click...click...

HITS

Followers

Monday, February 29, 2016

Need : Tips untuk atasi kerenah anak2 ketika berada di dalam Kapal Terbang..

Aduhai...tu la dianya..kalau dah terjebak dengan satu2 group kat Fb tu, asyik la layan kat situ je.

Al kisah petang semalam daku terbaca post kat bawah ni..
Aku rasa semacam je pasal post kat atas tu..

Memandangkan daku juga akan fly dgn anak2 ke KK dalam masa terdekat nanti, ku jenguk2 la komen2 kat situ. So sad. Macam2 la depa kata..ada gak la yang bagi pendapat yang tak relevan pun ada, cth ; tak payah bawa anak @ baby naik flight la, tak payah pi bercuti jauh2 la..mmm..mcm situasi sekarang, kami bukan pi bercuti..pi pindah sana tau..waaaa....tapi tak semua la yang komen negatif2, ada gak yang banyak bagi idea2 bernas & positif. Contohnya macam ni..
Tips bagus ni

Daku sangat la kagum dengan empunya diri yang sudi share tips diatas..jadi daku save tips ni dan share plak pada En suami ku yang dah tiba di Sabah petang semalam..tup2 en Suami plak bagitau ni padaku...

Kesiannya..mesti mak bapa baby tu jenuh pujuk baby dia
Makanya, kat sini la kan..kalau2 la korang2 yang sedang membaca entri ini, yang pernah la bawa anak ke atau anak2 buah ke atau pernah nampak ke apa2 tips yang boleh daku apply masa bawa budak2 nanti naik flight, tolong la share tips2 tu di sini ye...daku sangat2 hargai komen korang2 ye. 

Oh ye. Daku n En Suami bukan tak pernah bawa diaorg naik flight. Pernah bawa masa tu Tahun 2014, yg sulung 6 tahun, no 2 baru 5 tahun dan yang keciknya plak baru 1 tahun 5 bulan.  Tu pun plus minus sejam gak la perjalanan dari kl - langkawi. Diaorg time tu sangat behave..maybe antara sebabnya, 1 : flight yg kitaorg ambik malam. Yg no 2 plak diaorg tak pernah naik flight kan..maka diaorg sangat excited. Nayli plak time tu masih menyusu lagi..so apa2 aku terus menyusukan dia je..memang dia lena je time perjalanan tu. 
Sweet memory mereka di dalam penerbangan pertama..
2 tahun berlalu. Abang 8 tahun. Yg no 2 , 7 tahun dan no 3 ni plak 3 tahun. Aku macam tak boleh bayangkan je macam mana la perjalanan kami nanti macam mana.. moga yang baik2 je la nanti..daku nak tau tips2 korang ye...

Tq for sharing ....



Sunday, February 28, 2016

Selamat Menjalankan Tugas, Cinta Hatiku.....

Beberapa hari ni daku sangat2 emosi, penat menguruskan budak2 yang tak berapa sihat dan penat juga mengasingkan barang yang tak habis2 lagi..daku rasa selagi org2 Kargo tu tak datang2 lagi, memang kerja asing & pack barang tak habis2 la jawabnya...

Sampaikan daku kurang menghabiskan masa dengan En Suamiku.. dalam keadaan @ situasi begini, daku berharap sangat suami dapat memahami. Di akhir2 hari sebelum en suami berangkat ke KK, kitaorg banyak habiskan makan2 kat luar je. Enjoy buat aktiviti kemas barang bersama2. 

Pagi ni daku & Nayli hantar En Suami ke Airport Senai. Daku 1st time gak ke sana. Since masa perjalanan pun dalam sejam gak dari rumahku, jadi daku & Nayli tak dapat nak tunggu lama sangat. Sebab berkejar plak nak ambik budak2 yang lain balik dari sek jam 1.10 petang tadi. 

Daku cuba menahan sebak, cuba berlagak tenang di hadapan En Suami, daku tak nak la dia risau ke apa ke..berjaya juga la tidak menitiskan air mata tadi. 

Ya. Mungkin daku sudah biasa. 

Mungkin daku sedar suami ke sana disebabkan kerja. 

Mungkin juga daku sedar suami akan sibuk menguruskan juga hal2 persekolahan budak2 ini nanti di sana.

Jadi atas sebab2 faktor ini, sedikit sebanyak berjaya menahan daku daripada menitiskan air mata.

Daku hanya berkata...

Abang balik jumaat ni ye.....
Sayang tunggu dengan anak2 jumaat tau....

Selamat berangkat ke Kk, abang. Semoga perjalanan abang selamat tiba hendaknya. 

Ye. Siri PJJ kembali semula...
2 jam gak perjalanan tadi.
Sejam pergi
Sejam balik..
Fuhhh
Mengalas amanah yang diberikan oleh KP
Bukan mudah sebenarnya

Training Terakhir Di sini...

Anak2 ku, Hariz & Danial.

Petang semalam training Taekwando terakhir mereka di sini.

Rasa sedih pun ada. Sebab diaorg memang suka sangat dengan training ni.

Patutnya pagi semalam training kat Gym di Pura Kencana, tapi sebab gym tu ada aktiviti lain, so diaorg masuk ke training belah petang plak.

Sempat la semalam daku snap & rekod video mereka kejap masa training.

Tup2 masa nak balik, Master bagitau yang kalau by minggu depan, kitaorg masih ada lagi di sini, Dia ajak juga pergi training ke Gym Pura Kencana gak tanpa bayaran bulanan.. Wah..daku terharu la plak..

Plan nak ke KK dalam cuti sekolah bulan 3 ni. Ku dah risau2 orang Kargo ni tak call2 pun lagi. Nak tak nak memang daku push gak En suami pi follow up dengan bahagian yang uruskan bab2 pemindahan ni .

Dengan budak2 nak periksanya, aduhai..ngan mengadap rumah dengan barang2 yang tak habis2 disimpan lagi buat daku stress je seminggu dua ni..

Training terakhir

Friday, February 26, 2016

Nayli D.E.M.A.M

Aduhai....Petang semalam daku dah mula perasan badan2 Nayli dah mula dedar2.

Lepas tu suhu badan dia makin naik. Cepat2 daku mandikan dulu. Since daku tengok lepas tu dia aktif je, daku rasa lega sikit. Tapi still gak pantau suhu dia.

Tengah malamnya daku terjaga bila pegang tangan dia & makin panas. Cepat2 daku check suhu.. makin tinggi nampaknya. Sebab dah mencecah 38.6

Cepat2 daku masukkan ubat di belakang punggung dia. Daku mmg standby ubat ni jika suhu dia tinggi sangat. Nayli ada kes febrile fits , jadi kalau dia demam suhu tinggi sangat tu memang aku akan risau.

Lepas tu dia tak mau tido dan ajak terus tengok tv..Adeh anak..4.30 pagi kut. Layankan je la...

Setakat ni Danial je dah nampak surut sikit demamnya..Hariz masih tinggi lagi.. bertabahlah Ayu ....
Demam2 pun masih mau layan TV

Thursday, February 25, 2016

Sorang lagi Demam....

Mmmmm....daku dapat call jam 10 pagi tadi dari Cikgu Kelas Danial. Ingatkan cikgu tu nak tanya pasal Danial. Sebab hari ni Danial tak datang lagi ke sekolah. Kaki dia bengkak . Tu yg menyebabkan dia susah nak jalan..jalan pun perlahan2 je..

Sekali...rupanya, cikgu tu call sebab nak bagitau yang Abang Danial, Hariz plak demam.
Alahai...daku yang fikir en suami ada kat sini lagi, maka minta dia je la ambik Hariz kat sekolah.

Balik dari sekolah, En Suami terus bawa ke klinik. Suhu dia 38.7..tinggi gak tu. Sampai kat rumah, makan ubat dan tido terus. Hariz senang sikit nak bagi makan ubat. Malah dia boleh makan sendiri lagi. Tapi kalau Danial...fuhhhh..jenuh laaa..kena umpan mcm2 dulu...

Minggu yg sgt hectic bg aku .....

Muka penat..

Hari Terakhir En Suami di KKTM...

Kalau ikutkan hari ni hari terakhir En Suamiku di sini.

Sebabnya Isnin depan dia dah start lapor diri sepenuhnya di IKM, KK plak..

Kali ni sebagai tanda penghargaan dari dia kepada staff2 admin dia, hadiah yang ku rasa2 macam comel je diberi kepada mereka...daku yang pilih sendiri hadiahnya..

Sebelum2 ni, En Suami yang tentukan & belikan ..tapi kali ni dia tak sempat. So, daku je la yang beli.

Tadaaaaa..belikan ni je di Ikea Cheras hari tu. Staff admin dia ada dalam 32 orang. So sorang satu la ye. Dalamnya ku isi coklat dairy milk 4 pcs & coclair 4 pcs gak..

Jadi la kan sebagai tanda2 kenangan...

Dikhabarkan petang ni ada sedikit majlis perpisahan untuk En Suami...

Tiba2 rasa sayu plak nak tinggalkan tempat ni..

Gigih je tempah sticker bagai

Wednesday, February 24, 2016

Balik Juga Akhirnya

Tepat jam 10.30 pagi, Cikgu Kelas Danial call.

Bagitau boleh ambik Danial sebab dia pun macam tak larat je nak sambung balik belajar. Lepas PJ, dia sambung tido balik dalam kelas...

Ok la Danial.. 

Balik dan berehat je la kat rumah ye. 

Anak manja ibu..

2 reaksi yang berbeza

Pagi tadi Danial ke sekolah gak akhirnya...

Itu pun mula2 tu dia merengek2 gak sebab kata sakit kaki..

Aduhai...jenuh gak la pujuk2 dia tadi.. last2 ke sekolah gak.. daku dah lama tak hantar Danial sampai ke kelas, jadi agak excited gak bila tengok meja2 dalam kelas tu dah dibalut dengan alas yang sangat cantik.

Baru kejap tadi Cikgu Matematik dia merangkap kawan daku watsap gambar dia..

Bila ditanya , nak balik ke? Dia tak nak balik. Lepas tu bila dah mula buat kerja, baru dia nampak macam ok sikit.

Kita tengok nanti tengahari nanti macam mana plak keadaan dia..

Minggu depan Ujian

Tuesday, February 23, 2016

Hari yang ditunggu-tunggu...

Hari ni hari temujanji Danial dengan Dr Pakar Kanak-Kanak. Awal2 pagi dah daku kejutkan diaorg ni. Sambil tu dengar la Danial merengek nak pi sek. Kalau termasuk hari ni, 3 hari dia tak ke sekolah. 2 hari sebab demam & hari ni ada temujanji kat Hospital plak. Lepas je hantar Hariz ke sekolah, terus kitaorg ke Hospital Nora.

Sampai kat Klinik Pakar 5 dalam jam 7.30 pagi. Tengok2 kat situ dah ada yang datang lagi awal. Danial dapat no 5. Tepat jam 8.30, nurse panggil untuk timbang berat & ukur tinggi. Bilik rawatan untuk budak2 ada 3 bilik. Ku perati no cepat gak dipanggil. Dalam 10 minit lepas tu dah kena panggil. Sekali masuk plak, ada 2 org Dr. So 2 pesakit terus dipanggil.

Dr yang rawat Danial ni Dr lelaki Cina. Sangat friendly, berinformasi dan sangat cekap. Memang detail dia check Danial lagi2 lepas kitaorg bagitau yang ini kali pertama kitaorg hadapi macam ni. Danial masih demam lagi. Dr check suhu dia 37.7 . Lepas Dr Tan tu check Danial, memang dia dengar ada gak bunyi kat jantung dia. Kitaorg dalam bilik rawatan tu lama la juga. Ada la dalam setengah jam macam tu...

Lepas je settle, kena buat ECG & X Ray plak. Time ECG, ada dr lain yang handle. Dibantu oleh sisters. Peramah2 diaorg ni. Mujur la time ECG tu, Danial sangat memberi kerjasama.. walhal masa Dr Tan check dia tadi, tak habis2 berzikir depan daku n en Somi, dia nak pi sek.

Settle je ECG, ke bilik X Ray plak. Dapat no 21, tengok no yang dipanggil baru no 9. So daku pi la siap2 ambik ubat demam & antibiotik Danial kat farmasi sambil tunggu giliran untuk X Ray.

Apa yang daku perati, Hospital Kerajaan dah makin banyak perubahan positif. Macam ambik ubat kat Farmasi plak, walaupun no aku dapat lambat lagi, tapi cekap je diaorg ni buat kerja. Tak sampai 10 minit, no aku dah dipanggil.  Settle je ambik ubat, daku terus ke bilik X Ray. Tengok2 no masih lagi belas2. Tunggu lagi 10 minit macam tu, no dah dipanggil. Untuk X Ray, Danial kena baring kat atas tu. Sebab dia kecik lagi. Sekejap je pun. Dah siap tu terus la kitaorg balik. 

Untuk full detail scan jantung yang namanya ECHO tu, akan dibuat plak pada temujanji berikutnya pada 8hb 3 nanti. 

Daku sebenarnya ada macam2 perasaan sekarang ni. Lebih kepada risau dan serabut gak dibuatnya...
Pertama kali.....

Jum Bersenam ...

Korang  ...ada siaran Life Inspired 728 tak..

Kalau ada, jangan lupa rekod @ nonton siaran Exercise @ Senaman setiap hari Sabtu & Ahad bermula dari Jam 6 pagi hingga 8 pagi ye .

Daku rekod je la.. lepas tu baru set nak follow bila.. mcm semalam, daku sempat follow Fitness First Class..ada la dalam 15-20 minit..

Selamat bersenam..
Add caption

Monday, February 22, 2016

Hasil Tuaian Terakhir Sebelum Berpindah

Pagi semalam daku sempat la jengah kejap Mini Kecil Kebunku yang dah tak berapa nampak macam Kebun dah T___T

Hanya tinggal sayur pucuk ubi kayu, pokok betik, daun pandan, bendi & daun kunyit je.

So, daku pi la mencabut daun kunyit untuk ambik kunyit hidup.. bukan kunyit hidup je, daku jumpa gak halia muda..

Ni la hasilnya...Di tempat baru nanti, daku tak tau lagi mau menanam ke idak...

Ku guna sedikit je..lain2 bagi jiran2.

My Hero Demam

Danial demam sejak petang sabtu.

Gara2 kena hujan ketika ambik kasut sekolah yang dijemur kat luar.

Sehingga ke hari ni, masih panas lagi.

Alahai..moga cepat sembuh anakku..

Wajah ceria
Wajah sakit

Sunday, February 21, 2016

Terbabas Kalori

Hari hujung minggu memang PAYAH la kalau nak bab2 makan sambil MENGIRA kalori ni...

Contohnya la kan...Semalam time breakfast daku masak Nasi Goreng. Makanlah juga sedikit... Lepas tu Tengaharinya plak, daku masak Tomyam Ayam & Sayur serta Ayam Masak Halia. Sebab dah makan nasi paginya, time lunch tu daku hanya ratah a.k.a hirup je kuah tomyam tu & merasa la sikit ayam halia tu.. ku agak terpaku seketika melihat En Suamiku itu meratah je ayam halia tu sampai habis..hehehe..siap ku kata..tak pe..tak pe..utk makan malam nanti masak lain..

Sekali...bila dah petang2 tu budak2 ni ngadu lapar. Ku masak la roti telur kat mereka. Untuk daku plak, pi la tambah hirisan timun jepun, tomato & bawang holland serta sos thousand island & sos cili... sekali bila dah makan, daku pun nak rekod la sebagai dinner... 

Mak ai..rupanya..sekeping roti telur tu bersamaan 356 kalori..fuhhh..2 keping plak tu daku makan semalam..tu tak termasuk dengan bahan2 sampingan...^____^

Makanya, elok la makan nasi lagi...

Sekali bila dah dekat2 nak Maghrib tu, En Suami ajak makan mee udang plak...waaaaaa.. demi menemankan En Suami, follow je la... daku kongsi dengan Danial & Nayli je..haaa.. ambik..Mee Udang pun dekat 3++ kalori.. 

Exercise walaupun daku buat juga semalam, tetap gak terlebih2 semalam...sampai negatif la T____T

Maka...terjadilah Hari Terbabas Kalori...

Marilah berusaha lagi untuk hari2 berikutnyaaaaaaaa ye...

Moga esok2 tak de jadi macam ni dah
P/S : daku mengira2 bab kalori ni bukan semata2 untuk diet ke apa..lebih kepada kesihatan diri sebenarnya. Nak fit, nak bagi lebih bersemangat, nak happy2 je ..ni adalah sebahagian terapi 

Sharing .....

Jum bersenam

Sila zoom ye

Thursday, February 18, 2016

My Fitness Pal

Nak share sikit..

Daku dah terjebak dah dengan kira2 kalori ni ^____^

Gara2 melihat transformasi yang dilakukan oleh kawan2ku...Dengan berat yang sekarang ni, ku rasa macam tak selesa je bila memakai seluar, lagi2 seluar jeans la..

Boleh tengok kat playstore
Maka, semalam pun daku try la..sebelum tu kena tahu dulu apa target dalam proses mengira kalori ni..

Ni target daku...

46 kg la kan ^_^
Ye..berat daku sekarang 52kg. Nak turunkan sikit dal 46 - 48 kg pun jadi la. Bukan apa, nak bagi fit je...tak ada la nanti buat kerja2 rumah sikit dah penat ke apa ke..dah set target kita, so kita akan dapat tahu berapa berat yang harus turun bagi setiap minggu dan juga berapa kalori dalam sehari.

So, ni menu daku semalam. Sejak seminggu dua ni daku memang tak berapa lalu sangat nak makan berat2 ni.. maybe sebab penat kemas2 barang, jadi lebih banyak minum air dari makan. 

Tapi semalam, selera makan boleh tahan gak la. Pagi tu dalam jam 7.30 pagi lepas je hantar budak2 ke sekolah, daku & Nayli breakfast sama2. Makan kokokrunch je 1 mangkuk sorang. Nayli lepas tu sambung plak minum susu. Daku cukup la air masak je.. lepas kemas2 barang tu dalam jam 10 pagi dah lapar balik. Apa lagi punya la teringin nak makan maggie kari, masak je la..maggie ni kena makan time budak2 dah ke sekolah..kalau tak diaorg pun teringin juga tu. So, daku hanya tumis bawang putih banyak2 , ada la dalam 5 biji tu, cili padi dalam 5 biji gak, dihiris nipis2 dan kemudian tak lupa dengan sayur sawi.

Tengahari daku makan lambat sikit. Semangkuk sup ayam dengan seketul ayam saiz kecil & sayur sawi goreng.
Hari pertama
Snack diantara time lunch & dinner adalah kismis je. Tak ada la rasa lapar sangat pun. Dinner sebab nak makan nasi, daku masak sambal ikan bilis. Bawang merah, cili padi & ikan bilis ditumbuk kasar. Lepas tu letak sikit belacan. Goreng bagi garing sikit & kemudiannya boleh makan dengan nasi segenggam ye. Total kalori diambil semalam ialah 1066 untuk makanan sahaja. 

Boleh semak berapa kalori yang diambil bagi setiap jenis makanan
Makan2 juga..exercise jangan dilupa. So, semalam daku hanya sempat mengemas2 barang2 untuk pindah rumah ni je. Turun naik tangga angkat barang2 ke bawah. Dengan kotak2 bukunya, baju2 lagi..ada la dalam setengah jam..haaa.masukkan je dalam apps ni..

Selamat mencuba
Ada macam2 exercise tau.




The Second Best Exotic Marigold Hotel

Malam tadi daku sempat la rekod movie ni..konon2 nak la tengok pagi ni ke atau bila2 free la.. last2 tengah kemas2 barang daku layan terus la movie ni.. 

Ditayangkan di Fox Movies, filem ni agak baru la juga iaitu Tahun lepas diterbitkan.

Daku layan movie ni sebab ada Dev Patel. Sapa tengok slumdog millionaire, mesti tau Dev Patel ni berlakon macam mana.. 

Rupanya ni sequel yang kedua..Yang pertama dulu Best Exotic Marigold Hotel. 

Apa yang menarik movie ni adalah berkisahkan mengenai sekumpulan pelancong2 warga tua yang menginap di sebuah hotel yang diberi nama Exotic Marigold Hotel dengan pelbagai kisah2 mereka.. kira diaorg ni merantau ke negara lain, menikmati suasana di negara luar plak. 

Tuan punya hotel, Sunny (Dev Patel) dalam usaha untuk membeli sebuah lagi hotel yang lebih besar dan lebih selesa bagi menampung lagi ramai pelancong2 ke hotel tersebut. Dalam proses mendapat tajaan untuk membeli hotel tersebut, macam2 kisah di sebaliknya. 

Dev Patel ni kalau berlakon memang kelam kabut sikit.. daku nak tergelak je tgk lakonan dia.. selain tu ada gak diselit2 kisah2 lain mereka yang tinggal kat hotel tu. 

Cerita selanjutnya?? Tengok la sendiri.. so far, daku rasa best cerita ni. Sebab membuka mata melihat tentang budaya dari negara India sendiri. 

Habid movie ni pun dah 12.00 malam, akibatnya..pagi tadi ambik ko....6.25 pagi baru bangun..Fuhhhhhh..


Koleksi simpananku...

Petang semalam mengemas benda ni saja... koleksi manik2 sejak dari tahun 2011 dulu...

Satu ketika dahulu, daku memang gila jahit manik..siap pi kelas lagi tau..

Ingat lagi time tu masa adik lelaki aku bertunang, memang gigih la jahit manik2 kat baju2 daku...

Lepas tu stop seketika...lepas tu sesekali la plak daku menjahit..

Kali ni ingat nak jahit la balik ..sebabnya ada la beberapa baju yang daku tempah agak simple je.. harap2 mood aku  semasa di sana bertambah RAJIN laaa nanti..

Dulu2 daku simpan dalam bekas plastik yang kecil2 tu...tp mmg banyak la..sebabkan memerlukan banyak ruang plak, ku peket2kan la macam ni plak..haaa..baru la ok sikit..
Sekadar suka2

Wednesday, February 17, 2016

Mind Booster - Supplement untuk Anak-Anak

Mind Booster ni diberi oleh Kakak Ipar daku baru2 ni..

Dia pun dapat dari makcik En Suami plak.. Sekarang ni diaorg ahli keluarga  masing2 join Kongsi Makan..satu hub di mana macam2 jenis produk ada dalam tu. Mind booster ni antara salah satu produknya..

Daku tak berkesempatan la nak join sangat. Tapi baru2 ni ayah mentua ajak juga la masuk.. Daku hanya senyum2 je la. Last2 en somiku itu pi letak nama dia je..T___T

Ok...ni antara khasiat mind booster ni..

Nanti kita tengok ada tak apa2 perubahan budak2 ni.

Homeo Mind Booster™ membantu:

  • Anak anda rajin belajar dan ulangkaji
  • Cemerlang dalam pelajaran
  • Merangsang dan mengaktifkan otak
  • Menjadi lebih fokus semasa belajar
  • Menggalakkan pertumbuhan sel neuron
  • Menghilangkan rasa gugup


Homeo Mind Booster™ membantu: (Untuk Yg Bekerja)

  • Meningkatkan daya ingatan
  • Mengurangkan migrain
  • Mengurangkan stress dan tekanan
  • Meningkatkan keyakinan
  • Mengurangkan risiko nyanyu
  • Meningkatkan IQ, EQ dan SQ



1. Madu Asli

Membantu mepertingkatkan daya pemikiran serta tenaga


2. Calcarea Phospericum


Membantu meperkuatkan tulang dan gigi


3. Kalium Phospericum


Nutrien untuk membantu memperkuatkan daya ingatan dan hafalan


4. Magnesium Phospericum


Nutrien membantu menghilangkan perasaan jemu belajar.


5. Asid Phospericum


Membantu sebagai tonik penyegar, membantu masalah disiplin


6. Ganoderma


Mengaktifkan sel darah merah, menyingkirkan sisa toksik dalam badan dan membawa oksigen ke otak


7. Jasminum Polyanthum


Membantu kecantikan fikiran, murung dan tidak mementingkan diri sendiri


8. Anacard


Diperkaya dengan protein dan bertindak sebagai baja kepada sel-sel otak supaya cergas dan pintar. Ia menggalakkan pertumbuhan sel-sel neuron


Hubungi kami:
Homeo Mind Booster (M) Sdn. Bhd.

(1033856-K)

No. 9, Jalan AKP 1, Taman Ayer Keroh

Permai, 75450 Ayer Keroh, Melaka


Tel: +606 231 1300 (HQ)

Hp: +6017 300 1203 (En. Suffian)
+6013 620 3762 (Pn. Faridah)

Baru try lepas cuti CNY baru2 ni
Sekadar mencuba...Free kan..
Mmmmm...macam2 la...

Korang ada beri apa2 supplement tak untuk anak2? Share plzzzz

Sikit ke Banyak??

Kalau tengok list barang2 yang didaftarkan ni, macam sikit je barang2 yang kitaorg nak bawa ke KK nanti..

Tapi kan....bila dah kemas...

Mak Aiiiii..

Daku dah risau dah ni...

Takut terlebih2 plak la barang melebihi dalam senarai ni  ...

Patut aku letak je extra2 kotak ke apa2 je kan...waaaaaaaaaa..somi kata dah hantar borang ni tak boleh dah nak tambah2 lain ke apa.

Tengok je la nanti macam mana...


Bawa barang2 penting je ni

Tuesday, February 16, 2016

Hari Yang Tak Menjadi

Semalam hari yang tak menjadi bagi aku.

Entahlah kenapa.

Nak pergi hantar baju ke Tailor, kedainya plak tutup. Lepas tu dengar nak berpindah plak tu. Daku ada masa dah la sampai dalam bulan 3 la sekurang2nya di sini.

Call la plak Sek yang konon2nya daku nak masukkan budak2 ni ke sana.. Ya Ampun.. daku tak tau la nak kata macam mana. Daku hanya call & tanya je prosedur untuk pertukaran sek. Boleh la plak pihak sek sana cepat2 bagitau yang, "Sek kitaorg dah penuh. Puan cari sek lain saja"..

Aku dah blur2 je sambil menahan rasa geram. Sek tu memang la dekat dengan rumah yang bakal kitaorg duduk.

Nak tak nak daku watsap la jiran sebelah rumah aku ni. Dulu diaorg pun dari IKM, KK juga. So anak2 dia Sek T************ . Saja la call tanya kat sek tu plak. Jawapan yang sama juga daku terima TETAPI still lagi mengalu2kan kedatangan kitaorg ke sek tu. Terharu plak daku dengar tadi..sekurang2nya ada la perasaan lega sikit.

Daku yang masih tak berpuas hati call la plak JPN sana. Guess what??? Depa pun kata macam tu tapi since yang ni bukannya kitaorg plan pun, memang atas arahan pertukaran, so rasanya tidak ada masalah la. Makanya, orang JPN kata bawa je semua surat2 & maklumat2 selengkap dari Sek kat sini ke pejabat diaorg bila dah sampai sana nanti dan listkan saja nama2 sek yang daku pilih. So, nanti diaorg akan bantu untuk uruskan.

Pening tau ..hal barang2 plak, setakat ni daku dah settlekan bilik stor, bilik tidur , bilik tidur budak2 . Cuma buku2 en suami je belum masukkan dalam kotak lagi. Kalau ikutkan macam banyak lagi je yang tak kemas..

Pinggan2 @ periuk2 kaca yang daku nak bawa dah wrap semua. Aku tgk barang nak bawa balik kg lg banyak daripada nak bawa ke KK..

Moga esok ada sinar kembali...

Monday, February 15, 2016

Petang Yang Huru Hara

Tengahari semalam daku dapat Watsap dari kawanku merangkap Cikgu BM & Mate Danial yang ada Suntikan Measle & Tetanus bagi Tahun 1. Tengok muka Danial steady je..tapi lepas tu dia muntah plak..

Jadi time dia balik sekolah, daku ambik sampai depan pintu kelas. Tengok2 ada notis dari Dr yang membuat pemeriksaan pagi tadi mengatakan ada bunyi kuat di jantung Danial.  Dalam notis tu appointment dia pada 8hb 3, namun ku khuatir kalau2 time tu daku dah tak ada di sini..

Maka, lepas je hantar Hariz ke Sek Agama, daku terus je bawa Danial ke Klinik Kesihatan Parit Raja. Maklumkan pada Dr yang daku datang awal sebab maybe tak dapat datang pada 8hb 3 tu di atas kebarangkalian berpindah ke KK.

Last2 Dr tu buat surat rujukan lanjut ke hospital plak untuk Ultra Sound Scanner Echo untuk lebih detail. Tapi kena gak buat appointment yang dijangka ambik masa dalam 1 @ 2 bulan. Mak ai..lama betul..

Disebabkan itu, daku cepat2 call En Suami & tanya pendapat dia. So kitaorg ke Hospital Pantai Batu Pahat la plak.. sebab situ ada Paed. Alih2 bila tunjuk kat Nurse Paed dan dia plak merujuk kepada Paed tersebut, memang kena refer ke Hospital Pakar Kerajaan juga  . Di atas faktor alatan yang tidak mencukupi.

Dari Hospital Pantai ke Hospital Batu Pahat la plak..time ni Nayli memang lena je..so senang la sikit daku bergerak. Nayli stay dengan Hariz & En Suami dulu di dalam kereta , daku plak uruskan pendaftaran Danial ke Bahagian Emergency plak. 2@3 kali juga la ayat yang sama daku ulangi, saya cepat2 bawa anak saya berjumpa dengan Dr memandangkan saya akan berpindah ke KK tak lama lagi. Jadi sebab tu saya nak check la awal2..Risau sebab anak saya tak pernah ada tanda2 macam ni.

Akhirnya, setelah diperiksa oleh MO yang bertugas, daku kena bawa gak Danial jumpa dengan Pakar dalam 2 minggu lagi iaitu pada 23hb 2 nanti.

Aduh...berdebar2 sangat menunggu temujanji tersebut.. Doakan Danial tak ada apa2 ye..

5 jam settlekan pasal Danial semalam

Kawan....di manakah kau....

Perkongsian ini daripada sahabatku dari Group Aspuri 94-98.

Entah mengapa daku terfikir sejenak. Mengenangkan kawan2 dari zaman sekolah dulu...Rindu mereka sangat2..

Sharing Is Caring

Petikan ucapan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ... genap setahun ke alam baqa

Sedap kata-katanya :

"Apabila anda tua, rebut setiap peluang untuk bersama rakan-rakan lama, kawan sekolah dan rakan sekerja kerana peluang itu akan berkurangan dari semasa ke semasa. Air yang mengalir ke hilir tidak balik ke hulu. Begitulah dengan kehidupan.

Sahabat adalah umpama bintang. Walau berjuta batu jauh dari bumi tetap bercahaya. Meskipun kadang-kadang menghilang, dia tetap ada. Dia tidak mungkin dimiliki, tapi tidak dapat dilupakan kerana sahabat yang baik sentiasa ada dalam hati dan dalam kenangan.”

Sunday, February 14, 2016

Syahdu

Sedikit perkongsian dari Group Nanny 911



Tuhan, Ingatkan Kami
==================


Ini gambar Zhang Jinli, berusia 46 tahun berasal dari Jibo di sebelah timur China. Kelihatan dia sedang bersimpuh di sebuah stesen keretapi.

Dia bersimpuh memohon maaf di hadapan ayahnya kerana tidak dapat menjaga mereka. Dia harus kembali ke Beijing, tempat dia bekerja. Dia pulang bercuti sempena sambutan Tahun Baru Cina minggu lalu.

Selama empat tahun di perantauan Zhang tidak pernah pulang menjenguk orang tuanya yang sudah berusia 80 tahun itu. Dia merasa bersalah, dan sangat menghormati ayahnya.

Zhang bersimpuh di lantai itu beberapa kali di hadapan ayahnya dan seorang saudaranya untuk menunjukkan betapa mereka amat bererti baginya.

Emosi Zhang tersentuh kerana harus meninggalkan orang tuanya sehingga dia ketinggalan keretapi yang dianggarkan tiga jam perjalanan dari Jibo ke Beijing. Berkali-kali dia memohon maaf dan mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya.

Foto ini tersebar di internet. Banyak warga maya memberi komentar.

“Ketika kita meninggalkan rumah, baru kita sedari betapa banyak perkara baik yang kita tinggalkan,” komen seorang pengguna Weibo, Twitter versi China.

Bagi saya, kisah ini mengingatkan syair Imam Syafie r.a,

Jika air tidak mengalir, ia takkan pernah jernih
Jika singa di sarang tinggal diam, ia takkan pernah menerkam

Jika anak panah tidak meninggalkan busur, ia takkan menyentuh sasar


Seperti Zhang, kita juga mempunyai emosi dan kenangan yang harus kita tinggalkan. Kita berhijrah untuk sesuatu yang lebih baik di masa hadapan.

Bezanya, adakah kita sanggup meninggalkan seketika keperluan dan jadual untuk bersimpuh meminta maaf dengan orang yang kita cintai kerana telah mengambil waktu-waktu berharga bersama mereka?

Lebih penting adakah kita sanggup berteleku sejenak memohon ampun dan redha Allah atas segala kurnia-Nya sebelum ini yang tidak pernah kita hitung?

Untungnya Zhang, petugas stesen membantunya untuk mendapatkan kesempatan menaiki keretapi berikutnya.

Kita, siapa yang akan menolong untuk mengingatkan?

Terima kasih sahabat, terima kasih Ya Allah!

#salehaidris
#inspiratorpsikologikeibubapaan

Sharing Is Caring