Followers

HITS

Sunday, February 21, 2016

Terbabas Kalori

Hari hujung minggu memang PAYAH la kalau nak bab2 makan sambil MENGIRA kalori ni...

Contohnya la kan...Semalam time breakfast daku masak Nasi Goreng. Makanlah juga sedikit... Lepas tu Tengaharinya plak, daku masak Tomyam Ayam & Sayur serta Ayam Masak Halia. Sebab dah makan nasi paginya, time lunch tu daku hanya ratah a.k.a hirup je kuah tomyam tu & merasa la sikit ayam halia tu.. ku agak terpaku seketika melihat En Suamiku itu meratah je ayam halia tu sampai habis..hehehe..siap ku kata..tak pe..tak pe..utk makan malam nanti masak lain..

Sekali...bila dah petang2 tu budak2 ni ngadu lapar. Ku masak la roti telur kat mereka. Untuk daku plak, pi la tambah hirisan timun jepun, tomato & bawang holland serta sos thousand island & sos cili... sekali bila dah makan, daku pun nak rekod la sebagai dinner... 

Mak ai..rupanya..sekeping roti telur tu bersamaan 356 kalori..fuhhh..2 keping plak tu daku makan semalam..tu tak termasuk dengan bahan2 sampingan...^____^

Makanya, elok la makan nasi lagi...

Sekali bila dah dekat2 nak Maghrib tu, En Suami ajak makan mee udang plak...waaaaaa.. demi menemankan En Suami, follow je la... daku kongsi dengan Danial & Nayli je..haaa.. ambik..Mee Udang pun dekat 3++ kalori.. 

Exercise walaupun daku buat juga semalam, tetap gak terlebih2 semalam...sampai negatif la T____T

Maka...terjadilah Hari Terbabas Kalori...

Marilah berusaha lagi untuk hari2 berikutnyaaaaaaaa ye...

Moga esok2 tak de jadi macam ni dah
P/S : daku mengira2 bab kalori ni bukan semata2 untuk diet ke apa..lebih kepada kesihatan diri sebenarnya. Nak fit, nak bagi lebih bersemangat, nak happy2 je ..ni adalah sebahagian terapi 

2 comments:

Siqah Hussin said...

yeayyy! same!
kira kalori jugak but for diet nanye kalau saya.
tapi kadang-kadang termakan jugak lebih. Haha.
bila nak kurus gitu? :p

Nurhidayu said...

Hi Siqah..jawabnya..esok2 la kira kalori lg..😂😂😂😂