click...click...

HITS

Followers

Monday, May 16, 2016

Aktiviti Pagi Ahad...

Dah lama tak masak Nasi Ayam. Memandangkan pagi semalam En Suami Fly balik kampung jap sementara ada program di KL plak lepas tu, maka gigih juga la aku masak Nasi Ayam untuk dia sebagai Sarapan Pagi merangkap Lunch & Dinner juga..Nasi Ayam aku versi simple je, maka dalam masa sejam dah siap. Nanti aku akan share resipi Nasi Ayam Versi aku ya.

Lepas sarapan, terus kitaorang gerak ke Kota Kinabalu International Airport (KKIA). Ini kali kedua aku drive ke sana. Yang bestnya, kali ni aku berjaya drive sendiri tanpa bantuan BFF aku, iaitu Google Maps. Kalau tak, nak kemana2 je di KK ni, mesti aku on Google Maps gak. Kali ni, tak payah dah..Alhamdulillah. Itu satu pencapaian untuk diri sendiri. Perjalanan mengambil masa dalam 40 minit, tapi sebab hari cuti, setengah jam je dah sampai. 


Seawal jam 6 pagi dah bersilat di dapur
Alang2 dah semua keluar ni, aku pun ajak la anak2 pergi ke Akuaria Marin & Muzium di UMS. Semuanya excited termasuk la aku sama. Alih2 bila sampai ke UMS tu, aku berhenti jap kat depan Pintu Masuk Utama tu dan berjumpa dengan Guard tanya arah mana jalan ke Akuaria tu. Rupanya hari ahad tutup la plak!! aduhai. Frust budak2 ni. Tapi aku bawa juga la diaorang jalan2 dalam UMS tu sambil cari di mana terletaknya lokasi Akuaria tu. Bila dah jumpa, aku tunjuk kat diaorang yang tempat tu memang tutup. 

aku yang frust..anak2 lagi la , lagi2 dak Hariz..siap tuntut nak pergi gak Sabtu depan

Di situ juga, ada satu port menarik untuk bergambar iaitu di Jambatan . Port ni la yang Guard tu bagitau tadi. Kitaorang sempat la snap gambar sekejap. Tak lama pun sebab cuaca panas sangat.
Aku seriau gak bawa budak2 ni walaupun diaorang excited nak main pasir sebenarnya

Masa nak balik plak, terjumpa plak pokok daunnya ala2 sakura tu. Apa lagi kan. Berhenti dulu dan snap gambar la lagi. Anak2, layan je la habit ibumu ni ya. 

ada pokok ala2 sakura plak
Dalam jam 11 tu kitaorang pun gerak balik. Masa nak balik tu plak, dak Danial ternampak orang jual durian tepi jalan. Dia pun minta la..aku teringin gak tapi nak tanya dulu la berapa kan.. mana tau mahal sangat ke. tak mampu la aih.. bila ditanya durian ni datang dari Keningau, harga plak dalam RM 25 - RM 30 sekilo..fuhhh..boleh tahan harganya. Aku beli la 2 biji saiz kecil je. tu pun harga dalam RM 47. sebiji makan beramai2 dan sebiji lagi buat kuah durian. 

sessi makan durian 
Masa tengah sibuk2 makan durian tu, En Suami whatsapp dan bagitau dia dah dapat tiket balik Taiping. Naik bas gak akhirnya. Alhamdulillah, dalam jam 7.15 malam dia pun selamat sampai ke Kamunting. Aku macam tak ada perasaan sangat la bila ada kawan2 ku tanya eh, kenapa tak balik sama?? 1 sebab yang utama mesti la sebab KOS PERJALANAN . kalau dulu masa stay di Johor, asal ada peluang je kitaorang mesti balik kampung. tapi sebab kali ni, kos dah lain. Maka, kalau suami ada peluang tu, dia la balik dulu dan ziarah kedua ibubapa kitaorang. Aku dapat call hari2 dengan Mak Abah pun aku dah rasa happy.
lama tak naik bas

No comments: