Followers

HITS

Thursday, February 11, 2016

JJCM Di KL : Restoran Selera Utara, Pandan Indah

Selasa pagi dah gerak balik ke KL. Sampai plak dalam tengahari. Jadi apa lagi kan.. En Suami request nak makan siput sedut masak lemak katanya. So, layankan je la.

Kitaorg sampai ke Restoran Selera Utara ni dalam jam 12.30 tengahari. Tengok2 tak ramai orang pun.

So, apa lagi.. masing2 ambik lauk feveret masing2 la.. Daku lebih gemar ayam masak merah dia sebab macam lauk kenduri pum ada.. Dengan sayur pucuk ubi masak lemak dan tak lupa sambal belacan. En Suami plak sayur nangka & siput sedut je. Budak2 masing2 nasi dengan ayam goreng & sayur kacang.

Restoran ni memang dah lama.. Sejak daku bujang lagi... tapi makin lama makin mahal dah la harga makanan dia.. Sesekali ok la kut kan...

Selamat mencuba

Terletak di Pandan Indah
Feveret kami anak beranak
Berselera Danial makan

2 comments:

idzwa kamaruddin said...

dekat..nanti nak pegi try la.

Nurhidayu said...

Ye..memang dah dekat dah..try la..lauk2 kg je tu