click...click...

HITS

Followers

Thursday, May 12, 2016

Bila diri diuji...

Hari Selasa baru2 ni , awal2 pagi En Suami dah ajak pergi ke Hospital. Sebab dari malam sebelumnya dia rasa tak selesa badan, rasa mual2 , ada juga sesekali rasa nak muntah dah sakit dada. Di sini, kalau nak ke Bandar KK, kena keluar awal2 pagi. Sebabnya memang akan tempuh jem yang amat hebat lagi dari KL. Pagi tu, sebabnya last2 minit baru dibagitau nak ke Hospital, jadi agak lambat la sikit keluar dari rumah. Dalam jam 6.40 pagi baru keluar hantar budak2 ni ke sekolah dan kemudian baru ke Hospital. Sekali tu, tak sampai lagi Indah Permai dah jem teruk sangat. Sampai ke 1B Mall la jemnya. En Suami yang drive mula2 tu, silap aku juga tak drive dulu. Perjalanan ke Hospital tu dalam sejam 20 minit gak la.. 

Saat2 sebelum di bawa ke bilik endoscopy. 
Sampai je, terus jumpa Dr bahagian General Surgery, berjumpa dengan Dr Law. At last, En Suami request juga buat endoscopy, iaitu masukkan kamera kecil ke dalam perut melalui mulut. Sebabnya bila dia beritahu simptom2 sakit  yang dia alami sekarang, lebih kepada Gastrik juga.

En Suami kena ambik darah, tukar baju bagai dan kemudian dibawa ke bilik endoscopy. Time tu dah jam 11 pagi. Aku dah mula fikir hal budak2 tu macam mana sebab diaorang balik sekolah jam 12.10. dah la Hari tu plak hari pertama diaorang ada Ujian Pertengahan Tahun. Memang serba salah dibuatnya. En suami kata tak pe la balik la dulu. Last2 dr kata prosedurnya sekejap je. So aku tunggu la juga dan minta staf Suami ambilkan dulu budak2 ni. 

Selesai je , En suami rehat dulu sambil tunggu kelulusan dari Insurans plak. So time ni, dia dah  boleh makan.. kesian dia..dah la makanan terakhir sebelum tu ialah jam 9 malam semalamnya. Memang lapar sungguhlah dia. Aku plak memang stand by siap2 bawa bekal  nasi goreng. Makan je la tu dulu. 

Dekat jam 12, aku & Nayli balik dulu. Settlekan hal budak2 yang lain plak. Tu pun sebab nurse tu kata Insurans lambat lagi..Proses dalam 3-4 jam. Sampai je rumah , bagi diaorang makan, aku tapau je di kafe IKM tu nasi ayam penyet dan kemudian suruh diaorang mandi & solat siap2 untuk ke KAFA plak. Minggu ni pun exam gak di KAFA. Tengah siap2, suami whatsapp bagitau boleh keluar jam 4.30 petang. Walhal budak2 ni habis KAFA dalam jam 5. Mengadap la aku jumpa Ustazah diaorang & minta kebenaran ambik awal selepas habis 1 paper. 1 paper lagi akan diambil minggu depan la plak. 

Bila sampai di hospital, En suami bagitau result tu dah keluar. ni resultnya, ada gastrik tapi bukan tahap yang teruk. Kalau kuning semua barulah negative tak ada gastrik.

Result En Suami
Tapi yang agak memeranjatkan aku ialah TAHAP KOLESTROL en suami ku naik balik... Malah, lagi tinggi sebelum ini. Dulu masa di Johor, tahap bacaan kolestrol dia dalam 6 - 6.1 sebelum turun masa awal tahun hari tu ke 3.7 . Lepas tu dia tak ada dah la nak makan ubat kolestrol ke apa..sebab dah turun kan..ini, tu dia.. 7 terus. alahai...Aku ni sampai nak stress pun ada bila tengok result dia macam tu.. Sah2 la lepas ni aku kena kaji balik apa lagi jenis2 pemakanan yang sesuai untuk dia. 

Makin tinggi..
Bila nurse tu datang nak bagi ubat2 plak, mak ai...banyaknya la ubat2 yang dia bagi. Dr ada bagi 2 hari MC kat En suami. Boleh la dia rehat2 sama di rumah nanti..Tapi, hari kedua MC tu kami settlekan benda2 lain plak. Next entri, aku akan share plak apa benda plak yang kitaorang buat time dia MC tu.

Ubat-ubat En Suami

6 comments:

idzwa kamaruddin said...

sebab makan seafood ke ayu? kene recall balik semula kan?

semoga en.khairy cepat sembuh.

Nurhidayu said...

tah la izwa..macam2 juga penyumbang kolestrol dia naik ni..asid urid dia normal .

amirah said...

moga khairy cepat okay ye ayu..

Nurhidayu said...

Tq ami

Siqah Hussin said...

Banyaknya ubat... Pelbagai makanan boleh menyumbang kepada kolesterol kan kak. Moga suami akak cepat sembuh..

Nurhidayu said...

Itu baru ubat dari hospital sini je..ubat2 & supplement lain yg suami akk tgh ambik skrg ni pun macam2