click...click...

HITS

Followers

Friday, March 25, 2016

Minggu Pertama MIH & MID Di Sek Baru

Hari pertama budak2 ni bersekolah ku semangat sungguh...Sebenarnya malam sebelum tu aku tak boleh tido...sikit2 terjaga..3x gak la aku terjaga, jam 2.30 pagi, 4.00 pagi & 5.00 pagi tu aku terus bangun la..Sini kan Subuh awal, so kena la adjust masa bangun awal la juga... breakfast merangkap bekal budak2 ni daku sediakan roti jem strawberry je. Tu pun mujur la ada giant di 1Borneo ni..beli roti & jem strawberrry siap2 petang sebelumnya...

Keluar dari Hotel jam 6.35 pagi. Cuaca dah makin cerah. Betullah kata2 En Suami. Jalan menuju ke Bandar KK memang sangat2 jem kalau dari area2 Sepanggar khasnya... manakala jalan yang bertentangan agak lengang mujur la kitaorang sampai pun on time gak. Dalam jam 6.45 pagi dah sampai sek. 

Jumpa Guru Besar dulu, beliau bagi kata2 nasihat pada budak2 ni bersama2 daku & En suami. Daku bukan apa, yang paling aku risau mestilah anak aku yang no 2 tu, Danial. Guru HEM tak ada hari tu, jadi urusan pembayaran yuran kitaorang akan buat pada keesokkan harinya... lepas tu Cikgu Penolong Kanan 1 bawa budak2 ni masuk kelas diaorg. Danial ditempatkan di kelas 1 Seroja dulu manakala Hariz di kelas 2 Kenanga. Kelas2 ni dikatakan sementara menunggu keputusan Ujian Bulanan yang diaorang ambik baru2 ni. Kesian diaorg..baru je masuk sek, dah kena buat ujian plak...

Walaupun daku bekalkan diaorang roti jem strawberry, daku belikan juga bihun goreng di Kafe Tempat ofis suami aku. Masa rehat daku temankan juga diaorang makan..apa yang ku peratikan ketika hari pertama tu, ramai gak mak2 yang datang temankan anak2 makan time rehat. Yang makan bersuap pun ada lagi tau. Ku tak sempat snap gambar hari pertama tu sempat time tu rasa kelam kabut sikit. Sekolah tu memang besar..murid2 pun ramai. Daku plak hari tu sakit tekak, batuk2 & selsema. Jadi memang ku rasa macam tak bermaya langsung. 

Hari kedua persekolahan plak, daku bekalkan kokocrunch pada diaorang. Sebabnya semalam tu daku bekalkan roti Danial tak nak makan. Dia komplen roti keras!! Adui..mengada betul budak ni. Hariz ok je makan sampai 3 keping roti. Hari pertama tu diaorang rehat jam 9.55 pagi sebab ada ujian, so hari kedua plak aku ingat rehat pun sama gak la. Daku dah siap tapau awal2 lagi nasi lemak 2 bungkus untuk diaorang makan kalau2 tak cukup makan kokokrunch tu. Sekali bila sampai sek jam 9.50 pagi tu, rupanya dah habis rehat!!!! Diaorang rehat jam 9.25 pagi rupanya. Frust aku... terus aku & En suami jumpa Guru HEM untuk settlekan hal pembayaran Yuran diaorang...----> next entri....

Yang bestnya, Guru HEM tu plak ada kelas sampai 10.40 pagi. En. Suami plak ada meeting 10.30 tu. So aku pun bagitau biar aku je la tunggu dan handle hal2 bayaran tu. 

Tunggu punya tunggu sembang punya sembang la dengan Guru HEM tu sampai 11.30 gak la..last2 ku bagitau je Suami ku ambik sekali time diaorang balik sek nanti je sebab diaorang balik pun jam 12.10 tengahari. Memandangkan suamiku masih lagi dalam meeting, driver dia la yang akan hantar kitaorang nanti. So lepas je budak2 ni balik sek, aku ajak makan je dulu kat kantin sekolah dengan nasi lemak yang daku beli untul diaorang tu. Memang meriah time tu. Ramai sangat budak2 yang juga makan kat situ. Lepas makan baru la balik.
Day 2 Bersekolah - Lunch di kantin sek saja
Hari ketiga persekolahan, daku tetap datang teman diaorang time rehat sambil bawa bihun goreng yang dibeli gak di Kafe ofis suami aku. Murah weh..1 bekas plastik tupperware tu RM 1 je tau..ko ambik la sikit ke @ banyak ke tetap RM 1. Murahnya la hai rezeki Tokey Kafe tu. Hari ketiga ni baru la aku nampak ada kawan yang menemani Hariz makan. Namanya Faiz. Memang pure Sabahan la orangnya.. moga kalian bersahabat la selamanya. Daku risau gak Hariz ni. Pendiam sangat. Harap2 dia tak la pendiam macam di sekolah lama dulu.
Day 3 Bersekolah - Kawan baru Hariz, Faiz namanya

2 comments:

idzwa kamaruddin said...

alhamdulillah!~ lega sikitkan sesetengah benda dah setel ;)

lepas ni boleh la bercuti kat kundasang ;)

Nurhidayu said...

Hehee...nak settlekan barang2 dari kargo plak lps ni....lps tu kemas rumah la ....waaaaaaa