click...click...

HITS

Followers

Monday, February 01, 2016

Nasi Daging Versi Daku

Tengahari Semalam daku masak Nasi Daging.

Minggu ni nak balik kampung, jadi daku tak ada la beli barang2 basah banyak sangat. Daku cuma bajet2 je untuk beberapa hari ni nak masak apa.. Salah satunya nak menghabiskan daging ni la. Kitaorg dah lama tak berapa makan daging sangat sebab hari tu en Suamiku tengah pantang lagi, tapi baru-baru ni result kolestrol dia dah makin nampak ada penurunan. So, boleh lah kut makan sikit2...

Ni resipi versi daku di mana resipi yang sangat SIMPLE & MUDAH. 

Kalau Nasi Daging ni, daku suka makan sekali dengan Kurma Telur. Ada la kuah sikit kan.

Atau boleh juga makan dengan Jelatah Nenas dan Timun. 

Resepi Nasi Daging Versi Daku

Bahan sup untuk dibuat stok:

Daging lembu - dipotong kiub besar-besar
2-3 inci halia - dipotong nipis
1 ulas bawang besar
Garam secukup rasa

Cara :

Rebus daging bersama semua bahan-bahan lain sehingga lembut dan empuk. Asingkan daging. Simpan 3 @ 4 cawan air untuk stok nasi. 

Bahan-bahan Nasi :

1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
2 sudu besar minyak
2 1/2 cawan beras 
4 cawan air rebusan daging - atau lebih terpulang ikut beras yang kita guna
2-3 helai daun pandan - disimpul
1 sudu besar rempah sup

Bahan tumis:

3 ulas bawang merah - dihiris halus
2 ulas bawang putih - dihiris halus
3- 4 inci halia - dihiris halus

Cara Membuat :

1. Cuci beras dan tapis airnya. 

2. Panaskan minyak di dalam kuali lain. Tumis kulit kayu manis dan bunga lawang kemudian masukkan bahan tumis dan serbuk rempah sup. 

3. Tumis sehingga naik baunya.

4. Masukkan air rebusan daging,  biar sehingga mendidih.

5. Kemudian pindahkan ke dalam periuk nasi di mana ada beras yang sudah dibasuh tadi bersama daging yang telah direbus.

6. Masak seperti masak nasi biasa sehingga kering airnya.

Nasi daging
Resepi Air Asam Kerisik

Sedikit belacan
Sedikit air asam jawa pekat
1 biji tomato - dihiris nipis
2 ulas bawang besar - dihiris nipis
6 biji cilipadi - dihiris nipis
2 biji cili merah - dihiris nipis
Garam
2 biji Limau kasturi
Kerisik

Cara :

1. Larutkan belacan dengan air asam jawa pekat dan garam. Biar sehingga betul betul larut. 

2. Masukkan cili padi dan cili  merah yang dipotong.  

3. Masukkan bawang besar, tomato dan air sedikit.

4. Masukkan campuran belacan dan air asam jawa tadi. Gaul rata. 

5. Perahkan 2 biji limau kasturi dan akhir sekali letakkan sedikit kerisik di dalam air asam tadi.

Air asam kerisik
KURMA TELUR

3 Biji telur
2 sudu besar serbuk Kurma (daku pakai Adabi)
2 biji kentang
1 inci kayu manis
2 biji bunga lawang
2 biji bawang merah - dihiris nipis
3 ulas bawang putih - dihiris nipis
2 inci halia - dihiris nipis
1 biji cili merah
5 sudu santan Kotak 
Sedikit garam
Sedikit gula sebagai perasa

Cara Membuat :

1. Telur dibasuh dan direbus. (biasa daku lepas beli telur akan basuh siap-siap sebelum simpan dalam peti ais)

2. Selepas dimasak, buang air rebusan dan dibuang kulit telur-telur tersebut.

3. Bersih dan kupas semua kulit ubi kentang dan dipotong 4.

4. Panaskan minyak, dan masukkan bahan2 yang dihiris nipis iaitu bawang merah, bawang putih dan juga halia tadi bersama dengan bunga lawang dan kayu manis.

5. Tumis sehingga semua bahan naik baunya.

6. Kemudian, serbuk kurma dibancuh dengan sedikit air dan dimasukkan kedalam bahan yang ditumis.

7. Masak sehingga rempah itu sebati dan pecah minyak. 

8. Masukkan semua ubi kentang dan sedikit air. Masak sehingga kentang separuh masak.

9. Masukkan 5 sudu santan kotak. Kalau boleh kurangkan lagi pun tak apa. Daku sekeluarga sekarang ni sedang dalam proses mengurangkan makanan yang bersantan. Sikit-sikit boleh la.

10. Bila nampak kentang dah lembut, masukkan telur, sedikit garam dan gula sebagai perasa. Masak sehingga kuah mendidih.

11. Terakhir, barulah masukkan Cili merah sebagai hiasan .

12. Tadaaaaaaaaa, dah siap Kurma Telur


Kurma telur
Masakan yang SIMPLE juga bagi daku

3 comments:

umi alya said...

Salute ngn ayu, rajin...

Nurhidayu said...

Akak..sy duk rumah je kak..hehe

Nurhidayu said...

Akak..sy duk rumah je kak..hehe