Followers

HITS

Tuesday, March 08, 2016

Danial & Echo

Hari ni Danial ada temujanji yang kedua di HSNI. Kali ni dia kena buat Echo plak..

Apa itu Echo? Lebih sinonim @ sering dikaitkan dengan Jantung khasnya. 

Echocardiogram atau lebih dikenali "echo" adalah satu prosedur untuk scan jantung. 

Sememangnya daku amat berdebar2 gak la...lagi2 kali ni daku datang berdua je dengan Danial. Mujur la mak abah aku ada datang minggu lepas. Jadi ku minta diaorg tolong sama tengok2kan Nayli.

Sambil tunggu no giliran, daku baca buku ni..menarik gak.

Lepas hantar je Hariz ke sekolah, kitaorg terus ke HSNI. sampai pun macam hari tu gak. 7.30 pagi. Tengok2 tak ada orang pun . Kitaorg dapat no 1. Kali ni no kitaorg walaupun awal dipanggil lewat gak.. rupanya Staf Nurse & MA tengah siapkan mesin Echo tu. Time proses Echo, Danial relax2 je...daku je banyak sessi soal jawab dengan Nurse tu. Siap tanya macam mana yang dikatakan Jantung Berlubang tu. Nurse tu sangat2 friendly ok! Dia layan je pertanyaan aku siap dibantu oleh MA sama. Dari scan jantung tu boleh dikatakan yang setakat ni Danial tak ada apa2 masalah Jantung. 
Danial sangat cool walhal ngantuk sebenarnya
Lepas tu tunggu sekejap untuk jumpa Dr Pakar Kanak2 plak. Hari ni jumpa dengan Dr Perempuan India. Ku tak perasan namanya. Tapi sgt friendly.. beliau pun menerangkan kembali result dari Echo, ECG & X Ray tu semula. Result X Ray dan ECG hari tu pun menunjukkan normal dan tak ada apa2 yang menunjukkan simptom2 sakit jantung. YA ALLAH, lega sangat2 bila daku dengar penerangan Dr tersebut..cuma, Danial still lagi masih perlu untuk buat check up bila dah sampai ke KK nanti. Ada la surat rujukan dari HSNI dikeluarkan tadi.

Ni aku nak share link dari artikel Dr Zubaidi mengenai Sakit Jantung Berlubang. Mudah2an dapat memberi idea. 

http://drzubaidi.com/blog/apakah-penyakit-jantung-berlubang-perlu-dibedah/

4 comments:

nurbijen said...

Alhamdulillah, semuanya normal....
nothing to worry :)

Husna Rahman said...

moga2 Danial sihat2 saje..

Nurhidayu said...

Alhamdulillah kak..debar2 sgt saya smlm

Nurhidayu said...

Tq sis..mudah2an