click...click...

HITS

Followers

Tuesday, March 29, 2016

Pindah Rumah : Sessi 3

Alhamdulillah...

Semalam barang2 rumah ku beserta kereta dah pun selamat tiba di rumah...

Maka apa lagi kan.... Part seterusnya la plak

-


-



KEMAS BARANG LA!!!!

Part tu yang letih tu...
Kali ni barang2 memang sikit je
Aku tak tau la samada ni dinamakan takdir @ rezeki En Suami.. 

Time forwading datang ambik barang di Johor dulu, En suamiku tak ada..Time tu dia dah start kerja di KK.

Time barang2 ni sampai KK plak, Dia kat KL kursus seminggu..so nak tak nak, daku la juga kena ngadap benda2 ni sekali lagi...

T______T

Daku tak tau la ni dinamakan excited ke atau cari barang tak jumpa makanya dari barang2 sampai sehingga la ke Magrib daku berjaya asingkan barang2 mana yang nak simpan ke stor, mana barang2 dapur n sebagainya..

Tinggal kotak2 baju & buku je seperti gambar di bawah.. 

Untunglah si diaaaaaaa....
Tadaaaaaaaa...sikit je lagi ...

Sunday, March 27, 2016

Review : Travelog ET Kembara Afghanistan

Tambah koleksi Bahan Bacaan

Baru nak update pasal Review buku ni. Sebenarnya buku ni aku dah habis baca lama dah. Masa short trip aku ke Kelantan time cuti sek baru2 ni, daku bawa sama buku ni. Aku ni jenis kalau travel dalam kereta ke @ apa2 jenis kenderaan pun boleh layan je baca apa2 buku pun.

Walaupun mula2 baca buku ni terganggu juga dengan kerenah Nayli, tapi daku nak juga teruskan baca. Pasai apa? BUKU ini memang BEST!!! baca je nukilan penulis, membuatkan seolah2 kita pun ikut sama travel dengan dia. Aku suka baca kisah2 traveller macam ni. Kira Penulis ini sangat hebat kerana dapat membawa pembaca bersama2 dalam karya beliau.

Bab yang paling saspen mestilah Bab 2 iaitu apabila Penulis dituduh sebagai Perisik daripada Pakistan. Sambil baca tu timbul rasa kekaguman pada beliau. Penulis ni dah la perempuan, memang sangat berani dan cekal bila dapat mengembara ke negara2 macam ni. Kalau tanya aku sendiri, tak rasa yakin aku boleh macam ni...sebab aku bukannya jenis yang sukakan cabaran sebegini..aku lebih suka kepada keindahan alam & menikmati pemandangan sahaja..

Ada juga Part2 yang sedih..apabila usaha penulis nak mencuba masuk ke Negara Iran melalui Sempadan Afghanistan Iran di Islam Qala tidak kesampaian. Nampak usaha penulis sangat bersungguh2 namun atas sebab faktor2 keselamatan dimana ia merupakan titik paling penting diutamakan ketika mengembara menyebabkan penulis terpaksa akur dan menukar laluan udara pula.

Itu adalah antara cabaran yang dihadapi oleh Penulis. Nak tau seterusnya, Sila dapatkan Buku ini ye. Memang sangat rekemen pada mereka yang gemar membaca tak kira la apa jenis buku pun.

Aku beli direct buku ni dengan penulis tersebut. Boleh search nama beliau dalam FB iaitu : Siti Noridah ET

Harga buku ni RM 30 termasuk kos pos.

Selamat Membaca & Selamat Mengembara.

Baca sinopsis pun dah best tau

Saturday, March 26, 2016

Leisure Time With Kids.....

Minggu ni 3 hari je budak2 ni bersekolah.. sebab hari jumaat ada Good Friday. Sek diaorang ni ambik cuti peristiwa pada hari khamis juga. 

So apa lagi kan..diaorang request nak bermandi manda la ....3 hari pertama tu boleh je aku nak bawa tapi aku macam tak larat je nak bawa petang2...baik bawa diaorang mandi pagi2 tu .

Makanya.. pagi khamis tu...lepas breakfast je kat hotel, acara yang ditunggu2 oleh budak2...


-



-



MANDI KOLAM

Mandilah puas-puas sepanjang 2 hari cuti tu...daku nak bawa diaorang berjalan2 pun macam penat je...batuk tak henti2..makin teruk plak bila dah sebelah malam
Lepaskan diaorang mandi bertiga je. Aku macam malas nak join sama
Hariz dah nampak macam dah ada skill utk berenang

Yuran Sek Baru ~ Mengejutkan.....

Bab Yuran Sek ni, En suamiku dah standby extra duit. Ye la dekat sekolah lama dulu, yuran untuk 2 orang budak ni pun ada la dekat2 RM 2++ lebih termasuk buku tulis.

Jadi, untuk sekolah baru ni kitaorang bajet maybe Yuran sekali ganda la kut. Mana la tau kan...ye la..ramai yang kata kat Sabah ni semuanya mahal KECUALI seafood.

Sekali, pada hari kejadian En suamiku beri RM500 . Bila Cikgu HEM buat pengiraan ku pun terkejut la juga tak sampai RM 100 pun untuk dua orang. Tu pun ku dah tolak siap2 pembelian buku NILAM sebab buku NILAM budak2 ni pun tak pakai lagi. Guna buku2 tu je la.

Buku2 tulis, Baju T-Shirt Sekolah & Baju Sukan semuanya beli kat Koperasi. Buku2 tulis untuk 2 orang budak ni dalam RM 30 je. Baju2 plak daku tak beli sebab besar sangat. Tunggu baju2 size kecil dah ada baru ku beli plak.

Jadi kiranya, total yuran bersamaan buku2 tulis diaorang tak sampai RM 100 pun..kira ok la kan  ^____^


Friday, March 25, 2016

Tips Menggembara Ke Luar Negara Bersama Anak2 Kecil

Nak share tips ni..daripada kawan Fbku merangkap kawan blogger satu ketika dahulu juga, Kak Sara Russly. Beliau baru je balik dari bercuti ke Korea bersama2 ahli keluarga.. Memang meriah. Seronok tengok Kak Sara sekeluarga melancong ke sana secara backpackers. Dengan anak2 sama tau. Bukan seorang dua ye, tapi lima orang anaknya..Suka aku tengok ..setiap kali gambar kak sara @ dari suaminya keluar je di newsfeed aku mesti like @ komen. Nampak tak aku sangat excited bab2 jalan ni....

Syoknya baca Tips2 dari Kak Sara ni..

Bismillahirrahmanirrahim... 

Ada beberapa orang minta tips bagaimana nak travel dengan anak2 kecik ke luar negara. So disini ammi share sikit2 lah ye..tips ni adalah secara rawak...

  • kalau ada baby eloklah babywearing, carilah ssc/wrap/rs yang sesuai. Boleh beli atau pun sewa saja. Yang ammi guna ke korea hari tu adalah SSC littlepods, ringan, tak bulky, dan senang dipakai.
  • elakkan bawak handbag yg shoulder strap tu,seeloknya guna slingbag atau backpack. Menyenangkan hidup. Hehe 
  • kalau ada toddler bawaklah stroller, lebih memudahkan. 
  • bila bawak ramai2 anak ke negara lain, yg susah cari makanan halal, yg sejuk dan byk berjalan, kita sering lapar. Jadi bawak lah bekalan makanan yg banyak dan mencukupi. Anak2 ni mcm2 citarasa, bila berbekal juga lebih mudah dan jimat belanja. Tak lupa sgt best berpicnic bersama keluarga. 
  • sediakan air panas dalam termos utk bekalan. Bila sejuk2 semua org appreciate hot drinks. 
  • jika ke negara sejuk, jgn lupa bawak krim/lotion/moisturizer . Kita akan sering kering kulit dan menyebabkan gatal2 & luka2. Juga lipbalm /vaselin utk bibir kering. Jgn lupa jugak minyak gamat, plasters, minyak panas etc . 
  • jika travelling ramai, sediakan satu fail / ziplock bag meletakkan semua pasports, tampal stiker nama pada tiap satu di cover pasport. Mmg menyenangkan!
  • bawa selimut /blanket yg boleh dijadikan selimut anak/sejadah jika terpaksa solat di mana2 dan dijadikan lapik picnic
  • siapkan itinery perjalanan dan anggaran bajet bg sepanjang percutian. Tukar siap2 duit dr malaysia. Lebihkan sedikit in case lari bajet. 
  • install applications yg sesuai sebelum berangkat. Cth ammi hari tu install halal korea , korean subway, money exchange ke apa tak ingat,yahoo weather dan mcm2 lagi.
  • Buat research /homeworks sebelum berangkat, baca blog, tanya pada yg dah pergi, bukak pinterest, baca websites etc. Ammi baca dr semua segi, tgk weather so tau nak pek baju apa yg sesuai, places to visit, entrance fees/subway fees/bus fares/taxi rates etc. 
  • dapatkan senarai street foods yg 'halal' dimakan. Cth di korea odeng adalah fishcake yg dicucuk lidi direbus dlm sup. Sgt2 sedap dimakan panas2 kala sejuk2.sekali tgk ada org mungkin ingt tu daging/ayam so ingtkn tak halal. 
  • bekalkan keluarga anda dgn supplements. Mcm ammi bawak vit c dan qaseh junior for the whole family. 
  • sentiasa bawak hand sanitizers, wipes dan tisu ke mana2 bila travel dgn anak2. 
  • disarankan jika dgn anak2 kecil pilih penginapan spt guesthouse. Di situ anda boleh masak, membasuh baju, siap ada dryer. Tak perlu bawak baju yg byk. Ammi cuma bawak dua lai sorang je baju siang dan 2 baju tido. Breakfast seisi keluarga juga disediakan. Biasanya depa bg roti, telo dan sebagainya.kita bikin sendiri apa nak makan. Wifi yg super duper laju juga disediakan. 
  • jgn lupa bw universal adapter. Kaji dulu mcm mana jenis adapter yg sesuai utk negara itu. Bawak siap2 extension wire. 
  • Pastikan footwear yg sesuai dipakai utk banyak berjalan. Stokin/leggings yg sesuai juga dgn cuaca .
  • Tiap mlm cek balik bajet dan itinery. Rancang routes siap2. Rasanya tu kot buat masa ni. Kalau ada teringat lagi nanti ammi bgtau..


Tips Ketika Mengembara : Apa yang perlu diamalkan bagi mengelakkan PICKPOCKET???

#Kutuberahak ~ boleh baca catatan Tuan Haji Zainuddin ketika travel. Memang banyak sangat cerita yang disampaikan.


Tak jemu2 la daku jengah Group BBM ni walaupun sejak akhir2 ni banyaknya la hai post2 yang sama je ... daku lebih suka baca kisah2 travel macam di bawah ni.. sangat memberikan inspirasi dan dapat belajar sesuatu daripada kisah2 travel begini. 

Ku selalu follow kisah Tuan Haji Zainuddin ni lagi2 siri flashback yang dibuat oleh beliau. Yang ni dah Part 3. So daku pun #kutuberahak dalam group BBM tu. Dah baca habis semua flashback dari Part 1 & 2, ku terjumpa plak satu tips dari beliau.

Tipsnya ialah mengenai cara - cara untuk mengelakkan dari berlakunya Pickpocket ketika menggembara.

Aku simpan a.k.a CP tips ni ke blogku untuk simpanan ku dan buat bacaan pembaca blog ni juga

Kebelakangan ini saya membaca banyak kes yang melibatkan pickpocket dan kecurian semasa kembara. Tidak ada yang lebih menyusahkan kepada pengembara dari kehilangan barangan berharga semasa didalam perjalanan.

Selama pengalaman saya berkembara semenjak tahun 1976, terlalu banyak kes pickpocket keatas backpackers yang saya temui walhal risikonya boleh dikurangkan.

Baru-baru ini di Barcelona, rakan saya terkena pickpocket dan paspotnya dicilok, walhal dia saorang 'seasoned traveller'.

Didalam 40 tahun pengalaman saya berkembara, ada beberapa tips yang saya amalkan untuk mengelak diri dari terkena pickpocket.

1. Simpan paspot, kad kredit dan US Dollars (bil besar) didalam money belt dan ikat dibadan. Kalau tidak mahu memakai money belt, pakai t shirt yang mempunyai kocek berzip didada (yg selalu dipakai oleh jemaah Haji).

2. Guna decoy wallet, dengan diisi kad kredit yang sudah expired dan sedikit wang. Serah decoy wallet jika diancam oleh pencuri. Di Eiffel tower dan Istanbul ada ramai gang pickpocket beroperasi secara kumpulan.

3. Email dokumen penting kepada diri sendiri atau simpan di google drive/dropbox saperti salinan paspot, Kad pengenalan, tiket, hotel booking, lesen memandu, sijil kawin(?) dan kad kredit.

4. Asingkan duit dan kad kredit di beberapa tempat, di backpack, di daypack, di money belt, di tali pinggang zipper dan di wallet. Berjaga jaga ketika menaiki tube, tram dan underground train dimana kesesakan penumpang adalah menjadi tumpuan pickpocket.

Ingat didalam minda nombor toll free syarikat kad kredit anda di Malaysia jika anda kehilangan kad kredit, untuk lapuran dan penggantian kad baru. Mastercard dan Visa mempunyai banyak agent diseluruh dunia dan penggantian kad baru boleh dibuat dengan serta merta jika disahkan oleh syarikat pemegang kad di Malaysia.

5. Sentiasa ber-awas dengan orang tempatan yang terlalu baik atau 'overly friendly'. Semasa saya di Sri Lanka, terlalu ramai pemandu tuk-tuk yang memberi salam dan mengaku muslim, membuat pelawaan ke tempat tempat shopping murahan dengan percuma. Saya tolak pelawaan mereka dengan baik. Banyak kes pelancung dirompak apabila dibawa ketempat lain.

6. Bila sampai kesesuatu tempat, 'blend with the locals' dan jangan nampak saperti saorang tourist. Mengendung backpack besar 70L/90L kehulu kehilir, mengundang pencuri kepada anda. Simpan backpack di Locker stesen bas atau keretapi. Misalannya, semasa di Amsterdam, saya akan berjalan dan berpakaian saperti orang Maluku dan ramai bercakap belanda dengan saya. Saya sekadar mengangguk kepala sahaja.

7. Jangan memakai barangan berjenama saperti jam Rolex atau Omega (walaupun klon). Di HCM city, ada pekedai menegur saya memakai jam berjenama,  dan ada orang mengekori saya selepas itu. Saya hanya terus balik ke hotel.

8.  Jangan menggantung kamera SLR didada, tapi masukkan kedalam daypack. Adalah paling senang untuk peragut merentap camera SLR apabila digantung didada.

9. Jadilah saorang pengembara yang 'street smart'. Baca dan selidik kawasan yang hendak dilawati dan hindarkan dari melawat kawasan 'red light'. Pernah di Rome Termini, saya berjumpa dengan ramai pengembara yang kehilangan backpack kerana di rompak. Tidak ada apa yang saya boleh bantu kecuali memberi mereka sedikit wang untuk makanan.

10. Beli travel insurance (lagi baik beli untuk setahun). Banyak travel insurance di pasaran saperti World Nomad,  AIG, Axa Affin dan lain lain.

11.  Sentiasa memberi berita kepada ahli keluarga di Malaysia dimana lokasi semasa anda. Sekarang dizaman Whatsapp, tidak ada masalah untuk memberitahu lokasi anda dengan serta merta.

12.  Jangan guna smartphone saperti Iphone 6, galaxy S7 dll dikawasan orang ramai. Anda tidak akan tahu yang anda mungkin diperhatikan dan di 'target'kan. Di London, ramai scammer yang beroperasi di Train station. Pernah saorang 'malaysian' menangis meminta wang dari saya kerana katanya dia dirompak, di Picadilly station. Diminggu hadapan, dia masih berada disitu menangis dengan orang lain.

13. Berjalanlah 'against the traffic flow' di pavement pejalan kaki untuk mengelak peragut bermotosikal terutama di HCM city dan KL.

14. Rantai bag anda jika menaiki train di Eropah, kerana train eropah mengkhaskan compartment untuk menyimpan bag. 

Apabila train berhenti di pekan kecil, pencuri akan menarik keluar bag kita tanpa kita sedari. Banyak kes kecurian sebegini terjadi kepada pengembara di Eropah. Saya pernah kehilangan camera SLR Canon dan kasut Clark semasa sedang tidor diberth keretapi malam antara Paris ke Rome. Saya terpaksa berkaki ayam mencari kedai kasut diawal pagi di Rome.

15. Guna pouch, bag tangan dan barangan jenama PACSAFE. Bag pacsafe direkabentuk untuk mengelak dari pickpocket. Harga nya mahal tetapi berbaloi. Boleh didapati di Lazada dan Ebay.

16. Aktifkan kad ATM anda di luar negara untuk mengelakkan membawa banyak cash.

17. Di dorm, jika anda travel solo, bawa bag waterproof dan isi barangan berharga apabila ke tandas atau untuk mandi. Kita perlu berhati-hati juga dengan fellow travellers.

18. Semak, semak dan semak disekeliling kerusi anda sebelum beredar selepas menaiki kapalterbang, train, tram, bas, teksi dll. Saya pernah tertinggal Oakley sunglasses di kedai souvenier di Notre Dame, Paris dan baru baru ini, isteri tertinggal Ipad Mini didalam bas semasa di Sicily Italy.

19. Baca doa perjalanan setiap pagi sebelum memulakan kembaraan.

Allahuallam.

#kutuberahak

Minggu Pertama MIH & MID Di Sek Baru

Hari pertama budak2 ni bersekolah ku semangat sungguh...Sebenarnya malam sebelum tu aku tak boleh tido...sikit2 terjaga..3x gak la aku terjaga, jam 2.30 pagi, 4.00 pagi & 5.00 pagi tu aku terus bangun la..Sini kan Subuh awal, so kena la adjust masa bangun awal la juga... breakfast merangkap bekal budak2 ni daku sediakan roti jem strawberry je. Tu pun mujur la ada giant di 1Borneo ni..beli roti & jem strawberrry siap2 petang sebelumnya...

Keluar dari Hotel jam 6.35 pagi. Cuaca dah makin cerah. Betullah kata2 En Suami. Jalan menuju ke Bandar KK memang sangat2 jem kalau dari area2 Sepanggar khasnya... manakala jalan yang bertentangan agak lengang mujur la kitaorang sampai pun on time gak. Dalam jam 6.45 pagi dah sampai sek. 

Jumpa Guru Besar dulu, beliau bagi kata2 nasihat pada budak2 ni bersama2 daku & En suami. Daku bukan apa, yang paling aku risau mestilah anak aku yang no 2 tu, Danial. Guru HEM tak ada hari tu, jadi urusan pembayaran yuran kitaorang akan buat pada keesokkan harinya... lepas tu Cikgu Penolong Kanan 1 bawa budak2 ni masuk kelas diaorg. Danial ditempatkan di kelas 1 Seroja dulu manakala Hariz di kelas 2 Kenanga. Kelas2 ni dikatakan sementara menunggu keputusan Ujian Bulanan yang diaorang ambik baru2 ni. Kesian diaorg..baru je masuk sek, dah kena buat ujian plak...

Walaupun daku bekalkan diaorang roti jem strawberry, daku belikan juga bihun goreng di Kafe Tempat ofis suami aku. Masa rehat daku temankan juga diaorang makan..apa yang ku peratikan ketika hari pertama tu, ramai gak mak2 yang datang temankan anak2 makan time rehat. Yang makan bersuap pun ada lagi tau. Ku tak sempat snap gambar hari pertama tu sempat time tu rasa kelam kabut sikit. Sekolah tu memang besar..murid2 pun ramai. Daku plak hari tu sakit tekak, batuk2 & selsema. Jadi memang ku rasa macam tak bermaya langsung. 

Hari kedua persekolahan plak, daku bekalkan kokocrunch pada diaorang. Sebabnya semalam tu daku bekalkan roti Danial tak nak makan. Dia komplen roti keras!! Adui..mengada betul budak ni. Hariz ok je makan sampai 3 keping roti. Hari pertama tu diaorang rehat jam 9.55 pagi sebab ada ujian, so hari kedua plak aku ingat rehat pun sama gak la. Daku dah siap tapau awal2 lagi nasi lemak 2 bungkus untuk diaorang makan kalau2 tak cukup makan kokokrunch tu. Sekali bila sampai sek jam 9.50 pagi tu, rupanya dah habis rehat!!!! Diaorang rehat jam 9.25 pagi rupanya. Frust aku... terus aku & En suami jumpa Guru HEM untuk settlekan hal pembayaran Yuran diaorang...----> next entri....

Yang bestnya, Guru HEM tu plak ada kelas sampai 10.40 pagi. En. Suami plak ada meeting 10.30 tu. So aku pun bagitau biar aku je la tunggu dan handle hal2 bayaran tu. 

Tunggu punya tunggu sembang punya sembang la dengan Guru HEM tu sampai 11.30 gak la..last2 ku bagitau je Suami ku ambik sekali time diaorang balik sek nanti je sebab diaorang balik pun jam 12.10 tengahari. Memandangkan suamiku masih lagi dalam meeting, driver dia la yang akan hantar kitaorang nanti. So lepas je budak2 ni balik sek, aku ajak makan je dulu kat kantin sekolah dengan nasi lemak yang daku beli untul diaorang tu. Memang meriah time tu. Ramai sangat budak2 yang juga makan kat situ. Lepas makan baru la balik.
Day 2 Bersekolah - Lunch di kantin sek saja
Hari ketiga persekolahan, daku tetap datang teman diaorang time rehat sambil bawa bihun goreng yang dibeli gak di Kafe ofis suami aku. Murah weh..1 bekas plastik tupperware tu RM 1 je tau..ko ambik la sikit ke @ banyak ke tetap RM 1. Murahnya la hai rezeki Tokey Kafe tu. Hari ketiga ni baru la aku nampak ada kawan yang menemani Hariz makan. Namanya Faiz. Memang pure Sabahan la orangnya.. moga kalian bersahabat la selamanya. Daku risau gak Hariz ni. Pendiam sangat. Harap2 dia tak la pendiam macam di sekolah lama dulu.
Day 3 Bersekolah - Kawan baru Hariz, Faiz namanya

Thursday, March 24, 2016

Pindah Rumah : Sessi 2

Tu diaaaaa...
Ku ingatkan bila dah settle barang2 rumah masa orang2 forwading datang dulu, dah tak banyak la barang2 kitaorang..Sekali tu, entah lah...bila dah kemas sikit sikit & sikit lagi, sampai 9 beg baju gak la...tu pun aku dah jenuh buat 5S dah pada semua beg tu. Buku2 tulis budak2 ni yang dari sek lama ku tak bawa semua, ada la 2 - 3 buah buku je... baju2 pun ada yang tinggal di Kampung, ada gak yang tinggal di rumah kakakku.

Memang banyak la barang2 kitaorang sampai masa di KLIA hari tu pun semua ahli keluarga terkejut tengok....

Sampai di airport KK, ambik ko.......3 trolley guna..2 orang staf suami yang ambik kitaorang dengan 2 hilux. 1 hilux penuh dengan beg2 kitaorang & 1 lagi plak penuh dengan kitaorang..budak2 ni naik je hilux terus lena..sebab masing2 tak tido dalam flight.. 

Kitaorang terus ke Kuarters IKM. Drop beg2 kat rumah sana dulu. Untuk 5 hari pertama ni, kitaorang stay di Hotel dulu sebab rumah kuarters tu masih dalam proses cat & pasang langsir. Lepas tu bawa 3 beg je ke Hotel untuk check in....


Sayonara buat Insan-Insan Tersayang......

Baru berkesempatan nak update pasal hal kitaorg pindah ke KK tempoh hari. Banyak sangat la halnya beberapa hari ni jadi buatkan daku tunggu masa yang sesuai untuk update hal ni...

Cuti seminggu Di Taiping rasa sekejap sangat. Lagi2 kitaorg masing2 family di sini, jadi perkara biasa la kalau sekejap di sana sekejap di sini. 

Memandangkan mak & abahku tak hantar kitaorang di KLIA, hari terakhir di kampung kitaorg singgah dulu di rumah makku.. sempat gak kitaorg snap gambar beramai2...aku jenuh tahan sebak, tapi last2 tu nangis gak la...Sedih juga nak tinggalkan mak abah...

Sayanggggg Mak Abah....Raya nanti la baru kitaorg balik...
T____T
Lambat lagi la kitaorang nak balik kampung lepas ni..ku kira2 dalam 4 bulan la kalau balik time Raya nanti... 

Pagi ahad tu kakakku  sekeluarga hantar kitaorang ke KLIA... Mak abah mertuaku & kakak iparku sekeluarga juga ada datang menghantar kitaorang.. aku lagi terharu bila tengok adegan En Suamiku bersalaman bersama Maknya. Tiba2 je jadi sedih bila part tu. Barang2 kitaorang banyakkknya la hai...nanti aku share di entri lain..ada lagi cerita di sebaliknya..
Bergambar beramai2 sebelum berangkat ke KK

CARA MEMAKAI PUMPS HEELS AGAR TIDAK MENYAKITKAN

Dah lama tak pakai heels tau ^_^


Sekarang dah penghujung bulan 3. Kalau orang lain sibuk dengan misi mencari baju raya, daku plak sibuk nak survey kasut raya. Antara online store yang daku tengah survey2 ni tentulah dari ZALORA.com. 

Ku berkenan la hai kasut di atas ni. Chunky Heels Pumps - Sidewalk. Warna dah la cun. 

Ada yang kata pakai heels ni akan menyebabkan sakit kaki la...ok..pengalaman daku plak, sejak pakai masa zaman bekerja dulu, kalau ko pakai dengan cara yang betul, memang tak akan sakit kaki. Di sini daku share TIPS2 CARA MEMAKAI PUMPS HEELS AGAR TIDAK MENYAKITKAN : 

Cuba..Try...Pakai 
Tidak dinafikan bahawa kasut tumit tinggi atau high heels sering menjadi pilihan utama ramai wanita untuk ke mana sahaja terutama sekali apabila ingin ke pejabat atau menghadiri majlis-majlis istimewa seperti undangan perkahwinan dan seumpamanya. Ini adalah kerana high heels merupakan ‘woman’s pride’ dan dengan pemakaian high heels seseorang wanita itu kelihatan lebih tinggi dan menyerlah. Well, beauty is pain! Namun, ini tidak bermakna anda harus menyiksa diri anda. Oleh itu, untuk pemakaian high heels yang selesa untuk sepanjang hari, ikuti tips-tips seperti di bawah;
Cari Kasut Yang Sesuai
  • Alway wear the right size. Jangan pakai kasut yang bersaiz lebih kecil atau lebih besar dari saiz kaki anda yang sebenarnya. Kedua-duanya akan menyebabkan kaki anda berasa kurang selesa dan boleh menyebabkan kecederaan. 
  •  Letak kusyen atau ‘foot cushion’ (anda boleh temui di kedai-kedai kasut) pada bahagian kaki yang menerima paling banyak tekanan.
  •   Wear socks atau heel liners! Pemakaian sarung kaki ini boleh mengelakkan kaki anda daripada melecet dan luka.
Yang jenis macam ni lebih sesuai
  • Duduk apabila anda berpeluang untuk duduk. Berjalan dan berdiri sepanjang hari dengan memakai kasut tinggi sememangnya amat menyakitkan kaki anda,
  • Jalan dengan betul dan jangan terlalu laju. Berjalan dengan terlalu laju akan menyebabkan langkah anda tidak stabil.
  •  Kalau boleh, pakai kasut tumit tinggi atau pumps heels shoes yang bertapak lebih lebar untuk meyokong berat badan anda.



Tuesday, March 22, 2016

JJCM DI SEMENYIH : Saranira Ice Cream ~ WAJIB TRY ~

Tahniah adikku..
Daku nak bagitau ni...adik lelaki ku ni baru share dengan kitaorg yang dia ada buka satu kiosk di Mydin Semenyih. Nama kiosk tu Saranira Ice Cream. Kiranya branch di Mydin Semenyih branch no 4. Selain tu ada di KL Sentral, Mydin Usj dan Aeon Shah Alam.
Sempat gak pergi
Opening Saranira Ice Cream branch di Mydin Semenyih dah pun berlalu pada 19hb 3 baru2 ni, sehari sebelum kami sekeluarga berangkat ke KK. 

Daku sekeluarga sempat gak singgah... daku & En suami & Nayli layan Signature Ice Cream seperti gambar di bawah..budak2 ni plak layan Free Cone Ice Cream tu.

Signature Ice Cream - WAJIB TRY OK!!!!
Serius daku tak pernah lagi try Sangkaya.. tapi menurut kawan2 ku ramai kata manis.. so bila daku try yang Saranira Ice Cream ni, Nyummmmmmy sungguh la... tak puas rasanya... aiskrim dia memang rasa kelapa sungguh..tu yg rasa unikk sangat..tekstur aiskrim ni pun lembut & creamy...disiram plak dgn nira..mmg walllahhhhh...Jadi kalau2 la korang nak rasa, Silalah ke mana2 branch Saranira Ice Cream ni ye... Lagi2 yang di Mydin Semenyih tau...yang tu je adik aku punya..yang 3 branch lain tu orang lain la punya..^____^
Sempat snap bersama2
Ada macam2 pilihan di Saranira Ice Cream.. so pilih je apa yang berkenan ye. Kalau tanya daku, mesti daku akan bagitau, SIGNATURE ICE CREAM

Rezeki Jangan DiTolak

Hobi terbarukah?
Balik kampung baru2 ni adik perempuan ku telah hadiahkan set pearl ni pada aku..dia tau aku tengah tak ada benda nak buat sangat bila di KK nanti, jadi plannya aku nak fokus la jahit manik2 pada baju2 kurung aku tu..ada la dalam beberapa pasang...

Sebenarnya set2 manik tu pun dia pakai masa jahit manik pada baju nikah dia dulu.. ni kira lebihan la...so, bagi aku, rezeki jangan ditolak...boleh la nanti jahit manik tabur je...


Monday, March 21, 2016

Tiba di KK..

Alhamduliah..kami sekeluarga dah selamat tiba di KK tengahari semalam. Dalam proses uruskan hal budak2 ni dulu. Maka, daku akan update hal ni sikit masa lagi. Begitu hebatnya penangan cuaca kat sini.. sampai baru semalam, sebelah malam plak daku dah diserang selsema , batuk & sakit tekak..korang doakan daku cepat baik ye

Saturday, March 19, 2016

JJCM Di Taiping : Cendol Bismillah

Laksa & Cendol Memang tak dapat dipisahkan
Siri JJCM Di Taiping diteruskan lagi. Daku agak frust sebab kedai Laksa feveret aku di Pokok Assam tak buka. En suami plak dah dapat dah makan makanan feveret dia, Mee Combat. 

So, kali ni daku nak gak makan laksa..maka, ke kedai Cendol Bismillah la kitaorang.. budak2 ni tak berapa suka sangat Cendol, maka layan Laksa je la..

Cendol yang famous kat Taiping ada 2. 1 Cendol Bismillah, 1 lagi Cendol Andasari. Ku suka Cendol Bismillah lagi sebab ada jual laksa sama..Yang jual laksa ni orang lain, kakak ni jual laksa naik motor je..

Memang sedap bila dua2 di makan bersama2..

Thursday, March 17, 2016

JJCM di Ayer Hitam : Asam Pedas Ikan Baung

Alamakkkk..lupa plak nak share satu lagi tempat makan feveret kitaorang.

Hari tu masa hari terakhir di KKTM, kitaorang sempat singgah makan di sini dahulu..

Kedai ni terletak di Ayer Hitam.. Exit je Tol Ayer Hitam, ambik kiri , jalan terus je dan akan nampak kedai dia sebelah kiri.. betul2 lepas Petronas.. Petronas tu di sebelah kanan.

Walaupun nama kedai ni Asam Pedas Ikan Baung, kitaorang tak ambik pun ikan baung. Time tu ambik ikan jenahak & ikan pari. Yang menariknya, lauk2 lain macam sayur ke @ telur dadar ke semuanya akan dimasak lepas kita order. Kira bukan la yang dah sedia masak. So feveret aku memang kangkung belacan la..sedap dan pedas2 gitu...

Rindunya la hai masakan orang2 Johor nanti...terutama asam pedas ..
Asam pedas mmg feveret kami anak beranak

JJCM Di Taiping : Nasi Lemak VVIP

Nak habaq ni korang..kalau la korang jalan2 ke Taiping, tup2 cari la tempat untuk breakfast, jangan lupa singgah kat sini ye...

Nama asalnya Nasi Lemak Warung Muhibah..dulu dia buka kat area Tupai, sekarang pun kalau tak silap ada lagi warung tu. Yang aku pi ni kira cawangan dia la..

Dari Taiping menghala ke Pokok Assam, so korang akan nampak warung ni belah kiri korang. Betul2 tepi jalan baq hang!!

My feveret mesti la nasi lemak sotong dia.. fuhhh..sedappp.. aku suka kuah dia la..teringat zaman aku stay kat Ampang dulu, nasi lemak sotong dekat depan Maybank Pandan Jaya memang antara yang sedap la yang pernah aku makan. Tapi lepas mak kakak tu dah meninggal, anak2 dia plak buka kedai ikut diaorang je...

Ok ..berbalik kepada Nasi Lemak Warung Muhibah ni, ada macam2 jenis lauk gak. Macam En Suamiku, dia memang dari dulu lagi layan ayam rendang dia...memang sedap...So, korang2 kena try ye..

Balik Taiping ni memang kena la JJCM..so no diet plzzzzz


Kalau tak jumpa, call je no di situ ye.
Nasi dia banyak tau..so aku mkn sikit je..separuh tu bg kat Somi aku la..

Wednesday, March 16, 2016

Movie : 2 hari berturut...

Semalam daku & En Suami tunaikan permintaan budak2 ni....nak tengok Kung Fu Panda 3 katanya...

Sebagai reward sebab ditinggalkan semalaman dengan atuk & atukwan... mak aku report dua2 orang ni behave je.. solat sama2, ngaji sama2, buat buku latihan pun sama2... yang diaorg paling suka pergi jogging dengan atuk diaorg a.k.a mak aku..

Movie Kung Fu Panda 3 ni ok la juga..since kitaorg memang follow dari yang 1 lagi, so daku rasa no 3 ni biasa2 je la.. best lagi layan no 1 & no 2. Penuh gak panggung time aku pergi semalam..tapi daku rasa penuh lagi la kalau movie BoBoBoy tu..

En suami plak ajak aku tengok movie London Has Fallen.. since kitaorg pernah dah tengok Olympus Has Fallen, so daku memang on je la..so petang tadi, lepas kakak aku & anak2 dia sampai dari KL naik Ets, kitaorg pun keluar. Jalan cerita dia agak menarik, cuma memang nampak Mike Banning tu menonjol sangat2 sampai daku rasa tak logik pun ada...^____^ daku lebih suka lagi Olympus Has Fallen la.. Movie London Has Fallen ni action movie.. so korang tak akan rasa boring bila tengok ...ada gak part sedih masa Bos Mike tu mati... memang daku rasa nanti mesti En Suami nak cari dvd gak movie tu...

Layan movie plak 2 hari ni

Tuesday, March 15, 2016

Prosedur beginikah??


Nak update pasal surat pelepasan dari Pihak Bank tentang kereta aku yg nak bawa ke KK tu nanti..

Ku & En Suami geram juga sebenarnya..dari hari Isnin ku mohon sampai la ke hari jumaat lepas tak settle2 lagi. Yg forwarding team tu dok call2 & push kitaorg. Kalau tak sempat gak dapat sebelum hari ini, kontena barang2 kitaorg kena hold lagi & tunggu kapal lain plak..kan dah menyusahkan je..

Aku yang geram tu bukan apa..satu2 dimintanya..mula2 nak surat. Ok la..dah buat & emel. Lepas tu minta pinda surat. Hari isnin settlekan benda tu je.. selasa plak diaorg call untuk minta daku sign consent letter. Daku dah siap sign semua & emel balik. Ingatkan settle dah la.tgk2 hari rabu call aku balik & minta en suami sign sama sebab dia guarantor aku..apsal la tak bgtau je dlm emel masa hari selasa tu nak sign aku & En suami serentak..ni dah la call lambat2.. ok la .fine..settlekan & minta suami cepat2 sign & emelkan balik pada diaorg.. Tup2 hari khamis tu diaorang call lagi & minta salinan sijil nikah untuk buktikan kami ni suami isteri?????? Whattttttt??? Korang agak macam mana.. hangin tak... aku mmg hot la time tu.. ye la semua salinan @ original sijil nikah mesti la aku dah simpan siap2..satu hal plak la nak kena cari balik. Last2 aku bagitau di hp aku ada surat beranak anak2 je. Dalam tu ada je tulis nama kami berdua sebagai suami isteri. Aku emel tu je ..sambil tu bebel gak la..kenapa la minta satu2. Kenapa tak minta sekaligus hari tu je semua. Mujur la daku call suami & tanya dia ada tak simpan salinan sijil nikah di KK. Nasib baik gak la ada..tu pun dia simpan sebab nak uruskan hal sek budak2 masa di sana. Dia emel la cepat2 gak khamis tu. Ku tunggu gak reply @ respon pada hari jumaat tu. Tak ada gak..nak tak nak kena la tunggu hari isnin untuk follow up balik.

Pagi2 isnin dalam jam 9.30 pagi ku dah call bank tersebut & nak cakap la dengan peg bank yang ku berurusan sepanjang minggu lepas.. terkejut daku dengar dia bercuti!!! Mak ai...habis suratku tu macam mana.. dah la forwading keesokkan hari.. aku bagitau la pada yang jawab call aku pasal prob aku tu & dia sambungkan pada peg bank yang lain plak... Lepas dapat bercakap dengan dia, daku berharap sangat dia dapat settlekan dengan cepat.

Akhirnya...tepat jam 11 lebih tu dia call dan bagitau surat tu dah siap..lega sangat. Cepat2 minta dia emelkan dan daku nak emelkan segera pada comp forwading tu...

Alhamdulillah...semua dapat settle gak akhirnya...baru2 ni abang ipar aku balik dari Kuching. Dia bagitau yang dia uruskan hal surat pelepasan bank tu dalam sejam je...waaaaaaaaa...sabar je la aku dengar...

Monday, March 14, 2016

Short Trip To Kelantan

Memang plan saat2 akhir je ni.. Mak Pak mentuaku nak ke Pasir Putih, Kelantan untuk ziaran kawan Mak dimana suaminya baru meninggal baru2 ni. 

En suamiku yang mendengar diaorang nak ke Kelantan, maka offer la untuk drive.. so dah suamiku ikut, tak kan aku tak ikut plak kan...

Tapi since pergi sekali dengan diaorg, maka ku decide tak bawa budak2 yang hero tu sama..bawa Nayli je.. lagipun mak ku dah plan gak nak bawa diaorang ke kenduri dekat2 Taiping gak..jadi ku fikir tak apa la..biar diaorg stay dengan atuk mereka kejap. Nanti dah ke Sabah nanti memang lambat lagi la kitaorg balik...

