Followers

HITS

Tuesday, February 23, 2016

Hari yang ditunggu-tunggu...

Hari ni hari temujanji Danial dengan Dr Pakar Kanak-Kanak. Awal2 pagi dah daku kejutkan diaorg ni. Sambil tu dengar la Danial merengek nak pi sek. Kalau termasuk hari ni, 3 hari dia tak ke sekolah. 2 hari sebab demam & hari ni ada temujanji kat Hospital plak. Lepas je hantar Hariz ke sekolah, terus kitaorg ke Hospital Nora.

Sampai kat Klinik Pakar 5 dalam jam 7.30 pagi. Tengok2 kat situ dah ada yang datang lagi awal. Danial dapat no 5. Tepat jam 8.30, nurse panggil untuk timbang berat & ukur tinggi. Bilik rawatan untuk budak2 ada 3 bilik. Ku perati no cepat gak dipanggil. Dalam 10 minit lepas tu dah kena panggil. Sekali masuk plak, ada 2 org Dr. So 2 pesakit terus dipanggil.

Dr yang rawat Danial ni Dr lelaki Cina. Sangat friendly, berinformasi dan sangat cekap. Memang detail dia check Danial lagi2 lepas kitaorg bagitau yang ini kali pertama kitaorg hadapi macam ni. Danial masih demam lagi. Dr check suhu dia 37.7 . Lepas Dr Tan tu check Danial, memang dia dengar ada gak bunyi kat jantung dia. Kitaorg dalam bilik rawatan tu lama la juga. Ada la dalam setengah jam macam tu...

Lepas je settle, kena buat ECG & X Ray plak. Time ECG, ada dr lain yang handle. Dibantu oleh sisters. Peramah2 diaorg ni. Mujur la time ECG tu, Danial sangat memberi kerjasama.. walhal masa Dr Tan check dia tadi, tak habis2 berzikir depan daku n en Somi, dia nak pi sek.

Settle je ECG, ke bilik X Ray plak. Dapat no 21, tengok no yang dipanggil baru no 9. So daku pi la siap2 ambik ubat demam & antibiotik Danial kat farmasi sambil tunggu giliran untuk X Ray.

Apa yang daku perati, Hospital Kerajaan dah makin banyak perubahan positif. Macam ambik ubat kat Farmasi plak, walaupun no aku dapat lambat lagi, tapi cekap je diaorg ni buat kerja. Tak sampai 10 minit, no aku dah dipanggil.  Settle je ambik ubat, daku terus ke bilik X Ray. Tengok2 no masih lagi belas2. Tunggu lagi 10 minit macam tu, no dah dipanggil. Untuk X Ray, Danial kena baring kat atas tu. Sebab dia kecik lagi. Sekejap je pun. Dah siap tu terus la kitaorg balik. 

Untuk full detail scan jantung yang namanya ECHO tu, akan dibuat plak pada temujanji berikutnya pada 8hb 3 nanti. 

Daku sebenarnya ada macam2 perasaan sekarang ni. Lebih kepada risau dan serabut gak dibuatnya...
Pertama kali.....

8 comments:

idzwa kamaruddin said...

Alahaii..semoga takde ape-ape lah tu..

8hb 3 tu ade kat sini lagi ke ?

amirah said...

insyaallah tkde pape danial..

Diapercakes by Arissa said...

Lamanya Liza tak jenguk sini. Ezurin apa khabar? Kenapa dgn anak yg ni?

Nurhidayu said...

Ada lg ...cdgnya nak pi time cuti sek..

Nurhidayu said...

Ami...waaaaa...risau je..tiba2 kan

Nurhidayu said...

Ayu sihat..anak je..mmm..hari tu masa cucuk 7 thn dr check dia..detect ada bunyi kat jantung..tu yg buat appointment terus kat hospital

Daddy Ziyyad said...

Hospital /klinik Kerajaan mmg telah banyak berubah...jadi kepada yg terlalu banyak komplen tu, pergilah sendiri tengok....Ramai org tu standard la,zaman saya kerja kerajaan dulu, lagi ramai patient.

Danial ada masalah jantung ke?Moga dipermudahkan....
Ada tak doktor bagitau apa apa tentang bacaan ECG nya?

Nurhidayu said...

Ye Dr. Saya rasa sungguh bertuah kerana semalam layanan yang diberikan memang terbaik. Dari Dr sampai la dari nurse2 yang terlibat juga.

Mengenai masalah jantung tu, sebenarnya baru je dapat kesan masa dia diberikan suntikan di sekolah baru2 ni. Jadi sebab tu saya buat follow up segera disebabkan saya pun dalam proses nak berpindah ke KK, Sabah plak lepas ju.

Bacaan ECG tu dr akan bincang balik masa next appointment 8hb nnt.Tq dr kerana sudi singgah sini