click...click...

HITS

Followers

Tuesday, May 31, 2016

Hp oh Hp...

Hp ku akhirnya prob gak petang tadi...

Hari ni je dah beberapa kali asyik on off je..

Tensen pasal sebab semua benda aku simpan dalam hp tu..

Terutamanya koleksi gambar2 aku yang tak transfer lagi ke PC

Tutorial Jahitan Manik pun ada dalam Hp tu..

Dengan Nota2 pun sama..

Tak kan nak jahit depan PC plak kan..

Aghhhhhhhhhhhhhhhhh...

Ni aku try tukar hp lain..tapi ada function WA je..lain2 tak ada.. Jadi jenuh gak la tadi..

Aku sebagai admin kepada Page Kakak aku, Stockist Ariani Julia Sepang , merangkap juga Partners LoveBySisters rasa tertekan gak la sebabnya ada banyak kerja yang patut aku kena settlekan... 

Malam ni, aku menunggu ketibaan keluarga abang ipar aku dari Kuching..

Kita tengok je la nanti samada Hp ku itu masih lagi boleh diselamatkan ke tak.. Petang tadi tak sempat plak nak hantar repair...

Love, 

Ayu Khairy

*Feeling ala2 LoveVivy la plak*
*Best ooo layan LV tu...last episod semalam*

Monday, May 30, 2016

JJCM Di KK : Lokan Bakar & Puding Kelapa, Jalan Salut

Sebenarnya kan korang..kat KK ni banyak tempat makan best2 gak tau...Aku dah banyak post JJCM yang aku tak post2 lagi..asyik la save draft je...nanti la..sikit2 aku akan post JJCM aku dan keluarga di KK ni ya.. 

Untuk permulaan, aku akan share tempat makan yang ringan2 dan tak berat2 sangat untuk korang2 yang berminat nak cuba sesuatu yang baru. 
Nama tempat ni ialah Lokan Bakar & Puding Kelapa, Jalan Salut. Aku ada baca dalam beberapa blog, ramai juga yang rekemenkan tempat makan ni bagi mereka yang nak cuba makanan lain dari yang lain..


Apa yang menariknya di tempat ni?? tentulah LOKAN BAKAR... yang keduanya, Puding kelapa .. Tempat gerai ni terletak berdekatan juga dengan Politeknik Kota Kinabalu. Boleh refer dengan gambar Maps di bawah. Nak tau lebih lanjut, boleh Google Maps tempat tu.. Taip je, Lokan Bakar & Puding Kelapa, Jalan Salut.

Yg bertanda tu adalah Gerai Sudi Mampir

Kalau dari rumah aku, dalam 6 minit je bersamaan 3.9km
Yang bestnya, sebelum2 ni aku tak ada pun teringin bebeno nak makan benda lokan bakar ni..Kalau puding kelapa tu memang dah lama gak teringin, tapi nak pergi tu tak pergi2 pun...

Jadi tengahari semalam, kitaorang pun saja2 la ke situ untuk menikmati Puding Kelapa dan juga Lokan Bakar. Kalau korang nak tau, kat area Salut ni, banyak gerai tau.. aku pilih Gerai Sudi Mampir pun sebab hasil bacaan dari review blogger2 lain. 

Gerai Sudi Mampir.. penuh gak dengan orang lagi2 time cuti sek ni
Kitaorang order 1 Kelapa Muda Sejuk, 1 Kelapa Bakar, 1 Puding Kelapa dan 1 set Lokan Panggang. Cukuplah untuk 5 beranak. 1st time katakan. Maka, haruslah cuba dulu semuanya..
Air kelapa Muda Sejuk untuk En suamiku
RM 3
sedap air kelapanya, manis je.
Air kelapa bakar untuk aku..
RM 4
airnya tawar dan tak berasa sangat tapi sesuai la kalau sapa2 tak minum sejuk
Puding kelapa untuk Hariz, Danial dan Nayli
RM 5
Kongsi je semua sebab banyak gak isinya.. Sedap WEH!!
Dan inilah dia lokan bakar.
ada 3 jenis set

Set Kecil - RM 10
Set Sederhana - RM 12
Set Besar - RM 15
Sebenarnya ku rasa harga time cuti sek ni agak mahal sikit la. Sebab sebelum ni aku baca review, set kecil RM 7. Set Sederhana RM 10 dan Set Besar RM 12. Tapi tak pe la.. Anggap je rezeki untuk peniaga2 ni.

Mula2 masa ku nak makan lokan ni, macam2 la bermain di fikiran.. bila dah masuk mulut...mak aih..SEDAPNYAAAAAA ....aku dan suami suka tang perapan lokan tu dan juga sos cilinya. Budak2 pun makan tau..tak pedas pun, yang sedap tu bukan apa..Sebab ia panas dan bila sampai2 kita terus plak makan kan..jadi memang rasa nikmatnya la hai makan lokan bakar ni.

So, pada mereka2 yang ada plan ke KK. jangan lupa singgah di Lokan Bakar & Puding Kelapa, di Jalan Salut ya. Dibuka jam 9 pagi dan tutup jam 8 malam.
aku zoom lagi dekat Lokan ni

Grading Taekwando

Alhamdulillah....

Selesai juga Grading Hariz sabtu baru2 ni...

Start jam 2 petang, tapi dekat jam 3 baru start..Mak ai...memang lama la kitaorang tunggu...

Mula2 diaorang training dulu, kemudian baru dipanggil ikut belt masing2 dan ikut akademi...

Hariz belt putih, iaitu belt pertama dalam System Taekwando.. Grading petang sabtu tu untuk naik belt kuning plak..

So far, aku nampak Hariz sungguh2 masa buat Grading tu...Suka aku tengok sebab nampak dia fokus betul2 dengan Taekwando ni...

Jum layan gambar2 dia sepanjang Grading sabtu lepas...

Oh ya...Danial tak buat lagi grading sebab coach dia kata biar bagi Hariz dulu buat dan bagi Danial training lagi kurang2 dalam 6 bulan lagi...

Sebelum Grading, snap gambar dulu
Time Grading...ikut group akademi
Pelajarq yang Grading petang tu & dari Team SK Malawa

Friday, May 27, 2016

Wan Alya Nayli

Alhamdulillah...berkat 4 jam direct jahit manik kat baju cik kak sorang ni, maka siaplah sudah...beria2 plak la aku ni kan..act  baju Nayli dah ada reben..so dia bila ikat ke belakang pun nampak terletak elok je..macam baju aku tu plak memang tak ada reben ke apa..bila pakai mak ai..aku rasa macam baju mengandung pun ada😂😂😂😂😂

Jadi aku apply la teknik2 jahitan manik yang aku baru belajar ni..Nama teknik tu ialah teknik bracelet. Teknik ini jahitan manik memang agak kukuh. Jadi ada sedikit confident la di situ bila aku jahit teknik ni kat baju dia.


Tadaaa...baju aku ngan Nayli

So petang tadi aku pakaikan baju tu kat dia..siap pakaikan tudung lagi uuuuu...alahai...nampak macam dah besar je anak daraku sorang ni..

Bulan depan Nayli 3 tahun..Masih manja seperti dulu2 juga..ada hobi terkini..suka sangat picit2 tangan ke cubit ek..sampai lebam2 la tangan aku ni..😅😅😅😅

Aku ada la saja2 tanya dia nak ke sekolah..Dia kata tak mau..nak duduk dengan ibu juga...memang betul la anak ibu sorang ni.. 
Baru ada senyumnnnnnn

Kek Marble Versi Mak Daku

Ni mak aku masak
Baru2 ni aku macam teringin je kek marble ..makku selalu masak untuk kitaorang. Lagi best sekarang ni masak atas pemanggang ajaib je..lagi cepat dan senang je..Ni resipi mak aku ya..

Resipi yang simple
Jadi bila aku guna resipi di atas, aku ada la beberapa isu sikit. Yang pertamanya mixer aku tak dak..bila dah rosak di Johor dulu memang aku tak mau beli dah.. so masa pergi Ikea dulu2 tu, aku ada la juga beli hand mixer. 

Ni la masa untuk mencuba hand mixer tu. Agak payah gak mula2 tu..tapi lama2 macam best je..

Ni la dia hand mixernya...
Senang je masak kek marble ni... pukul planta dengan gula dulu sampai kembang..kemudian, masukkan telur satu persatu...Masukkan esen vanila..kemudian baru masukkan tepung sedikit demi sedikit...jangan lupa plak masukkan sedikit baking powder. . Lepas dah mix kan semua, asingkan sedikit untuk buat lapisan coklat plak..serbuk koko tu dicampur dengan sedikit air.

Nak masak? Lagi senang..panaskan pemanggang ajaib dengan griskan sedikit planta didalamnya..letakkan lapisan kuning dulu dan kemudiannya baru la lapisan coklat..

Aku mengalami kesukaran sedikit. Sebabnya, pemanggang ajaib aku kali ni lagi besawww dari yg mula2 mak pernah masakkan untuk aku dulu. Jadi 1 acuan tu aku rasa macam tak berapa cukup sangat..agak nipis apabila kek tu dah siap...

Ni la hasilnya...aku taburkan juga choc chip untuk penambah rasa...

Rupa memang tak seberapa..tapi budak2 ni memang suka..aku masak malam, separuh gak habis malam tu juga..tu pun aku kata simpan sikit untuk dibawa ketika hari sukan sek diaorang...lepas ni nak masak lagi guna 2 acuan plak..

Thursday, May 26, 2016

Kejohanan Sukan Tahunan SK Malawa

Peneman aku & Nayli pagi tadi..
Hari ni ada sukan kat sek anak2.. Mula2 aku memang bercadang pergi dengan Nayli je, tup2 awal pagi tadi En suami keluarkan kad jemputan dari sek tersebut. Maka, nak tak nak En Suami pun pergi la juga.. ku tau dia bukannya jenis suka pergi event2 macam ni...
Akhirnya pergi tak sia2 la juga 😂

Syok gak tengok perbarisan & persembahan pembukaan Sukan tadi. En suami lagi la . Tiba2 je kena panggil untuk sampaikan hadiah. Daku pun apa lagi kan...snap je la gambar dia.  

Budak ni memang..kena standby ke apa2 makanan utk dia
Berpanas2an di bawah khemah ni ada kala buat kita jadi lapar la juga.. aku memang standby dah bekal siap2.. aku bawa kek marble yg semalam aku baru buat & keropok lekor.. dak Nayli ni memang ngadap kek tu je.. nanti ku share resipi kek marble tu ya.. versi dimasak dengan pemanggang ajaib tu. 
Beratur dulu
Rupanya ada setengah acara diaorang dah settlekan awal lagi. Kira yang dibuat pagi tadi acara2 yang terpilih je. Jadi dak Hariz & Danial tak ada la acara diaorang pagi tadi...sebab diaoranh dah settle hari Isnin lepas...aku pun dah nampak diaorang (Danial & Nayli) dah mula ura2 nak ngamuk2 je, aku pun ajak diaorang pergi beratur ambik air yang disponsor oleh F & N ni..mak aih..punya la ramai yang beratur.. termasuklah budak2 ni.. 
Lepas habis je minum, aku suruh diaorang ambik beg masing2 dan kemudian bila En Suami dah settle kitaorang pun balik...Lega.. 

aku nak tido sebenarnya sebab malam sebelum tu aku tido lambat siapkan jahit manik baju dak Nayli ni..

Sayang ABAH kepada ANAKNYA..


Aku terharu!!

Hari ni Abah watsap Tazkirah ni pada aku. Sebagai anak, aku cukup terharu...Itu tanda ingatan seorang Abah kepada anaknya...

Tapi bukan itu sahaja...ayat2 Tazkirah tu saja dah buat aku rasa sebak sampai menitiskan air mata...

Surirumah...Siapa sangka aku akan memegang title ini sehingga ke hari ini??

Yang aku tahu, abah lah orang yang tak putus2 akan meminta aku cari apa2 kerja hatta ketika aku masih di Johor lagi.. tapi sejak aku berada di KK ni, nampaknya abah dah boleh terima hakikatnya anaknya dah tak mau kerja...Hahaha...

Oklah...tazkirah ni sayu sebenarnya..Jadi kita tukar balik feeling2 sedih ya..

Untuk abah, walaupun ku tahu abah tak akan baca entri ni...(Jangan korang share plak blog aku ni pada mak abah ye, CC Along, Ejai & Jannah), ku ingin meminta kawan2 semua @ pembaca sekalian doakan agar abahku sihat di kala umurnya kini 64 tahun. Abah sakit lutut dari minggu lepas lagi..Minggu depan plak mak abah nak pergi bercuti ke HCM. Aku sebagai anak memang la RISAU lagi2 dengan macam2 kes berlaku di sana... ku harapkan mereka selamat & dipermudahkan urusan nanti....

************************************************

TAZKIRAH KHAS UNTUK SEORANG ISTERI, SURIRUMAH DAN IBU...amnya untuk semua PEREMPUAN....

Wahai isteri,

Layanlah suami dengan baik.
Tawan hati mereka supaya suami gembira.
Buatlah kerana Allah.

Suami kamu mungkin tidak faham kesusahan kamu, tapi Allah sedang nilai setiap kesusahan kamu. Setiap peluh, tangisan, letih, sakit badan, sakit kepala semuanya telah diberi pahala yang sangat besar.

Maafkanlah kekurangan mereka..
kerana dunia ini bukan tempat tinggal kita.
Syurga tempat tinggal kita yang sebenarnya.

Jagalah solat awal waktu. Walau apapun terjadi. Siapkan suami dan anak lelaki ke masjid.

Jagalah aurat kerana Allah.
Jaga aurat bukan kerana kita baik.

Tapi ia perintah Allah.
Apalah makna cantik jika kita dibenci oleh Allah.
Biarlah dunia ini nak kata apapun, janji Allah sayang kita.

Janganlah habiskan air mata di depan tv, untuk dunia.
Tapi gunakanlah air mata untuk Redha Allah. Untuk umat. Untuk umat selamat dari neraka.

Sebagai ibu,
Persiapkanlah anak-anakmu dalam perjuangan agama. Pesanlah pada anakmu,

"Wahai anakku, Islam ini lebih mahal dari nyawa kamu dan ibu kamu. Perjuangkanlah Islam ini. Korbankan perasaan kamu untuk bawa manusia dekat dengan Allah."

Anak ialah harta paling berharga.
Didik mereka dengan iman dan sediakan mereka jadi Daie.

Hidupkan rumah dengan amalan dakwah dan bacaan hadis.
Nikmat sangat bila rumah setiap hari wujud suasana ilmu.
Lebih nikmat dari segalanya.

Rasa macam dalam syurga walaupun mungkin rumah pondok buruk dan tiada  aircond dan kipas seperti rumah Nabi saw.
Janganlah korbankan anak kita dengan beri sepenuhnya pada orang lain.

Berilah masa didik mereka.
Terbaik jadilah suri rumah sepenuh masa jika berpeluang.

Mungkin Anak itulah asbab dunia ini akan berubah. Mungkin kebaikan dan jutaan hidayah datang melalui mereka.

Mungkin mereka akan pegang panji Islam di dunia.
Dan di akhirat ... dengan ribuan orang di belakang mereka.

Tak apalah dunia ini kita kurang sikit.
Syurga semakin dekat.
Dunia ini sekejap sahaja.

Wahai isteri solehah,
Kamulah harta paling bernilai.
Seluruh dunia ini tidak boleh ganti tempat kamu.

Untuk isteri seperti kamu.
Tiada ucapan melainkan pasti hanya Redha Allah dan Syurga Firdaus tempat kamu.

Salam Ramadhan utk semua isteri2 & ibu2 mithali....

Wednesday, May 25, 2016

Sibuk seketika

Daku agak bz seketika untuk minggu ni..sebab kakakku dah jadi Stockist Ariani plak..

So daku akan tolong dia untuk sementara waktu ni utk set up IG & Page Fb dia .

Jemput singgah ke IG & Page FB kakakku ni ya..

Daku juga akan share sikit2 juga pasal Stockist Ariani ni ya

Dalam proses nak tukar nama Page FB ni
IG biz kakakku

Monday, May 23, 2016

Tutup Lagi!!

Pagi sabtu baru2 ni kitaorang ke Akuaria lagi. Patutnya budak2 ni ada training Taekwando tapi masing2 dah ngadu penat...Minggu lepas 4 hari berturut2 diaorag ni ada latihan sukan.

Sampai2 sana je tengok2 tutup lagi la plak...alahai..dah alang2 sampai sana kitaorang lepak2 la ngadap laut ni...syok gak la sesekali layan angin laut..

Ni antara snap gambar yang sempat di ambil...

Pemandangan sana sungguh cantik..


Aksi anak2...

Friday, May 20, 2016

Ole2 dari Semenanjung

Alhamdulillah..

En Suamiku dah selamat tiba di rumah tengahari semalam...

Dan ini antara bekalan @ ole2 yang dibawa oleh beliau..

20 peket roti coklat cap gardenia & 2 buah buku Tostem..

Mula2 aku tengok tu, macam tak percaya je En suamiku beli banyak2 ni..

Sekali tu, dia bagitau yang 3 peket roti coklat tu dia bagi pada driver dia, lepas tu 2 lagi dia bagi pada PA dia....So, untuk budak2 ni merangkap aku hat balance tu je la..

Budak2 ni bukan main suka lagi-lagi dak Danial.. dia boleh habiskan 2 roti coklat  ni sekali makan je.. 

Aku plak, memang dari dulu suka Tostem lagi.. yang tu kalau aku, dalam masa sehari pun boleh habis..hehe

ada yang kata kat Sabah tak ada dijual..tapi En suamiku kata, ada la plak..tapi harga memang lain la

Yang ni plak memang aku dah tunggu dari lamaaaaaa lagi. Sejak aku tau Suami  nak balik Taiping, hari2 aku call abah minta belikan ikan pekasam dengan ikan masin belanak ni...Ni memang feveret aku la...Since en suamiku ini agak cerewet sikit dari segi bab2 BAU ni, so tak boleh la nak bawa banyak2...Sob..sob..tak apa la...dapat bawa sikit pun jadi la..Tu pun, mak aku dah pack berbungkus2 dengan surat khabar dan plastik..aku rasa memang tak ada bau pun masa aku pegang plastik tu....

Ada lagi kisah sedih dibawa dari kampung. En Suamiku ada cerita padaku malam tadi yang masa dia, mak mentua dan bapa mentuaku menziarah opah En Suami di kampung Sungai Siput, Makcik En Suami plak ada cerita yang masa awal2 kitaorang berpindah ke KK dulu, Mak mentuaku dalam seminggu gak la bila teringat2 dia akan menangis...Aku plak sebak bila dengar. 

Dah tu En suamiku plak saja2 la bagitau yang raya nanti kitaorang tak balik..Bulat mata ayah mentuaku dan berubah air muka mak mentuaku bila suami kata begitu.. Last2, dia bagitau tak balik time Raya Haji dan bukannya Raya Aidilfitri nanti...

Eh..tiba2 rasa rindu plak nak balik ke Taiping..tak lama lagi je ni..

Begitulah bila berada di perantauan...
Nak jimat punya pasal untuk stok bulan posa, ku masak sikit2 je dulu untuk sementara ni..

Selamat Hari Ibu

Semalam masa budak2 ni balik dari KAFA, Hariz & Danial bagi kad pada aku...

So sweet la...walaupun dah lewat, tapi aku tak kisah pun..

Hari tu pun kitaorang tak celebrate ke apa..Entah la..aku bukan jenis yang beria2 nak sambut la kalau hari2 sebegitu..hehe..opsss..ni aku la ye..

Jum tengok apa yang diaorang tulis ya..

