Followers

HITS

Thursday, February 18, 2016

The Second Best Exotic Marigold Hotel

Malam tadi daku sempat la rekod movie ni..konon2 nak la tengok pagi ni ke atau bila2 free la.. last2 tengah kemas2 barang daku layan terus la movie ni.. 

Ditayangkan di Fox Movies, filem ni agak baru la juga iaitu Tahun lepas diterbitkan.

Daku layan movie ni sebab ada Dev Patel. Sapa tengok slumdog millionaire, mesti tau Dev Patel ni berlakon macam mana.. 

Rupanya ni sequel yang kedua..Yang pertama dulu Best Exotic Marigold Hotel. 

Apa yang menarik movie ni adalah berkisahkan mengenai sekumpulan pelancong2 warga tua yang menginap di sebuah hotel yang diberi nama Exotic Marigold Hotel dengan pelbagai kisah2 mereka.. kira diaorg ni merantau ke negara lain, menikmati suasana di negara luar plak. 

Tuan punya hotel, Sunny (Dev Patel) dalam usaha untuk membeli sebuah lagi hotel yang lebih besar dan lebih selesa bagi menampung lagi ramai pelancong2 ke hotel tersebut. Dalam proses mendapat tajaan untuk membeli hotel tersebut, macam2 kisah di sebaliknya. 

Dev Patel ni kalau berlakon memang kelam kabut sikit.. daku nak tergelak je tgk lakonan dia.. selain tu ada gak diselit2 kisah2 lain mereka yang tinggal kat hotel tu. 

Cerita selanjutnya?? Tengok la sendiri.. so far, daku rasa best cerita ni. Sebab membuka mata melihat tentang budaya dari negara India sendiri. 

Habid movie ni pun dah 12.00 malam, akibatnya..pagi tadi ambik ko....6.25 pagi baru bangun..Fuhhhhhh..


No comments: