click...click...

HITS

Followers

Wednesday, February 03, 2016

Bihun Vietnam Versi Daku

Memandangkan tinggal sehari je lagi sebelum daku balik kampung esok, maka petang ni daku masak la Bihun Vietnam.

Resipi ni daku dapat dari Group FB: Masak Apa Hari Ini.

Tapi daku ada la olah2 sikit ikut suka hati aku..tu la sebabnya jadi la Bihun Vietnam Versi Daku.

Bahan-bahan :

Bihun
Ayam - dipotong kecil2
Fish ball
Sawi
Bawang putih
Kiub Pati Ayam
Garam

Cara Masak :

- Bihun dibasuh dan dicelur dahulu. Kalau tengok resipi asal macam dicampur sekali je bihun tu di akhir masakan. Tapi daku tak nak la campur. Asingkan je..nak makan banyak mana, ambik la sendiri.

- Tumis bawang putih sampai garing di dalam kuali lain

- Masak air dalam periuk lain. Bila dah mendidih masukkan ayam dan bawang putih yang digoreng tadi. Minyak bawang putih tu tak payahlah letak juga. Biarkan seketika.

- Masukkan pati kiub ayam dan sawi.

- Terakhir masukkan fish ball dan perasakan dengan garam.

- Kemudian, ketika nak makan boleh lah ambik bihun dahulu dan kemudian ditambah dengan kuah sup itu tadi...

- Tadaaaaa.. dah siap...boleh la makan sekali dengan sambal kicap.

Sambal Kicap

Bahan2:

3 ulas bawang putih
5 biji cili padi hijau
Sedikit kicap pekat
Sedikit air

- Tumbuk bawang putih dengan cili padi.

- Bila dah sebati, masukkan kicap pekat dan sedikit air.

SELAMAT MENCUBA

Resipi yang agak simple juga. Sup2 memang layan la
Resipi asal menggunakan udang

2 comments:

aLin arLene said...

boleh try nih...anak2 suka mihun tapi maknyer xtau nak masak apa bg xpedas...

Nurhidayu said...

Alin..silalah try..aku buat td..habis weh..2-3x diaorg ni bertambah..hehe..