Kad dari Hariz
Ayat2 dia tak boleh tahan laaa..WANGI, CANTIK, PANDAI MASAK????
Ni plak dari Danial
Ayat-ayat stamdard ..copy paste ja

Thursday, May 19, 2016

TIPS KASIH SAYANG : BILA IBU CEPAT MARAH ANAK-ANAK

Aku jumpa tips ni masa layari FB baru2 ni. Tertarik dengan pendapat @ hujah yang diberikan. Aku share di blog ini juga sebagai satu ingatan untuk diri ini dan juga pembaca2 yang  lain. Aku akui, sejak bergelah SAHM ni, kadang kala mulut ni memang agak membebel je...ada je benda tak kena. Entah lah..Mungkin aku penat kut. Mungkin aku nak SEMUANYA nampak PERFECT DI MATAKU. Kadang kala ianya sedikit sebanyak memberi kesan juga pada anak2ku... Aku selalu pesan pada anak2ku terutamanya Danial, anak no 2 ku..tau je la kan anak no 2 ni istimewa sikit orangnya..macam2 la kan.. Bila aku marah dia, aku selalu pesan dan bagitau dia..BILA IBU MARAH TANDA APA, DANIAL??? TANDA IBU SAYANG DANIAL, OK.. 


**************************************************************************************************************


MASALAH IBU CEPAT MARAH ANAK - ANAK

Antara Penyelesaian @ Kaedah Yang Boleh Dicuba :

1) baju kotor rumah bersepah - puan biarkan anak habiskan main dan bila anak2 melihat muka puan, jgn ada mimik marah, jeling atau masam cuba senyum (dengan semulajadi ia akan sampai ke otak dan turun ke hati akan berbisik subhanallah Ya Rabb aku amat bersyukur kerana mempunyai zuriat yg cukup sifat, comel, mencuit hati, sihat dan aktif). Pandanglah anak2 puan seperti kain putih masih suci tiada dosa.

2) panjat, jerit tak dengar kata - saya praktikkan pergi pada anak peluk berkata dengan perkataan lembut sangat2 dengan penuh kasih sayang beserta gosoklah dadanya dan explain pada anak apa yg kita nak anak buat.

3) puan sungguh lucky tidak bekerja dapat mendidik anak kejalan Allah swt. Cuba puan lebihkan anak2 semasa anak2 tengah main join anak2 dan bergurau insyallah bila anak2 melihat ibunya pun bermain selalu puan tengoklah anak2 akan berubah. Saya kata terus terang puan, saya sampai anak2 ajak main hujan dengan air banjir saya join dengan bermain bersama2 anak mereka lebih menyayangi, memahami dan mendengar kata.Last skali sekiranya puan betul2 tak dapat control puan lihatlah anak2 seperti esok kita dah tak jumpa anak2 kita lagi. Maaf ingat anak2 bukan hak kita amanah Allah s.w.t jgn sekali ingat hak kita! Beri didikan dan kasih sayang.

4) setiap malam amalkan membaca selawat 3x, 3 Qul, ayat kursi dan tiup keubun2 anak2 dan gosok seluruh badannya kemudian wajib bercakap ke telinganya dengan menyebut namanya dan cakaplah apa yg puan impikan pada anak. Amalan ini saya buat hanya 3x sahaja dah nampak perubahan anak2 subhanallah doa n bisikan seorang ibu dengan penuh kasih sayang dan ciuman betul2 dapat merubahkan anak tak kira umur sekiranya istiqomah.
Sekarang ni cuba puan amalkan bila nak marah je istighfar dan senyum pada anak automatic dengan segera berubah mood kita puan.Anak memang itu fitrahnya bila kita pukul atau marah anak2 tu tiada guna kerana otaknya belum lagi boleh berfikir seperti kita. Saya doakan puan akan berjaya mendidik anak2 puan dengan kasih sayang serta didikan agama. Ingatlah Allah swt MAHA pengasih dan Allah swt amat benci kemarahan atau kekasaran.

***Terima kasih puan Sharifah Shuwaidah dari Ibubapa Cemerlang.

Wednesday, May 18, 2016

Doa Ibu

Perkongsian dari sahabatku di group whatsapp tadi..

DOA IBU

1.Bagaimana doa ibu boleh mampu merubah takdirnya dan takdir anak anaknya..Sebaik atau seburuk mana pun anak itu ialah zuriatnya. seorang ibu berdoa semoga anaknya menjadi anak yang soleh. Allah uji ibu tadi anaknya tak seperti yang diharapkan..imam al qurtubi berkata marah ibu bukan benci tak suka tandanya sayang...

2.Seorang ibu perlu sentiasa bermunajat kepada Allah..anaknya bukan miliknya tetapi pinjaman Allah..ibu ada titik keikhlasan dalam dirinya sejak dari mengandung lagi..bila lahirnya zuriat segala kesakitan mengandung dan melahirkan hilang begitu sahaja...Doa ibu sangat penting.kalau pun anaknya tak berjaya tetapi keberkatan tetap ada dalam diri anaknya kerana keredhaan ibu terhadap.anaknya..

3.Ada kalanya bila anak dah dewasa dan derhaka ada ibunya yang dalam keadaan marah berkata ibu tak halalkan susu ibu...Kata ustaz memang benar anaknya telah melakukan perkara yang mengecewakan ibunya tetapi adakah kata kata itu boleh merubah segalanya dalam hidup anaknya..Keberkatan hidup....keredhaan hidup anaknya..Kehilangan seluruh hidupnya...anaknya akan menjadi bertambah marah kerana kesan dari.mulut ibunya..jangan berkata begitu kerana ibu susu ibu itu milik Allah bukan milik dirinya ..

