click...click...

HITS

Followers

Sunday, April 24, 2016

Pasar Tamu Tuaran - Kali Kedua

Pagi ni kitaorg ke Pasar Tamu Tuaran lagi sekali...membeli barang2 basah untuk stok 2 minggu lagi...

Tadi bertolak lambat sikit sebab aku pi basuh baju dulu siap2 ...sekali bila nak keluar rumah tu elektrik tak ada plak... En suami dimaklumkan dalam 2 jam gak la tak ada elektrik ni..

Sampai2 je kat sana, aku dah siap2 keluarkan hp dah..apa lagi..hari tu tak dapat nak snap bahan-bahan basah yang dijual di sini..kali ni, En suami dah ada sama2 dari awal so dapat la ku snap banyak2 gambar kat sana..

Kali ni beli Ketam RM 15 sekilo, ikan kembung (saiz kecil RM 3 sekilo) & udang RM 22 sekilo. Jadi la..untuk stok bekalan 2 minggu ni.. 

Dak Danial ni suka makan ketam..dia nak ketam nipah..tapi masalahnya aku ni tak reti la nak masak ketam jenis ni..Tengok ketam2 tu gerak2 lagi , memang tak la ku beli...bila ku kongsi dengan group whatsap kawan2 ku, diaorg ada la share cara2 nak masak ketam nipah tu..Lain kali bolehlah try beli sebab ketam nipah pun dalam RM 17 je sekilo..

Geram tengok sotong yang besar2 tu..Harga tak tau la berapa sebab tak tanya pun... sebab cuaca makin panas, lepas je cari bahan2 mentah singgah beli air Anis Coffee sekali lagi & cari sayur2 sikit & terus balik. 

Ingatkan nak terus balik ke rumah la..sekali En Suami nak belikan plak pesanan Seafood segar dari Orang KL plak sebab petangnya Suami nak ke KL plak...

Maka, apa lagi..ke Pasar Besar KK la plak..

Next entri ye......

Antara yang ada di Pasar Tamu Tuaran
Musim sotong besar2 rasanya...ramai gak orang jual sotong besar2..
Mari membeli ketam

4 comments:

Siqah Hussin said...

Sedapnyaaaa seafood! Sedapnya ketam dan sotong! Besar2 sotongnya cuma siqah lebih prefer sotong saiz sederhana :) Siqah tak pernah masak ketam. Memang tak retilah. Baik order di kedai je atau suruh mak masak. Hihi.

Nurhidayu said...

Tak boleh la makan selalu kan...boleh dpt gout nanti..so minggu ni since akk beli ikan banyak kita habiskan ikan dulu..hehe...sambil2 selit2 gak la udang @ ketam gak nanti

Siqah Hussin said...

Hii. Betul kak. Tak boleh makan seafood saja. Potensi gout nanti. Kalau makan ikan memang sihat je memanjang. Tapi best jugak kak, sentiasa dapat seafood segar di sana :)

Nurhidayu said...

Hehe..aahh.kena la habiskan ikan dulu