click...click...

HITS

Followers

Thursday, March 24, 2016

CARA MEMAKAI PUMPS HEELS AGAR TIDAK MENYAKITKAN

Dah lama tak pakai heels tau ^_^


Sekarang dah penghujung bulan 3. Kalau orang lain sibuk dengan misi mencari baju raya, daku plak sibuk nak survey kasut raya. Antara online store yang daku tengah survey2 ni tentulah dari ZALORA.com. 

Ku berkenan la hai kasut di atas ni. Chunky Heels Pumps - Sidewalk. Warna dah la cun. 

Ada yang kata pakai heels ni akan menyebabkan sakit kaki la...ok..pengalaman daku plak, sejak pakai masa zaman bekerja dulu, kalau ko pakai dengan cara yang betul, memang tak akan sakit kaki. Di sini daku share TIPS2 CARA MEMAKAI PUMPS HEELS AGAR TIDAK MENYAKITKAN : 

Cuba..Try...Pakai 
Tidak dinafikan bahawa kasut tumit tinggi atau high heels sering menjadi pilihan utama ramai wanita untuk ke mana sahaja terutama sekali apabila ingin ke pejabat atau menghadiri majlis-majlis istimewa seperti undangan perkahwinan dan seumpamanya. Ini adalah kerana high heels merupakan ‘woman’s pride’ dan dengan pemakaian high heels seseorang wanita itu kelihatan lebih tinggi dan menyerlah. Well, beauty is pain! Namun, ini tidak bermakna anda harus menyiksa diri anda. Oleh itu, untuk pemakaian high heels yang selesa untuk sepanjang hari, ikuti tips-tips seperti di bawah;
Cari Kasut Yang Sesuai
  • Alway wear the right size. Jangan pakai kasut yang bersaiz lebih kecil atau lebih besar dari saiz kaki anda yang sebenarnya. Kedua-duanya akan menyebabkan kaki anda berasa kurang selesa dan boleh menyebabkan kecederaan. 
  •  Letak kusyen atau ‘foot cushion’ (anda boleh temui di kedai-kedai kasut) pada bahagian kaki yang menerima paling banyak tekanan.
  •   Wear socks atau heel liners! Pemakaian sarung kaki ini boleh mengelakkan kaki anda daripada melecet dan luka.
Yang jenis macam ni lebih sesuai
  • Duduk apabila anda berpeluang untuk duduk. Berjalan dan berdiri sepanjang hari dengan memakai kasut tinggi sememangnya amat menyakitkan kaki anda,
  • Jalan dengan betul dan jangan terlalu laju. Berjalan dengan terlalu laju akan menyebabkan langkah anda tidak stabil.
  •  Kalau boleh, pakai kasut tumit tinggi atau pumps heels shoes yang bertapak lebih lebar untuk meyokong berat badan anda.



No comments: