click...click...

HITS

Followers

Saturday, April 30, 2016

Cabut Gak Gigi Akhirnya...

Hari ni adalah hari temujanji Hariz dengan Dr Giginya, Dr Reagen.

Jam 9 pagi lepas kitaorang breakfast terus gerak ke sana.. Hariz nampak macam steady je..tapi dalam hatinya aku rasa dia takut2 gak tu..

En suami nak teman dia masuk ke dalam tapi bila ditanya sapa nak teman dia, disebut nak ibu gak temanπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Ku dengar bunyi2 tu pun dah rasa ngilu..Dr tu nampak steady..macam2 dia ajak Hariz sembang tapi Hariz ni dia senyap, angguk2 je..tak cakap apa sangat pun..sampai Dr pun tanya, Hariz takut ka πŸ˜…

Tapi bila dah start membius sampai mencabut gigi tu baru la aku nampak respon dari dia...

Bila ku tengok gigi geraham yang Dr tu cabut, mak ai ..besar dan panjang gak la...berlubang pun besar..memang patut la kena buang....

Settle gak akhirnya

Tuesday, April 26, 2016

Seafood Punya Pasal

Berbalik pada entri sebelum ni, ku ada nyatakan yang Seafood  En Suamiku beli & dah siap2 packing di Pasar Ikan KK tu tak lepas plak dibawa naik flight lepas di scan.. 

Ni packaging asal 
Rupa-rupanya bila scan tu nampak kotak tu macam ada kandungan air. Crew yang bertugas plak minta En Suami ke kedai Frozen berhampiran & buang air dulu & wrapping lain... Sampai2 je kat kedai frozen tu, towkey kedai tu pun dah macam2 tau je nak kena wrapping lain. Siap tanya lagi, naik apa.. AA ke MALINDO?  Erk...kenapa tanya macam tu ye..adakah itu bermakna MAS lepas je kalau packing macam tuπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Lepas dah settle buang air dalam kotak ais tu, kena la wrap lagi dengan harga RM18..fuhhhhh..... En Suamiku kata towkey tu siap balut dengan surat khabar dulu 3 bungkusan seafood yang dibeli kemudian baru diwrap byk2 kali. 

Selepas wrapping kali kedua
Aduhai...gitu lah ceritanya...Alhamdulillah, lepas gak la naik flight ....bila ku google sini sana ramai yg share tips supaya frozenkan dulu seafood ni sekejap kemudian baru wrap elok2...ramai gak yang beli je dulu seafood ni & wrap sendiri2 je..sbb kalau ikutkan mahal gak servis wrap diaorg tu..lepas ni tau dah la....
Alhandulillah...selamat gak sampai kepada tuannya...



Monday, April 25, 2016

Pasar Basah Kota Kinabalu

Lepas beli stok barang2 basah di Tamu Tuaran, kitaorang ke Pasar Besar Kota Kinabalu plak..

Di sini ada macam2 tau...kalau mencari bahan2 kering hinggalah ke sayur2an & buah2an serta bahan2 basah pun semua ada.

Agak payah juga la cari parking di sini walaupun jam dah menunjukkan jam 11 pagi.

En Suami nak beli seafood sikit untuk dibawa ke KL petang semalam memandangkan dia nak ke sana untuk berkursus...

Kat Pasar Besar Ikan ni ku lihat macam2 ada.. kerang besar2, ada kepah, ketam nipah pun lagi murah dari di Tamu Tuaran, sekitar RM 14 - RM 15 sekilo, sotong2 pun murah2 gak dari harga RM 6 - RM 20 sekilo (ikut size) & yang paling orang suka beli ialah udang harimau yang size besar2 tu la dari harga RM 35 - RM 85 sekilo.. Ikan pun ada gak..besar2 ikannya..

Sib baik Danial tak minta kerang plak

Udang oh udang...Lobster tu RM 170 sekilo πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

En suami belikan udang harimau dalam RM 60 sekilo (dapat 14 ekor), Sotong Besar dalam RM 20 sekilo (dapat 3 ekor) & udang harimau size sederhana dalam RM 35 sekilo (banyak gak).

Kat sini ada disediakan servis packing sama jika nak bawa balik naik flight. 5kg kotak ais dengan harga servis packing RM 25 sahaja.

Wrapping macam ni sekali dengan ais
Sementara menunggu diaorang wrap kotak ais tu, daku ajak Nayli & Danial ke Pasar Besar KK di hadapan Pasar Besar Ikan ni.. ku cari daun kesom, bunga kantan lagi..konon2 nak buat laksa lagi la..sekali terlupa plak beli laksa kering kat situπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Antara barang2 kering yang ada dijual di Pasar Besar KK . Daku sangat suka Cili Padi Kg di KK ni...memang pedas tahap berapi punya lah...

Habis je kitaorang singgah makan tengahari dulu siap2 dan kemudian terus balik sebab petang tu En suami nak kejar flight dia plak..

Yang part seterusnya agak best & mendebarkan juga apabila semasa En Suami nak check in luggage & dimaklumkan kotak ais ikan tu TAK BOLEH BAWA MASUK KE KARGO !!

Next entri ye...tak pasal2 je ku semalam tido lambat sebab nak tunggu En Suami selamat tiba di KL smlmπŸ˜…

Sunday, April 24, 2016

Pasar Tamu Tuaran - Kali Kedua

Pagi ni kitaorg ke Pasar Tamu Tuaran lagi sekali...membeli barang2 basah untuk stok 2 minggu lagi...

Tadi bertolak lambat sikit sebab aku pi basuh baju dulu siap2 ...sekali bila nak keluar rumah tu elektrik tak ada plak... En suami dimaklumkan dalam 2 jam gak la tak ada elektrik ni..

Sampai2 je kat sana, aku dah siap2 keluarkan hp dah..apa lagi..hari tu tak dapat nak snap bahan-bahan basah yang dijual di sini..kali ni, En suami dah ada sama2 dari awal so dapat la ku snap banyak2 gambar kat sana..

Kali ni beli Ketam RM 15 sekilo, ikan kembung (saiz kecil RM 3 sekilo) & udang RM 22 sekilo. Jadi la..untuk stok bekalan 2 minggu ni.. 

Dak Danial ni suka makan ketam..dia nak ketam nipah..tapi masalahnya aku ni tak reti la nak masak ketam jenis ni..Tengok ketam2 tu gerak2 lagi , memang tak la ku beli...bila ku kongsi dengan group whatsap kawan2 ku, diaorg ada la share cara2 nak masak ketam nipah tu..Lain kali bolehlah try beli sebab ketam nipah pun dalam RM 17 je sekilo..

Geram tengok sotong yang besar2 tu..Harga tak tau la berapa sebab tak tanya pun... sebab cuaca makin panas, lepas je cari bahan2 mentah singgah beli air Anis Coffee sekali lagi & cari sayur2 sikit & terus balik. 

Ingatkan nak terus balik ke rumah la..sekali En Suami nak belikan plak pesanan Seafood segar dari Orang KL plak sebab petangnya Suami nak ke KL plak...

Maka, apa lagi..ke Pasar Besar KK la plak..

Next entri ye......

Antara yang ada di Pasar Tamu Tuaran
Musim sotong besar2 rasanya...ramai gak orang jual sotong besar2..
Mari membeli ketam

Saturday, April 23, 2016

Klinik Gigi Dr Natasha di Kota Kinabalu...

Dak Hariz ngadu sakit gigi plak Selasa lepas. Bila ku check tengok gigi geraham dia berlubang besar gak.. Sebelum ni dia pernah tampal gigi masa di Parit Raja dulu.

Bila dah di KK jenuh juga aku cari klinik gigi mana yang ok.. ada juga dapat info dari kawan2 ku di sini ..ada juga info dari staf En Suami..last2 bila ku google terjumpa Klinik Gigi Dr. Natasha ni..tu pun bila baca review Dr nya sangat lembut dengan kanak2. Ok la..cumanya..jarak ke klinik tu boleh tahan gak jauh..dalam 40 minit juga la..

Hari ni ku ambil diaorang awal dari training taekwando sebab appointment jam 11 pagi. Mula2 ku drive dulu sebab time tu En Suami tengah sibuk layan call.. aku follow jalan yang ditunjuk dalam google maps je.sekali dibawa ikut jalan mana tah...memang la jarak lagi dekat tapi ikut bukit la...dengan banyak lorinya, aduhai ..

Sampai2 terus jumpa Dr. Since Hariz pun nampak macam takut2 je, Dr bagitau akan beri ubat tahan sakit dulu dalam tempoh 5 hari ni dan kemudian akan cabut dalam minggu depan.

Dak Danial pun nak check gigi dia juga walaupun sebenarnya tak ada apa2 masalah. Lepas je check gigi, Dr ajar cara2 gosok gigi dengan betul.

Time aku pergi ni dengan Dr Reagan sebab Dr Natasha ada hal. Ok la juga Dr nya..diaorang pun nampak macam selesa je.. nak keluar tu Dr tu siap bagi lagi sticker kat budak2 ni...

Jumpa lagi la minggu depan plak...
Sessi belajar berus gigi dengan betul
Klinik Gigi Dr Natasha
Good review

Friday, April 22, 2016

MAXIS oh MAXIS...Apa cerita???

Patut la bulan ni daku dapat SMS ni dari MAXIS... ada sekali tu daku dapat dah Internet FREE 3GB...hat ni tengahari tadi plak Upgrade pakej ke 10GB plak..sebelum ni daku pakai 2GB je..

Ni pun sebab masih dalam contract je lagi ni..kalau tak memang ku pun akan bertukar juga rasanya...

Apa dah jadi dengan MAXIS??

Menurut laporan The Malaysian Reserve , Maxis kehilangan 1 juta pelanggan dalam jangkan masa setahun. Dalam tahun ini sahaja pada 3 bulan pertama 2016 Maxis sudah kehilangan 400 000 pelanggan. Pakar analisis berpendapat keadaan ini adalah disebabkan oleh syarikat Maxis yang sangat lambat terhadap kepada perubahan pasaran. Pesaing seperti Digi dan Celcom cepat bertindak balas terhadap pelan telco yang lebih murah yang ditawarkan oleh U Mobile dan Tune Talk.

Pada masa yang sama , pendapatan perkhidmatan postpaid dan prepaid Maxis pula berkurangan daripada RM 1.02 Billion kepada RM 994 Juta.

Sejak April 4 2016 , apabila isu krisis sosial media Maxis meletup maka saham Maxis sudah ditimpa kejatuhan 7% dalam pasaran saham.

Pengalisis RHB Research Institute SDN BHD pula berpendapat sekitar 72-78% pelanggan postpaid Maxis akan terbuka kepada pelan dan harga data Telco lain yang lebih murah. Oleh itu , adakah Maxis akan lagi dapat terus mengekalkan status mereka sebagai Telco No 1 negara ? Persoalan yang lebih menarik adalah adakah Maxis akan mampu bangkit daripada krisis ini ataupun lebih banyak lagi pelanggan mereka terkini juga akan keluar daripada menggunakan Maxis ?

Secara Tiba-tiba......

Pagi tadi ketika daku breakfast jam 8.30 pagi tadi & Nayli plak tengah layan Upin Ipin kat Tv, tiba2 je tak ada elektrik...

Ku ingatkan sekejap je la...watsap la En Somi...rupanya dia bagitau satu kolej tak ada elektrik...Aduhaiii...

Last2 ku fikir nak buat apa..nak jahit manik, tak mau la..tengahari ni memang off masak sebab En Somi nak belikan Nasi Ayam Penyet untuk lunch nanti..

So naik ke atas, tengok bilik belajar budak2 ni maka apa lagi..terus bertukang sini sana tepek gambar2 ni... mula2 dikatakan ada orang nak datang cat..tapi dah sebulan lebih kat sini bayangan pun tak ada..aku malas nak tunggu..Gambar2 lain banyak lagi tak bergantung lagi ni..

Guna hammer & paku je..sekejap je buatnya tapi mak ai..berpeluh2 dibuatnya...last2 turun bawah ku ajak Nayli makan aiskrim..tu pun sebab aku tengok aiskrim tu nampak macam nak cair je...

Ku nak sambung lagi kemas bilik belajar diaorang lagi ni...sekian...

Cukup la 4 gambar ni dulu
Panas2 makan aiskrim..mmg best

Thursday, April 21, 2016

Gembiranya Hati Ini

Sejak pindah ke KK, ku dah lama tak workout... ada je masa tapi ku banyak buat benda lain...

Nak jadikan cerita, baru kejap tadi ku ambik la penimbang & saja la tengok berapa berat aku yabg terkini....

Tadaaaaaa....

Terkesima jap..sebabnya tak sangka berat aku dah turun..

Yeayyyyyyyy..

Tak ada la apa2 tips pun..cumanya awal minggu ni daku tak lalu makan nasi..

Ratah2 lauk, sayur & makan buah je... buah epal, anggur, tembikai & betik wajib ada ....

Tapi itu tak bermakna aku tak makan apa2 dari karbo..aku lalu makan bihun, mee dengan roti je..roti telur, roti sandwich sardin, roti jem strawberry memang tu je la yang boleh masuk sekarang ni..

Sini cuaca panas sangat...ais memang tak dapat dipisahkan..satu lagi aiskrim.. tak ada apa2 ye, cuma tengah cuaca2 macam ni aku jenis cepat penat ..so bila penat aku memang tak makan nasi2 ni..

Moga turun la lagi ye πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Wednesday, April 20, 2016

Projek Pertama : Basic Crumble

Dari semalam sampai ke hari ni ku pulun buat Simple Basic Crumble ni...

Tak de dah buat kat kain2 kosong..buat terus kat baju yang ku nak pakai nanti...

Tadaaaaa...ni baru kat kedua2 belah tangan je...nak siapkan kat depan baju plak la...

Design yang simple2 je

Sunday, April 17, 2016

Aduh....Kegilaan APAKAH INI??

Gara2 nak jahit manik kat baju2 aku sempena raya tahun ni ku sanggup beli Tutorial Macam-Macam Jenis Design secara online.

Lepas dah dapat emel tu mula la rasa mcm tak puas hati plak..padahal empunya Tuto tu dah bagi Nota Tutorial sampai 18 la..

Aku beli plak Tutorial Secara Whatsapp plak....aduiiii..ni memang Kerja Gila.. Kalau En Suamiku tau ...πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Kita tengok hasil kerjaku ni macam mana plak ye..

So untuk hari2 seterusnya ku sangat2 lq bz...belek2 Tutorial & cuba2 untuk menjahit plak...

Ni kerja tak menyabar namanya
12 design pun, ada 1 tu tak de design yg aku nak  belajar..mmm..tapi tak pe la. 12 pun dah byk dah ni.. 

Thursday, April 14, 2016

Tugasan Harian....

Hari2 time anak-anak balik sekolah daku la pi ambik dengan Nayli...

Walaupun sek bersebelahan je dengan IKM, tapi still la juga kena keluar naik kereta ambik diaorang...

Hari ni ku bernasib baik..Biasa ku ambil diaorang 20 minit awal sebab nak cari parking punya hal la...tapi tadi lagi 10 minit nak jam 12, daku baru nak keluar rumah...

Sekali dapat plak parking betul2 depan pintu keluar kedua sek ni.. Lega banyak aih....

Kalau tak, memang selalu dapat parking jauh2...nak kena menapak sambil dukung Nayli sambil pegang payung, boleh dikatakan exercise gak la ni..

