Followers

HITS

Tuesday, February 09, 2016

JJCM Di Taiping : Restoran Asam Pedas Kamunting

Korang....

Nak bagitau ni..kalau la korang jalan2 ke Taiping kan, tiba2 rasa tak tau nak makan kat mana, nak cadangkan korang cuba makan kat sini tau..

Sesekali boleh la singgah sini

Terletak di Kamunting, Restoran ni dikhabarkan antara Restoran yang menjadi tumpuan ramai lagi2 ketika musim perayaan atau ketika cuti sekolah. Kitaorg dulu jarang2 gak la makan kat sini..ye la..time lunch biasanya makan kat rumah mak la kan..

Tapi semalam daku sekeluarga sempat la mencuba juga makan di sini memandangkan kedua2 belah keluarga ada jemputan kenduri.

Walaupun nama Restoran ni Asam Pedas, daku tak ada la ambik lauk asam pedas pun. Daku rasa lagi syok layan Asam pedas belah2 Johor sana...^___^

Datang sini, 3 makanan feveret daku mesti kena ambik iaitu Patin tempoyak, Ayam Goreng Berempah, Sayur Daun2 Kayu Masak Tempoyak & Yang Istimewanya Jus Amra dengan Asam Boi. Memang layanlah makan lauk2 macam tu sekali dengan Air Jus macam tu.

Selain tu ada macam2 jenis lauk pun ada...Ikan Bakar pun ada tau.
 
Jadi korang bolehlah mencuba jika lalu ada jalan2 ke sana.

Memandangkan Restoran ni berdaftar dengan Kastam, maka harga makanan dia boleh tahan la juga ... Sesekali ok la kan..

Selamat Mencuba...

Patin Tempoyak memang patut dicuba
Daging Salai Masak Lemak Cili Padi
Jus Amra
Sayur Daun Masak Tempoyak
Pelbagai Jenis Ulaman
Antara sebahagian lauk2 yang ada di situ

No comments: