Followers

HITS

Thursday, May 05, 2016

Bila Padini Sale .....

Bab sale2 ni memang serah kat aku la.. mujurla kawan2 ramai yang jenis sama level dengan aku ni...cumanya sejak aku tak bekerja ni aku dah kurang2kan la shopping besar2an bila ada sale..kalau tak, mmmmmm...

Jadi bila kawan2 update Padini buat sale sempena cuti 4 hari baru2 ni, ku ajak gak la En Suami tengok. Kitaorang pergi hari kedua iaitu sabtu pagi lepas pergi cabut gigi Hariz.

Aku aim cari baju budak2 . Kawan2 update baju budak2 dapat dari harga serendah RM 9..wah...excited la nak pi kan...dulu2 masa kat batu pahat memang tak berkesempatan la nak pergi sebab time tu kalau ada sale Padini pun yang dekat JB atau kat Melaka..memang tak la pergi.. ni dah dekat memang pergi la tengok jap..

Bertempat di 1Borneo HyperMall, sebelum ke Padini isi la perut dulu...since Hariz baru lepas cabut gigi, maka belikan la bubur untuk dia...yang lain2 kitaorang makan Japan Boat Takoyaki...sedapnya..ni kali kedua aku makan...mmg sedap lagi2 makan time panas2 tu...

2 spicy 1 original...nyum..nyum...
Lepas makan terus ke Padini Concept Store. Time tu baru jam 12 tengahari..ramai juga orang. Aku bajet cari baju kemeja je untuk budak2 ni.. Dapat la sepasang untuk Hariz & Danial. Lepas tu En Suami carikan seluar panjang untuk diaorang... cari2 last2 masing2 dapat 3 pasang baju (kemeja & T shirt lengan panjang, harga dari RM 19 - RM 29 sehelai) seluar pun RM 29 sehelai. 

Untuk Nayli plak sebab shirt dia biasa2 je bagi aku so kitaorang carikan dia dress je.. harga pun aku rasa macam ok, RM 29 sehelai.

Last2 En suami kata ambik la apa2 kalau berkenan..apa lagi kan..zasss..cari seluar & kemeja la...dapat la sepasang.. Harga dalam RM 39 sehelai. 

En suami plak cari baju kemeja , t shirt dan 2 helai seluar..harga lebih kurang dari RM 29 - RM 59 sehelai.

Kat sini tak ada sale RM 9 sehelai tapi bermula dengan Harga RM 13 sehelai. Jadi la..beli siap2 sempena untuk Raya nanti....ok..settle dah Part 1 Shopping Raya... ada lagi kah lepas ni😂😂😂


Sesekali shopping sekeluarga

4 comments:

idzwa kamaruddin said...

kan..padini ni kalau sale memang murah giler!

Nurhidayu said...

idzwa.
memang sale berbaloi2 rasanya...sesekali boleh la

Raihanah Ahmad said...

itulah, ada kawan bgtau padini sale. best shopping

Nurhidayu said...

Sikit2 jadi la raihanah...utk raya je..nnt dlm bulan posa duk diam2 ja