4.Kasih sayang ibu adalah sejati terhadap.anaknya.denyutan  jantung anak terasa jentung dirinya...anak adalah pesaka bila ibu dan ayah dah mati...bila.anak anak.adam mati terputus.segala amalan.anak.adam  kecuali tiga perkara dan antaranya.doa anak yang soleh.bila ibu doakan perkara yang tak.baik kepada anaknya akan merosak seluruh hidupnya...bila ibu doa keburukan walaupun dalam keadaan marah Allah akan dimakbulkan.. Contohnya ketika.marah kita doakan anak kita sakit  kita sendiri yang susah kerana bila anak kita sakit kita juga akan terpalit kalau anak kita sakit...Bila kita berdoa berdoalah yang baik baik...

5.Ibu insan yang paling hampir dalam hidup kita..kucuplah dahinya..peluklah ibu...saat ibu sakit kita lawatinya dan ikhtiar mengubatinya...Lihatlah jasa ibu saat anak sakit akan tak tidur malam menjaga anaknya berkongsi makanan dan ada kalanya tak makan kerana anak makan lebih...sungguh besar jasa ibu...

6.Uwisah Al Qarni bukanlah sahabat nabi tetapi hidupnya sangat berkat kerana  besar jasanya sehingga sanggup mendukung ibunya menunaikan haji...Lihatlah contoh kisah  Juraish yang sibuk beribadat sehingga tidak mempedulikan ibunya sehingga ibunya berdoa semoga Juraish ditimpa ujian.akhirnya juraish menerima akibatnya.Doa ibu sangat berkat dan afdal..kalau ibu berdoa kebaikan  hidup anaknya maka insyaAllah kebaikan akan tunaikan tetapi kalau seorang ibu berdoa keburukan maka Allah akan tunaikan...kata ulama janganlah sesekali berdoa keburukan buat anaknya kerana akan merosakan seluru hidup..

7. Ada orang kata baik anak mati dulu dari ibu kerana ibunya boleh doakannya.jawapan hidup mati ini hak dan milik  Allah .Takdir Allah kita tak tahu..Ada ibu dah pergi anak masih hidup manakala ada anak masih hidup ibu sudah mati...kata ustaz yang paling penting ialah doa anak yang soleh sangat diperlukan bila kita dah mati..Hidup.manusia ini bila dah kehilangan ibunya apabila diragut kematian maka hilanglah  salah sesuatu keberkatan hidup anaknya..anak dah tak boleh berjasa dalam hidupnya...ibu dah tak boleh.mendoakan keberkatan buat anaknya..

8. Bila terlalu marah akan keluar perkataan yang tak baik dari ibu terhadap anaknya..Contohnya  keluarkan  membodohkan anaknya...bila ibu kata bodoh  tak berguna terhadap anak anda akan bodoh sehingga akhir hayatnya..akibatnya bila kita tua Allah bayar tunai anaknya tak akan mempedulikan ibunya kerana anaknya bodoh dan tidak berguna..kedua dua anak beranak akan merana akibat kata kata ibu yang tak menahan sabar..Nabi  ada bersabda jangan berdoa buruk terhadap anak dan keluarga kita...

9.Kalau kita marah sekalipun ingatlah marah itu dari.syaitan...kalau ibu marah sekali pun tolonglah doakan kebaikan.buat anaknya .Doa ibu adalah pintu segalanya.buat anaknya..    
      
OLEH USTAZ ROSLAN MOHAMMAD

Tuesday, May 17, 2016

Orang Berbudi Kita Berbahasa

Sesuaiiii sangat peribahasa tu dengan situasi kitaorang petang tadi.

Al-kisah...lepas hantar budak2 ni ke KAFA, aku & Nayli ke 1B Hypermall kejap. Nak ke Maxis sebenarnya..dah settle urusan di situ, kitaorang pergi tapaw Japan Boat Takoyaki.. Serius..aku dah jatuh cinta pada Takoyaki ni..sebelum ni pernah gak la makan..tapi tak ada la feeling macam nak beli2 lagi..tapi yang ni..pasti beli kalau ke 1B.

Tengah tunggu takoyaki tu siap dimasak, dak Nayli ni dah ternampak plak aiskrim pink dia ni...adeh...duk merengek2 minta..Jadi lepas je dapat Takoyaki tu aku pun beratur la beli aiskrim pink dia tu..

Kat depan aku ada 2 orang perempuan dewasa & 2 orang budak2...Salah seorang kakak tu dengar la Nayli duk sebut2 nak aiskrim pink tau..bukan putih ye ibu.. Kakak tu senyum je.. nak jadikan cerita, masa dia order aiskrim untuk anak2 dia, kakak tu orderkan sekali untuk Nayli...opssss..

Aku macam tergamam jap. Ye la kan..tiba2 je ada orang belikan aiskrim untuk anak kita ... macam terharu je..macam sweet la plak...

Aku plak intai2 set takoyaki yang aku beli ni ada 3 set... so ambik la satu dan bagi kat budak2 tu plak..terus akak tu kata..laaaa..bagi apa plak ni.. aku senyum2 je la..kata tak apa..ambik je..

So, lepas Nayli dapat aiskrim yang dia nak, maka kami pun pi la makan kat situ gak..

Happy plak aku petang tadi...eh sebelum tu ada lagi cerita..tapi malas la nak cerita pasal hal tu...nanti aku mcm serabut je kalau aku fikir2 hal tu..sekarang ni, aku nak happy2 je....

Rezeki anak2 kami...dikongsi bersama

Baju Baru...

Akhirnya...setelah hampir 2 bulan menunggu...

Dapat la juga baju T-Shirt sekolah..

Sebelum ni bila PJ je diaorang akan pakai baju t-shirt putih je..jenuh wei nak menyental baju putih tu..satu lagi jenuh nak menjawab bila nak dapat baju sukan ...baju sek....bla...bla...bla..

Minggu ni sebab tiap2 hari ada latihan sukan, maka tiap2 hari la kena pakai baju t-shirt je..

Baju sukan je tak ada size lagi ni...

Excited budak2 ni bangun awal sebab nak pakai baju baru..
Tepat jam 6.20 pagi kitaorang dah keluar...

Monday, May 16, 2016

Selamat Hari Guru

Post ni sangat istimewa...Ku tujukan Selamat Hari Guru buat semua insan yang bergelar Cikgu @ Guru...

Terutamanya sekali pada Kakakku sorang ni...Tadi dia ada send whatsapp dalam group kitaorang tema sambutan Hari Guru di sekolah dia iaitu Kalau Aku Bukan Guru. Amboi...kemain lagi pakai baju suami dia iaitu pakai baju Bomba. Sebenarnya ada satu lagi set uniform Bomba..warna biru katanya. Tapi sebab hari ni Suaminya a.k.a abang ipar aku ni tak ada, so dia tak dapat la pakai.
Kemain sungguh cikgu2 ni .semangat..

Rindu pada kakakku sorg ni. 
Berbalik pada cerita hal anak2ku plak, dari awal lagi aku dah belikan bekas kaca untuk dihadiahkan pada cikgu2 diaorang. Dalam botol kaca tu aku letak la gula2 sama. 

Selain tu aku ada juga tempah Macaron dengan sorang bakers ni. Aku tahu pasal bakers ni pun sbb masa dulu2 sebelum aku berpindah ke KK, aku ada google baca pengalaman mereka2 yang berpindah ke KK dari semenanjung. Tup2 ada link bakery dia plak tu..tu yang semangatnya aku nak mencuba...

Ni la hadiah untuk cikgu2 kelas anak2 aku..Simple je..Siap snap dalam kereta je tadi sebab lepas jumpa Mas iaitu owner Triple Sprinkles, terus aku bergegas ke Sekolah diaorang. Tunggu kejap time rehat lepas tu aku temankan diaorang jumpa cikgu kelas masing2. Aku mmg nak jumpa cikgu diaorang pun sebab nak tanya pasal rumah sukan diaorang warna apa. Minggu ni dengan minggu depan diaorang ada latihan rumah sukan..


Tahun ni bagi pada Cikgu Kelas Hariz & Cikgu Kelas Danial je

Aku order 4 box dengan berharga RM 48. Ada macam2 flavor. Mula2 satu lagi box nak bagi pada Ustazah yang ajar Kafa kat diaorang tapi last2 aku simpan je la untuk makan petangnya..

Lepas berbuka tadi, baru la aku makan dengan budak2 gak. Masing2 rasa tak cukup je sorang 2 ketul..hehe..

Dah jumpa bakers yang best ni, nanti bila2 aku memang akan tempah dengan Mas ni je la nanti...
Tq Mas, sedapnya macaron tu..

Nasi Ayam Versi Aku

Edited : Sebab lupa plak nak bgtau sup tu masak macam mana..

Resipi Yang Simple je

Resipi aku simple je tau. Sebabnya En suamiku ni tak berapa la gemar kalau nasi tu kena tumis2 ke apa2..(jaga kolestrol la katakan)

Beberapa ketul ayam (ayam2 ni kemudiannya akan dijadikan sebagai dish utama) direbus seketika dengan Sup Bunjut dan Kiub Pati Ayam. Air tu dilebihkan sebab nanti air ayam yang direbus ini akan digunakan untuk menanak nasi.

Lepas nampak ayam2 yang direbus tu tadi dah hampir2 masak , maka keluarkan dan diperap pula dengan SOS TIRAM, KICAP MANIS, Sedikit SERBUK LADA HITAM & sedikit MADU. Perap dalam masa 15 - 20 minit. 

Basuh beras bersih2 dan kemudiannya masukkan air rebusan ayam tu tadi. Pastikan sebelum meletakkan air rebusan ayam tu, korang dah rasa dulu cukup rasa ke tak . Kalau rasa tawar, maka boleh la letak garam sedikit. Satu ketika dulu, aku pernah la follow satu resipi ni. Tumis dulu dengan minyak sapi, rempah 4 sekawan la dan sebagai semua. tapi En suami kurang suka sebab oily la.. So, bila dah masak nasi macam ni je, dia prefer nasi dimasak macam tu je. Sedikit tambahan aku letak kulit kayu manis sama ke dalam nasi tu.

Untuk sambal @ cili nasi ayam tu plak, aku guna beberapa biji Cili Merah, cili padi, 2 ulas bawang putih dan sedikit air. Kalau tak nak pedas, cili padi tu tak perlu pun tak apa. Kisarkan dulu semuanya dan kemudian dimasak di atas periuk kecik.. Masa masak tu, boleh la letakkan sedikit gula, sos cili dan sos tomato dan akhirnya perahkan sedikit limau nipis. 

