Followers

HITS

Thursday, February 18, 2016

My Fitness Pal

Nak share sikit..

Daku dah terjebak dah dengan kira2 kalori ni ^____^

Gara2 melihat transformasi yang dilakukan oleh kawan2ku...Dengan berat yang sekarang ni, ku rasa macam tak selesa je bila memakai seluar, lagi2 seluar jeans la..

Boleh tengok kat playstore
Maka, semalam pun daku try la..sebelum tu kena tahu dulu apa target dalam proses mengira kalori ni..

Ni target daku...

46 kg la kan ^_^
Ye..berat daku sekarang 52kg. Nak turunkan sikit dal 46 - 48 kg pun jadi la. Bukan apa, nak bagi fit je...tak ada la nanti buat kerja2 rumah sikit dah penat ke apa ke..dah set target kita, so kita akan dapat tahu berapa berat yang harus turun bagi setiap minggu dan juga berapa kalori dalam sehari.

So, ni menu daku semalam. Sejak seminggu dua ni daku memang tak berapa lalu sangat nak makan berat2 ni.. maybe sebab penat kemas2 barang, jadi lebih banyak minum air dari makan. 

Tapi semalam, selera makan boleh tahan gak la. Pagi tu dalam jam 7.30 pagi lepas je hantar budak2 ke sekolah, daku & Nayli breakfast sama2. Makan kokokrunch je 1 mangkuk sorang. Nayli lepas tu sambung plak minum susu. Daku cukup la air masak je.. lepas kemas2 barang tu dalam jam 10 pagi dah lapar balik. Apa lagi punya la teringin nak makan maggie kari, masak je la..maggie ni kena makan time budak2 dah ke sekolah..kalau tak diaorg pun teringin juga tu. So, daku hanya tumis bawang putih banyak2 , ada la dalam 5 biji tu, cili padi dalam 5 biji gak, dihiris nipis2 dan kemudian tak lupa dengan sayur sawi.

Tengahari daku makan lambat sikit. Semangkuk sup ayam dengan seketul ayam saiz kecil & sayur sawi goreng.
Hari pertama
Snack diantara time lunch & dinner adalah kismis je. Tak ada la rasa lapar sangat pun. Dinner sebab nak makan nasi, daku masak sambal ikan bilis. Bawang merah, cili padi & ikan bilis ditumbuk kasar. Lepas tu letak sikit belacan. Goreng bagi garing sikit & kemudiannya boleh makan dengan nasi segenggam ye. Total kalori diambil semalam ialah 1066 untuk makanan sahaja. 

Boleh semak berapa kalori yang diambil bagi setiap jenis makanan
Makan2 juga..exercise jangan dilupa. So, semalam daku hanya sempat mengemas2 barang2 untuk pindah rumah ni je. Turun naik tangga angkat barang2 ke bawah. Dengan kotak2 bukunya, baju2 lagi..ada la dalam setengah jam..haaa.masukkan je dalam apps ni..

Selamat mencuba
Ada macam2 exercise tau.




No comments: