click...click...

HITS

Followers

Friday, March 25, 2016

Tips Menggembara Ke Luar Negara Bersama Anak2 Kecil

Nak share tips ni..daripada kawan Fbku merangkap kawan blogger satu ketika dahulu juga, Kak Sara Russly. Beliau baru je balik dari bercuti ke Korea bersama2 ahli keluarga.. Memang meriah. Seronok tengok Kak Sara sekeluarga melancong ke sana secara backpackers. Dengan anak2 sama tau. Bukan seorang dua ye, tapi lima orang anaknya..Suka aku tengok ..setiap kali gambar kak sara @ dari suaminya keluar je di newsfeed aku mesti like @ komen. Nampak tak aku sangat excited bab2 jalan ni....

Syoknya baca Tips2 dari Kak Sara ni..

Bismillahirrahmanirrahim... 

Ada beberapa orang minta tips bagaimana nak travel dengan anak2 kecik ke luar negara. So disini ammi share sikit2 lah ye..tips ni adalah secara rawak...

  • kalau ada baby eloklah babywearing, carilah ssc/wrap/rs yang sesuai. Boleh beli atau pun sewa saja. Yang ammi guna ke korea hari tu adalah SSC littlepods, ringan, tak bulky, dan senang dipakai.
  • elakkan bawak handbag yg shoulder strap tu,seeloknya guna slingbag atau backpack. Menyenangkan hidup. Hehe 
  • kalau ada toddler bawaklah stroller, lebih memudahkan. 
  • bila bawak ramai2 anak ke negara lain, yg susah cari makanan halal, yg sejuk dan byk berjalan, kita sering lapar. Jadi bawak lah bekalan makanan yg banyak dan mencukupi. Anak2 ni mcm2 citarasa, bila berbekal juga lebih mudah dan jimat belanja. Tak lupa sgt best berpicnic bersama keluarga. 
  • sediakan air panas dalam termos utk bekalan. Bila sejuk2 semua org appreciate hot drinks. 
  • jika ke negara sejuk, jgn lupa bawak krim/lotion/moisturizer . Kita akan sering kering kulit dan menyebabkan gatal2 & luka2. Juga lipbalm /vaselin utk bibir kering. Jgn lupa jugak minyak gamat, plasters, minyak panas etc . 
  • jika travelling ramai, sediakan satu fail / ziplock bag meletakkan semua pasports, tampal stiker nama pada tiap satu di cover pasport. Mmg menyenangkan!
  • bawa selimut /blanket yg boleh dijadikan selimut anak/sejadah jika terpaksa solat di mana2 dan dijadikan lapik picnic
  • siapkan itinery perjalanan dan anggaran bajet bg sepanjang percutian. Tukar siap2 duit dr malaysia. Lebihkan sedikit in case lari bajet. 
  • install applications yg sesuai sebelum berangkat. Cth ammi hari tu install halal korea , korean subway, money exchange ke apa tak ingat,yahoo weather dan mcm2 lagi.
  • Buat research /homeworks sebelum berangkat, baca blog, tanya pada yg dah pergi, bukak pinterest, baca websites etc. Ammi baca dr semua segi, tgk weather so tau nak pek baju apa yg sesuai, places to visit, entrance fees/subway fees/bus fares/taxi rates etc. 
  • dapatkan senarai street foods yg 'halal' dimakan. Cth di korea odeng adalah fishcake yg dicucuk lidi direbus dlm sup. Sgt2 sedap dimakan panas2 kala sejuk2.sekali tgk ada org mungkin ingt tu daging/ayam so ingtkn tak halal. 
  • bekalkan keluarga anda dgn supplements. Mcm ammi bawak vit c dan qaseh junior for the whole family. 
  • sentiasa bawak hand sanitizers, wipes dan tisu ke mana2 bila travel dgn anak2. 
  • disarankan jika dgn anak2 kecil pilih penginapan spt guesthouse. Di situ anda boleh masak, membasuh baju, siap ada dryer. Tak perlu bawak baju yg byk. Ammi cuma bawak dua lai sorang je baju siang dan 2 baju tido. Breakfast seisi keluarga juga disediakan. Biasanya depa bg roti, telo dan sebagainya.kita bikin sendiri apa nak makan. Wifi yg super duper laju juga disediakan. 
  • jgn lupa bw universal adapter. Kaji dulu mcm mana jenis adapter yg sesuai utk negara itu. Bawak siap2 extension wire. 
  • Pastikan footwear yg sesuai dipakai utk banyak berjalan. Stokin/leggings yg sesuai juga dgn cuaca .
  • Tiap mlm cek balik bajet dan itinery. Rancang routes siap2. Rasanya tu kot buat masa ni. Kalau ada teringat lagi nanti ammi bgtau..


2 comments:

Siqah Hussin said...

sangat berguna tips ni :) Kalau diizinkan, akan digunakan :)

Nurhidayu said...

Hehe..insyaallah...mudah2an..😉