Followers

HITS

Friday, April 22, 2016

MAXIS oh MAXIS...Apa cerita???

Patut la bulan ni daku dapat SMS ni dari MAXIS... ada sekali tu daku dapat dah Internet FREE 3GB...hat ni tengahari tadi plak Upgrade pakej ke 10GB plak..sebelum ni daku pakai 2GB je..

Ni pun sebab masih dalam contract je lagi ni..kalau tak memang ku pun akan bertukar juga rasanya...

Apa dah jadi dengan MAXIS??

Menurut laporan The Malaysian Reserve , Maxis kehilangan 1 juta pelanggan dalam jangkan masa setahun. Dalam tahun ini sahaja pada 3 bulan pertama 2016 Maxis sudah kehilangan 400 000 pelanggan. Pakar analisis berpendapat keadaan ini adalah disebabkan oleh syarikat Maxis yang sangat lambat terhadap kepada perubahan pasaran. Pesaing seperti Digi dan Celcom cepat bertindak balas terhadap pelan telco yang lebih murah yang ditawarkan oleh U Mobile dan Tune Talk.

Pada masa yang sama , pendapatan perkhidmatan postpaid dan prepaid Maxis pula berkurangan daripada RM 1.02 Billion kepada RM 994 Juta.

Sejak April 4 2016 , apabila isu krisis sosial media Maxis meletup maka saham Maxis sudah ditimpa kejatuhan 7% dalam pasaran saham.

Pengalisis RHB Research Institute SDN BHD pula berpendapat sekitar 72-78% pelanggan postpaid Maxis akan terbuka kepada pelan dan harga data Telco lain yang lebih murah. Oleh itu , adakah Maxis akan lagi dapat terus mengekalkan status mereka sebagai Telco No 1 negara ? Persoalan yang lebih menarik adalah adakah Maxis akan mampu bangkit daripada krisis ini ataupun lebih banyak lagi pelanggan mereka terkini juga akan keluar daripada menggunakan Maxis ?

4 comments:

Siqah Hussin said...

Patutlahhhh. Siqah pun dapat sms yang mengatakan plan siqah akan naik jadi 10GB start bulan depan. Tu yang pelik kenapa tetiba nak naik. Baguslah! Sebab serius memang plan nak tukar telco pun. Mahallah maxis. Huhu.

Nurhidayu said...

Mmg Siqah..mahalkan Maxis..akak kena bertahan je la sampai bln 10 ni..lps tu baru tgk mcm mana...

Siqah Hussin said...

Mahal maxis kak, memang diakui mahal. Start bulan ni, dah upgrade to 10GB untuk data internet, so siqah rasa dah okaylah. Tak jadi nak tukar telco. Hihi. Akak pakai plan maxis yang mana?

Nurhidayu said...

Akk pakai yg 2GB rm 128 kalau tak silap la..sbb sekali pakej dgn hp..hehe..tu yg rasa mcm mahal je tau