Perjalanan ke Kelantan mengikut Grik. Aku yang dah lama tak jalan2 area2 sana dah mula rasa semacam..loya2 nak muntah pun ada. Satu lagi maybe sebab perut kosong. Nak singgah makan kat Grik, kedai yang dicadangkan oleh memberku itu tutup la plak..so terus la lagi perjalanan sampai ke Jeli. Singgah makan kat Kedai Wan Tom Yam Special pun sebab ada orang di Stesen Minyak Shell Jeli tu yang cadangkan.. dah perut lapar, belasah je la..rupanya kedai goreng2 weh..apa lagi..menu Tom Yam Campur, Ayam Masak Kicap & Kailan Ikan Masin menjadi pilihan..
Sedap gak makan kat sini

Lepas makan je kitaorg teruskan perjalanan. Tiba2 je kereta pak mentuaku panas..air cond macam tak berfungsi. Terus kitaorg berhenti kejap kat Masjid area2 situ gak n check kereta tu.. sekali air dah habis daaa...so isi la kejap..sambil tu kitaorg pergi la solat jap..lepas solat tu sementara tunggu mak mentuaku selesai ku sempat snap gambar anak daraku ini berbaju kurung...

Boleh tahan gak kerenah makcik sorang ni..
Perjalanan diteruskan lagi sampai ke Selingsing, Bukit Tanah, Pasir Putih. Lama gak kitaorang singgah, ada la dalam 2 jam macam tu..ku yang dah tak tahan panas, mandikan lagi Nayli ni.. tadi kat masjid tu pun mandikan gak..sekali, daku pun tumpang gak mandi sama di rumah kawan mak mentuaku itu..tak tahan tau..panas sangat... 

Kitaorg ni pergi last2 minit..so hotel mmg penuh la. Homestay plak yang Pak mentuaku cadangkan boleh tahan jauh gak dari KB. Last2 kitaorang decide terus ke KB je.. jenuh tau cari hotel ni...dah tgk online tp en suamiku nak gak pi walk in je dari booking online..risau maknya tak berkenan.. tapi ye la..tgh cuti sek ni..memang hotel demand tinggi la...last2 dapat gak hotel di Wakaf Che Yeh. Dah la ada Pasar Malam area2 situ memang best la... kitaorg makan pun kat Orange Restaurant, betul2 sebelah hotel ni. Ku order durian pulut je..eh macam tak caya je aku boleh order makanan ni untuk dinner . Dengan sakit tekaknya boleh plak layan durian..memang mencari nahas la...
Ok la..pulut tu aku tak habiskan pun  
Lepas je habis makan, kitaorg jalan2 jap kat pasar malam di Wakaf Che Yeh ni...dikhabarkan pasar malam kat sini buka sampai jam 2 pagi. Patut la meriah ..time tu Nayli tengah tido..so gilir2 la kitaorg dukung dia .... aku sempat sambar skirt je..sebab memang tengah mencari . Blouse plak daku cadang nak tengok tempat2 lain plak nanti....

Itu je hari pertama aktiviti kitaorang di Kelantan. Tengok esok plak macam mana.. aku ada hunting satu baju mini kurung batik Kelantan ni. Tapi lepas round2 semalam daku tak jumpa lagi ni...


Sunday, March 13, 2016

Koleksi Novel2ku Yang Disayangi........

Sessi Punggah & Simpan
Ni adalah salah satu koleksi barangan ku yang amat berharga ...selain dari koleksi album2 ku laaa...novel2 ni dari daku zaman belajar di UUM lagi , zaman bujang, kahwin, anak 1 hinggalah anak 3. Kemana je aku berada memang ku setia bawa. Dari Ampang ke Parit Raja, ku angkut gak...bosan2 ku layan la baca novel2 ni jap..

Tapi nampaknya..untuk kali ni, ku akan tinggalkan kembali di rumah makku.. macam banyak sangat la plak nak bawa semua2 novel ku ini. 

Harap2 akan tersimpan rapi hendaknya.. adik lelaki ku tengok terus bagitau jual la angah... RM 5 pun laku tau...aduii..tak sampai hati ku nak jual. Walhal sebelum ni daku ada gak bagi novel2 yang bukan genre aku pada adik perempuan ku..

Ku masih setia dengan hasil penulisan Ramlee Awang Murshid (RAM), Aisya Sofea, Anis Ayuni, Aina Emir, Fauziah Ashari, Norhayati Berahim dan sewaktu dengannya. Kalau novelis2 terbaru ni, aduhai bahasanya...pening daku baca..tu yang baca sekali dah bagi pada adikku...

Lagi2 Buku Baru..

Dah terjebak memang payah nak berhenti!

Tapi daku rasa ok je walaupun terjebak. Sebab mana la tau kan..Satu hari nanti dapat daku realisasikan impian daku & En Suami untuk "backpackers" bersama2.


2 buku ini baru je ku beli dalam minggu ni gak.. I'am Backpacker : Europe..

Daku baru je baca separuh dari isi buku tu..nanti daku akan buat review khas mengenai buku2 ni..

Semamgat daku baca tau. 
Buku kedua plak Travelog ET Kembara Afganistan. Yang ni memang ramai ahli group BBM yang rekemen untuk baca. So daku gigih beb PM personal Sis ni dan beli buku ni.. dan lega bila dah sampai ke kampung ku di Taiping Petang jumaat baru2 ni..tak sempat baca lagi..ku baru belek2 .wow..nampak memang menarik gaya penulisan beliau..

Ku tengah hunting plak buku Islam Di Barat , Muslim Di Timur. Kalau ada buku2 travelog yang best2, mai la rekemen kat aku ye. Nanti daku akan cari & baca dulu sinopsisnya ... 

Baca sinopsis pun dah rasa best tau..
Cuti sek ni kitaorg balik kampung & stay di Taiping dulu..settlekan hal2 barang yang kitaorg bawa balik dari Johor ke Taiping & kemudian sessi lepak2 & santai2 sambil JJCM lagi mana2 tempat makan best kat sini.