click...click...

HITS

Followers

Sunday, February 14, 2016

Syahdu

Sedikit perkongsian dari Group Nanny 911



Tuhan, Ingatkan Kami
==================


Ini gambar Zhang Jinli, berusia 46 tahun berasal dari Jibo di sebelah timur China. Kelihatan dia sedang bersimpuh di sebuah stesen keretapi.

Dia bersimpuh memohon maaf di hadapan ayahnya kerana tidak dapat menjaga mereka. Dia harus kembali ke Beijing, tempat dia bekerja. Dia pulang bercuti sempena sambutan Tahun Baru Cina minggu lalu.

Selama empat tahun di perantauan Zhang tidak pernah pulang menjenguk orang tuanya yang sudah berusia 80 tahun itu. Dia merasa bersalah, dan sangat menghormati ayahnya.

Zhang bersimpuh di lantai itu beberapa kali di hadapan ayahnya dan seorang saudaranya untuk menunjukkan betapa mereka amat bererti baginya.

Emosi Zhang tersentuh kerana harus meninggalkan orang tuanya sehingga dia ketinggalan keretapi yang dianggarkan tiga jam perjalanan dari Jibo ke Beijing. Berkali-kali dia memohon maaf dan mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya.

Foto ini tersebar di internet. Banyak warga maya memberi komentar.

“Ketika kita meninggalkan rumah, baru kita sedari betapa banyak perkara baik yang kita tinggalkan,” komen seorang pengguna Weibo, Twitter versi China.

Bagi saya, kisah ini mengingatkan syair Imam Syafie r.a,

Jika air tidak mengalir, ia takkan pernah jernih
Jika singa di sarang tinggal diam, ia takkan pernah menerkam

Jika anak panah tidak meninggalkan busur, ia takkan menyentuh sasar


Seperti Zhang, kita juga mempunyai emosi dan kenangan yang harus kita tinggalkan. Kita berhijrah untuk sesuatu yang lebih baik di masa hadapan.

Bezanya, adakah kita sanggup meninggalkan seketika keperluan dan jadual untuk bersimpuh meminta maaf dengan orang yang kita cintai kerana telah mengambil waktu-waktu berharga bersama mereka?

Lebih penting adakah kita sanggup berteleku sejenak memohon ampun dan redha Allah atas segala kurnia-Nya sebelum ini yang tidak pernah kita hitung?

Untungnya Zhang, petugas stesen membantunya untuk mendapatkan kesempatan menaiki keretapi berikutnya.

Kita, siapa yang akan menolong untuk mengingatkan?

Terima kasih sahabat, terima kasih Ya Allah!

#salehaidris
#inspiratorpsikologikeibubapaan

Sharing Is Caring

No comments: