Followers

HITS

Thursday, March 17, 2016

JJCM di Ayer Hitam : Asam Pedas Ikan Baung

Alamakkkk..lupa plak nak share satu lagi tempat makan feveret kitaorang.

Hari tu masa hari terakhir di KKTM, kitaorang sempat singgah makan di sini dahulu..

Kedai ni terletak di Ayer Hitam.. Exit je Tol Ayer Hitam, ambik kiri , jalan terus je dan akan nampak kedai dia sebelah kiri.. betul2 lepas Petronas.. Petronas tu di sebelah kanan.

Walaupun nama kedai ni Asam Pedas Ikan Baung, kitaorang tak ambik pun ikan baung. Time tu ambik ikan jenahak & ikan pari. Yang menariknya, lauk2 lain macam sayur ke @ telur dadar ke semuanya akan dimasak lepas kita order. Kira bukan la yang dah sedia masak. So feveret aku memang kangkung belacan la..sedap dan pedas2 gitu...

Rindunya la hai masakan orang2 Johor nanti...terutama asam pedas ..
Asam pedas mmg feveret kami anak beranak

No comments: