Followers

HITS

Sunday, February 28, 2016

Selamat Menjalankan Tugas, Cinta Hatiku.....

Beberapa hari ni daku sangat2 emosi, penat menguruskan budak2 yang tak berapa sihat dan penat juga mengasingkan barang yang tak habis2 lagi..daku rasa selagi org2 Kargo tu tak datang2 lagi, memang kerja asing & pack barang tak habis2 la jawabnya...

Sampaikan daku kurang menghabiskan masa dengan En Suamiku.. dalam keadaan @ situasi begini, daku berharap sangat suami dapat memahami. Di akhir2 hari sebelum en suami berangkat ke KK, kitaorg banyak habiskan makan2 kat luar je. Enjoy buat aktiviti kemas barang bersama2. 

Pagi ni daku & Nayli hantar En Suami ke Airport Senai. Daku 1st time gak ke sana. Since masa perjalanan pun dalam sejam gak dari rumahku, jadi daku & Nayli tak dapat nak tunggu lama sangat. Sebab berkejar plak nak ambik budak2 yang lain balik dari sek jam 1.10 petang tadi. 

Daku cuba menahan sebak, cuba berlagak tenang di hadapan En Suami, daku tak nak la dia risau ke apa ke..berjaya juga la tidak menitiskan air mata tadi. 

Ya. Mungkin daku sudah biasa. 

Mungkin daku sedar suami ke sana disebabkan kerja. 

Mungkin juga daku sedar suami akan sibuk menguruskan juga hal2 persekolahan budak2 ini nanti di sana.

Jadi atas sebab2 faktor ini, sedikit sebanyak berjaya menahan daku daripada menitiskan air mata.

Daku hanya berkata...

Abang balik jumaat ni ye.....
Sayang tunggu dengan anak2 jumaat tau....

Selamat berangkat ke Kk, abang. Semoga perjalanan abang selamat tiba hendaknya. 

Ye. Siri PJJ kembali semula...
2 jam gak perjalanan tadi.
Sejam pergi
Sejam balik..
Fuhhh
Mengalas amanah yang diberikan oleh KP
Bukan mudah sebenarnya

4 comments:

Siqah Hussin said...

Suami awak transfer ke KK eh? jauh terpisah oleh laut. Hope semuanya smooth untuk family awak..

Nurhidayu said...

Ye Siqah..kitaorg akan follow gak nanti..cumanya tgh tunggu org2 Kargo dtg settlekan barang2 ni je dulu..cuti sek bln 3 nnt baru ke sana

nurbijen said...

Ala, kejap ajer tu....
Stay strong tau :)

Nurhidayu said...

Hehe..pejam celik pejam celit esok dah jumaat kak..esok la dia blk pun