandi semua kitaorang bertolak makan dulu dan kemudian ke destinasi terakhir iaitu di Jabatan Imigresen Malaysia. Belum lagi nak settlekan hal permit kerja En Suami tapi datang ke sini untuk settlekan hal passport biru kitaorang sekeluarga. Di sini, masa menunggu ada la dekat sejam gak . Masa nak pergi settlekan hal di sini, aku dah mula rasa flat sikit. Tak macam pagi tadi, excited je. Maybe sebab aku dah mandi siap2 sebelum keluar tu. So, bila badan dah rasa segar sikit, mula lah rasa mengantuk sangat. Sebelah malam tu, aku ajak budak2 study Paper BI awal sikit sebab lepas Isya memang terus lena la...Penat seharian settlekan hal2 ni je. Passport terhad tu kalau ikutkan hari khamis dah siap. Tapi sebab nak pergi ambik kena semua kena ikut, so cadangnya pergi hari Jumaat petang je la.
Sempat lagi aku snap gambar sambil menunggu no dipanggil

2 comments:

Siqah Hussin said...

Siqah baru tahu mengenai kewujudan Pas Lawatan Sosial di Sabah. Ingatkan boleh je sampai bila duduk di sabah..

Kalau ada passport biru, maknanya bolehlah duduk di sabah sampai bila2? Gitu ke?

Nurhidayu said...

Siqah...hehe...memamg ada peraturan macam tu kalau dah masuk Sabah Sarawak ni. hanya untuk kita2 yang memang bukan asal dari sana dan pergi masuk ke negeri diaorang. tak apa la, ikut je la kan..

passport biru tu relate juga dengan permit kerja suami akak. ikutkan kitaorang apply untuk permit kerja tu 5 thn tapi tak tau la dpt berapa tahun sebab staf suami akak yang buat sebelum ni dapat 2 tahun je