Mak  Ayah @ penjaga kena turun & ambik anak2 gak kat kantin sekolah... Mak Guard tak bagi budak2 keluar sendiri tanpa mak ayah @ penjaga
Pintu keluar Utama...sini jangan cerita la..lagi penuh kereta yang dah menunggu

Wednesday, April 13, 2016

KeranaMu Rayani Air ~ Nyaris Tak Balik Beraya

Sejak En Suami dapat berita yang kitaorang sekeluarga akan berpindah ke Kota Kinabalu masa pertengahan bulan Februari lalu, En suami ada gak la pesan tengok2kan tiket untuk balik Raya nanti. Time tu ku berfikir, mmmm..tak apa la...ada macam2 pilihan. MAS ada, AA ada, Malindo pun ada & terbaru RAYANI AIR.

Jadi masa cuti sekolah pertengahan bulan 3 tempoh hari, daku & En suami pun mula survey tiket. Time tu suami buka setiap website airlines, manakala daku plak check melalui skycanner. So dari situ kitaorang boleh check mana satu flight yang menawarkan tambang yang murah...

Jenuh gak la time tu...ada la juga dalam sejam dua kitaorang meneliti satu persatu..last2 lepas bandingkan semua airlines, kitaorang memilih RAYANI AIR. Time beli hari tu, 2 Dewasa & 3 kanak2 harga tiket pergi balik termasuk tax bla..bla...bla... dalam RM 12++

Kalau ikutkan kitaorang tak ke KK lagi tau..tapi dah beli siap2 tiket balik raya..ni bukan lagi namanya excited tapi sebagai langkah persediaan awal. 

Tak ku sangka ....rupanya lepas kitaorang beli tiket RA, macam2 kes ku dengar.... mula2 flight delay la...lepas tu ada yang sampai cancel la..time tu dah tak sedap hati...ada gak la ku share berita2 macam tu pada En Suami...dia hanya bagitau doa la banyak2 agar time balik raya nanti tak jadi apa2...kalau tak, ada yang peluk tiang airport sambil nyanyi lagu dendang perantau di pagi raya....Cisssss...sabar je la..

SAMPAI LA SATU HARI....... 

......


.......

KU DAPAT BERITA YANG AGAK MENGEJUTKAN.....


.




.




.



Yang RAYANI AIR akan menghentikan operasi seketika...

Terketar2 aku baca info ni....
Masa ku dapat berita ni, memang ku terus search RAYANI AIR dalam FB...baca statement yang dikeluarkan diaorang sampai la ku jumpa statement di bawah ni.. aduhai...maka bermula la proses refund balik harga tiket yang dibeli tempoh hari.. mujurlah ku ada juga kawan yang alami kes macam ku..cumanya kawanku ini beli tiket untuk hujung bulan ni untuk ahli keluarganya.

Selepas memberitau En Suamiku, kitaorang pun survey2 la harga tiket lain plak...Mak Ai..harga memang melampau2 la...cecah gak RM 3K - RM 5K untuk pergi balik sempena cuti raya ni...Sehinggalah en suami ku berkata nampaknya kita beraya di sini je la...

Waaaaaa...ku dah agak sebak juga pada mulanya...namun bila fikir2 balik tak apa la...mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. Kitaorang tak boleh lagi balik guna waran setahun sekali balik kampung secara percuma itu disebabkan masih belum cukup tempoh 6 bulan berada di sini. 
Statement yang meremukkan hati....mujur la sehari lepas tu ku baca statement dari AA plak...

Sehinggalah semalam...ku ternampak satu post yang dikongsi oleh seorang ahli BBM ni..dimana AA ada memberikan diskaun sebanyak 50% kepada penumpang2 RA yang ingin membeli tiket baru.. cumanya tarikh travel tu macam tak kena la dengan tarikh tiket kitaorang sebab offer tu diberikan sehingga 27hb April sahaja..last2 ku baca komen2 di situ, mengatakan MAS pun ada buat offer gak...zassss..apa lagi..terjah terus ke page FB MAS.

Ni antara statement yang sekurang2nya memberi harapan kitaorang balik beraya
Yeayyy..ada la sedikit harapan. Sebab tarikh travel sehingga 31hb July ni...so semua info2 ni ku forward terus pada En Suami. Minta dia contact @ buat la apa2 yang berkaitan...

Alih2 pagi ni dia ambik cuti. Yang sebenarnya petang ni dia ada hal sikit. Jadi sebelah pagi tadi kitaorang ke Kaunter MAS di KKIA .....sempat juga ku update status di FB walhal ku sangat jarang2 nak post status di sana...ku berharap ada la sedikit harapan pada kami sekeluarga..

Alhamdulillah..dapat juga beli tiket walaupun harga berbeza

Sampai di Kaunter MAS, En suamiku dah salah sangka rupanya...dia ingatkan tiket RA tu boleh refund di situ @ contra dengan tiket MAS..adeh.. aku plak macam terpinga2 di situ..walhal seperti apa yang aku faham MAS offer harga promo utk penumpang2 RA. bukan la contra ke apa...aishhh..Mujur la selepas sessi check available tiket & harga yang masih under bajet kitaorang (bawah RM3K), akhirnya dapat la kitaorang beli tiket lain dengan harga RM 2087 untuk pergi balik 2 Dewasa & 3 Kanak2. Tiket balik ke KLIA , kitaorang dapat harga special offer dari MAS memandangkan kitaorang beli tiket pada 30hb 6 malam. Tapi tiket balik ke KK, tak dapat la harga offer sebab permintaan memang tinggi time tu.  

Ku rasa lega sangat...dapat juga balik beraya tahun ni...nanti ku akan share cara kitaorang Refund Tiket RAYANI AIR ye...entri ni pun dah panjang lebar dah...

Tuesday, April 12, 2016

Laksa ~ Teringin punya pasal...

Daku memamg HANTU makan laksa...sangat2 suka ok...

Pernah buat satu ketika dulu masa kat Ampang...2x buat , dua2 terover pedas..

Maka, yang ni kali ketiga aku buat..

Alhamdulillah...jadi la juga....

Resipi :

Ikan kembung 4 ekor, lepas siang elok2 basuh dengan garam & limau nipis dan kemudiannya direbus dengan asam keping.

Cili kering dikisar bersama2 dengan sedikit belacan dan sedikit bawang merah.

Ikan yang direbus tadi kemudiannya ambil isi ikan dan kemudian dikisar seketika. Daku tak ambik tulang2 ikan tu, maka guna isi ikan je la..

Daku saja nak cuba versi tumis plak. Sebab nampak ada orang share masak Kuah Laksa versi tumis.

Panaskan sedikit minyak. Tumiskan cili kering yang dikisar dengan bawang merah & belacan. Bila dah naik bau, masukkan air rebusan ikan tadi bersama2 dengan isi ikan yang dikisar. Letak la juga daun kesom & bunga kantan dan tak lupa juga dengan asam keping. Perasakan dengan garam & sedikit gula. 

Masak seketika sampai kuah tu sebati. Tadaaa..dah siap akhirnya...Yang penting tak over pedas...

Sini aku jumpa laksa kering. So kena rebus la dulu.. Salad, timun, bawang besar, cili padi, limau dihiris nipis. Telur rebus pun jgn dilupa ...

Maka, dah sedia boleh dimakan...tadaaaa
Boleh la masuk dalam senarai menu masakan lepas ni

Sunday, April 10, 2016

Pasar Tamu Tuaran...

Dari semalam lagi ku dah pujuk2 En Suami mau ke Pasar Tamu di Tuaran ni. Ye lah, kitaorang dah berada di sini lebih kurang 2 minggu dah... tapi belum lagi nak beli barang2 basah di Pasar2 ni..balik2 ku beli di Giant @ Supermarket CKS @ Supermarket ARL je..

Pagi ni dalam jam 7 pagi kami bertolak dari rumah..mula2 ingat nak breakfast la dulu tapi dah alang2 keluar awal baik terus ke Pasar Tamu tu dulu la...

Sampai di sana dalam jam 7.30 pagi. Mula2 aku mencari barang2 basah dulu. Memandangkan En Suami time tu pergi alihkan kereta ke tempat parking lain, so aku bawa la budak2 ni jalan2 dulu...Bawa anak2 kecil kan..ada je la benda nak ditanya..itu apa ibu?? Boleh makan ke?? 2 soalan wajib ditanya...

Ku beli ketam 1 kilo dalam RM 17, kecil2 je dapat la dalam 10 ekor, sotong besar 3 ekor dalam RM 15. Lepas tu ku tengah berkira2 nak beli apa lagi, En suami pun tiba. Dia tengok ku beli sikit je, apa lagi..katanya bukan nak datang sini tiap2 minggu..beli la banyak sikit. Ok..apa lagi...terus beli ikan kembung 1 kilo RM 8, Ikan Selar kecil 2 kilo RM 8, sotong lagi 2 kilo RM 15. Udang plak ku pilih size kecil je, RM 8 untuk 2 pinggan...En suami dah pesan stok udang kat staf dia yang balik kampung di Tawau. 

Settle barang2 basah, kitaorang beli sayur2 plak...memang rambang mata dibuatnya ..kebanyakan sayur2 dijual dengan harga RM 2 seikat dan 3 ikat @ 3 jenis sayur RM 5. So antara sayur yang kitaorang beli tadi kangkung, bayam merah, bayam, bendi, tomato, kailan, cendawan, jagung & 2 set sayur campur.

Penat berjalan kitaorang singgah beli air dulu. Tu pun lepas nampak gerai Anis Coffee ni..beli la air Mocha & Chocolate. 

Ku sambung shopping ikan masin plak.. nak beli ikan bilis suami kata dah pesan gak pada staf dia..so terasa nak cuba ikan masin yang disalut cili ni..ku beli separuh ikan dulu untuk cuba kali pertama .. 

Kalau tak mengenangkan tangan ni ada 2 je & yang nak bawa pun hanya aku, En suami & anak sulungku Hariz, dah tentu aku nak sambung beli buah2an plak..tapi mujur la sedar diri...tu pun lepas tengok Danial & Nayli berebut2 air kat situ. Tak tahan aku tengok terus aku ajak balik je la...

Maka tamatlah sudah sessi beli belah di Pasar Tamu Tuaran. Kalau tak ada apa2 hal boleh la pergi lagi lain kali...

Ni en suamiku dapat info mengenai Pasar Tamu yang ada di Sabah ni..

INFO TAMU SABAH:

ISNIN:
1.Kg.Pukak Kiulu

SELASA:
1.Kiulu
2.Kuala Penyu
3.Pandasan
4.Tamparuli

RABU:
1.Ranau
2.Nabawan
3.Tampaluri
4.Kudat
5.Kota Belud
6.Mambakut
7.Dongongon
8.Sipitang

KHAMIS:
1.Dongongon 
2.Keningau
3.Tambunan
4.Telipok
5.Sumangkap (Matunggong)
6.Tenghilan
7.Pekan Nabalu
8.Taginambur
9.Papar

JUMAAT:
1.Sepulut
2.Teginambur Batu 10
3.Beaufort
4.Kundasang
5.Dongongon

SABTU:
1.Ranau
2.Nabawan
3.Kinarut
4.Matunggong
5.Putatan
6.Inanam
7.Mansiat Sook
8.Telupid
9.Apin-Apin (Keningau)
10.Beaufort
11.Papar

AHAD:
1.Tuaran
2.Sook
3.Kota Marudu
4.Kota  Belud
5.Kota Kinabalu
6.Tambunan
7.Putatan
8.Keningau
9.Tampaluri
10.Telupid
11.Mambakut
12.Papar
13.Sikuati Kudat

"Tamu Menjana Ekonomi Masyarakat"..

Macam2 jenis sayur ada
Ikan Masin tak dilupai
Rehat sebentar dengan Anis Coffee

Saturday, April 09, 2016

2 in 1 : Antara Thriller & Cinta

2 buku ni merupakan koleksi novel terbaru dalam simpananku. Daku beli pun sebab daku yakin dengan kedua2 Novelis tersebut, Aisya Sofea & Ramlee Awang Murshid. Dalam fikiran ku, kalau dua2 ni dah ada buku baru, mesti best lah...Dua2 novelis ni merupakan novelis kegemaran ku. Walaupun dua2 dari genre yang berbeza, daku tetap support mereka.

Novel Dialah Cinta Hatiku dari Aisya Sofea merupakan novel yang ke 13 dari beliau. Daku mula membaca semasa sampai di KK hari tu. Time kitaorang stay di Klagan Regency selama seminggu. Ku baca2 tapi tak dapat nak teruskan sampai habis.. entah lah..ketika itu ku merasakan genre cinta bukan lagi kesukaan ku. Disebabkan itu hampir 2 minggu juga ku delay2 je baca novel ni sehinggalah ku habiskan juga petang smlm. Mmmm..nampak di situ aku sudah mula menunjukkan daku ke arah menuju zaman kematangan @ penuaan..πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Berbeza plak dengan Raudhah hasil penulisan Ramlee Awang Murshid yang ke 24. Ku mula baca dari petang semalam dan berjaya habiskan dalam masa 2 jam sahaja. Plot cerita novel ni memang superb!!! Korang tak akan boleh jangka ending novel tu macam tu je. Selain tu aku mmg sukakan hasil penulisan RAM. Unsur2 saspen, thriller & tak lupa juga dengan keagamaan ada juga diselit2 dalam hasil karya beliau..

Aku dapat membayangkan selepas ini mungkin genre cinta akan ku biarkan saja menyepi. Mungkin jenis2 thriller, penggembaraan merupakan bahan bacaan aku sekarang ni  



Tahniah!!! Kalian memang hebat.

Saturday, April 02, 2016

Training Taekwando Diteruskan Jua

Akhirnya....

Setelah jenuh mencari kat mana la Training Taekwando yang terdekat dengan rumah aku, sekali rupa2nya kat sek budak2 ni je tempatnya...

Training setiap hari sabtu jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi..

Hari ni daku hantar diaorang. Tapi daku tak ada la tunggu sampai habis..Balik rumah dulu settlekan hal rumah, lepas tu dalam jam 11.25 pagi aku keluar ambik diaorang .sekali tak habis lagi daaa.. Latihan tadi dekat jam 12 gak la baru habis. Fuhhhh...lama gak la diaorang berlatih tadi..patut lah ku tengok Danial macam tak larat je rupanya....

Semangat budak2 ni

Friday, April 01, 2016

Demam Silih Berganti..

Beberapa hari dah tak update blog...

Kami 4 beranak silih berganti demam...

Mula2 Danial demam dulu hari sabtu lepas. Hari isninnya dia tak pi la sek. Still panas lagi badannya.


Hari selasa plak, Hariz & Nayli plak demam. Danial pergi sek hari tu. Tu pun time rehat mengamuk nak ikut aku balik..adui..ni yang aku malasnya nak teman diaorg makan time rehat ni..ada je akainya..

Petang tu Danial demam balik...mmmm.. sudahnya, hari rabu tu aku pun demam sama...Memang flat habis. Terbaring je aku. Makan2 diaorg ni memang aku beli siap2 la...masing2 tak ke sekolah hari rabu tu...

Khamis semuanya dah sihat...Masing2 dah ke sekolah...aku pun dah rasa kebah sikit. Boleh la sambung2 kemas dapur tu.

Tapi....pagi tadi...aku & Nayli plak start demam balik...puncanya aku start sakit kepala. Panas sangat kat sini. Nayli pun sama...dedar2 badan dia....

Selera makan aku mmg out la..tak makan nasi pun..aku hanya makan biskut, anggur & epal je.. air plak ku bancuh air lemon + halia + madu memandangkan aku masih batuk2 lagi...aduhai...batukku ni dah lama juga la.. 

Budak2 ni pun macam tak serasi lagi dengan waktu yang berbeza sikit kat sini... sebab sini Subuh awal, jam 5.30 pagu diaorang dah kena bangun. Tido malam plak sekarang ni memang lepas isya dalam jam 7.45 @ 8 malam. Kalau tak siap la...masing2 susah nak bangun kalau tido lambat.

Entah lah....harap2 lama2 nanti ok. .