Dah settle je Sambal @ Cili Nasi Ayam dan Nasi pun dah masak, maka boleh la siap2 potong timun, tomato & sayur salad. Akhirnya, selepas tu barulah masak ayam yang diperap tadi samada dalam air fryer atau digoreng di atas kuali dengan minyak yang sedikit dan api yang perlahan. Aku pernah guna2 dua2 cara, kalau guna air fryer ni, ayam tu macam agak kering sikit berbanding dengan cara kedua iaitu digoreng. Tapi, terpulanglah. Sebab kuah kicap perapan ayam tu tadi juga boleh disimbah diatas ayam yang telah digoreng tadi. Tadaaaa..

Ok..untuk sup plak, air lebihan rebusan ayam tu jadikan sup. Since aku tak tumis2 bagai, maka aku letak sedikit bawang goreng untuk penambah rasa.. nak lagi best letak lah juga hirisan daun sup @ daun bawang. Aku tak letak sebab lupa nak beli..

Dah siap dah Nasi Ayam Versi aku..

SELAMAT MENJAMU SELERA

Aktiviti Pagi Ahad...

Dah lama tak masak Nasi Ayam. Memandangkan pagi semalam En Suami Fly balik kampung jap sementara ada program di KL plak lepas tu, maka gigih juga la aku masak Nasi Ayam untuk dia sebagai Sarapan Pagi merangkap Lunch & Dinner juga..Nasi Ayam aku versi simple je, maka dalam masa sejam dah siap. Nanti aku akan share resipi Nasi Ayam Versi aku ya.

Lepas sarapan, terus kitaorang gerak ke Kota Kinabalu International Airport (KKIA). Ini kali kedua aku drive ke sana. Yang bestnya, kali ni aku berjaya drive sendiri tanpa bantuan BFF aku, iaitu Google Maps. Kalau tak, nak kemana2 je di KK ni, mesti aku on Google Maps gak. Kali ni, tak payah dah..Alhamdulillah. Itu satu pencapaian untuk diri sendiri. Perjalanan mengambil masa dalam 40 minit, tapi sebab hari cuti, setengah jam je dah sampai. 


Seawal jam 6 pagi dah bersilat di dapur
Alang2 dah semua keluar ni, aku pun ajak la anak2 pergi ke Akuaria Marin & Muzium di UMS. Semuanya excited termasuk la aku sama. Alih2 bila sampai ke UMS tu, aku berhenti jap kat depan Pintu Masuk Utama tu dan berjumpa dengan Guard tanya arah mana jalan ke Akuaria tu. Rupanya hari ahad tutup la plak!! aduhai. Frust budak2 ni. Tapi aku bawa juga la diaorang jalan2 dalam UMS tu sambil cari di mana terletaknya lokasi Akuaria tu. Bila dah jumpa, aku tunjuk kat diaorang yang tempat tu memang tutup. 

aku yang frust..anak2 lagi la , lagi2 dak Hariz..siap tuntut nak pergi gak Sabtu depan

Di situ juga, ada satu port menarik untuk bergambar iaitu di Jambatan . Port ni la yang Guard tu bagitau tadi. Kitaorang sempat la snap gambar sekejap. Tak lama pun sebab cuaca panas sangat.
Aku seriau gak bawa budak2 ni walaupun diaorang excited nak main pasir sebenarnya

Masa nak balik plak, terjumpa plak pokok daunnya ala2 sakura tu. Apa lagi kan. Berhenti dulu dan snap gambar la lagi. Anak2, layan je la habit ibumu ni ya. 

ada pokok ala2 sakura plak
Dalam jam 11 tu kitaorang pun gerak balik. Masa nak balik tu plak, dak Danial ternampak orang jual durian tepi jalan. Dia pun minta la..aku teringin gak tapi nak tanya dulu la berapa kan.. mana tau mahal sangat ke. tak mampu la aih.. bila ditanya durian ni datang dari Keningau, harga plak dalam RM 25 - RM 30 sekilo..fuhhh..boleh tahan harganya. Aku beli la 2 biji saiz kecil je. tu pun harga dalam RM 47. sebiji makan beramai2 dan sebiji lagi buat kuah durian. 

sessi makan durian 
Masa tengah sibuk2 makan durian tu, En Suami whatsapp dan bagitau dia dah dapat tiket balik Taiping. Naik bas gak akhirnya. Alhamdulillah, dalam jam 7.15 malam dia pun selamat sampai ke Kamunting. Aku macam tak ada perasaan sangat la bila ada kawan2 ku tanya eh, kenapa tak balik sama?? 1 sebab yang utama mesti la sebab KOS PERJALANAN . kalau dulu masa stay di Johor, asal ada peluang je kitaorang mesti balik kampung. tapi sebab kali ni, kos dah lain. Maka, kalau suami ada peluang tu, dia la balik dulu dan ziarah kedua ibubapa kitaorang. Aku dapat call hari2 dengan Mak Abah pun aku dah rasa happy.
lama tak naik bas