click...click...

HITS

Followers

Saturday, January 30, 2016

TIPS MAHUKAN ANAK CEMERLANG

SHARING IS CARING

CARING IS LOVING

MAHUKAN ANAK CEMERLANG?

Sesi persekolahan Tahun 2016 sudah pun bermula hari ini. Ibu bapa harus faham, kejayaan anak-anak dalam peperiksaan diakhir tahun bermula dari awal tahun. Bermula sahaja sesi persekolahan yang baru maka ibu bapa perlu bertekad dan berazam untuk membuat satu pembaharuan agar terbentuk tabiat atau habit cemerlang dalam diri anak-anak.

Ingat, kejayaan datangnya dari sikap istiqamah. Iaitu tabiat harian anak-anak. Kejayaan besar yang dicapai esok hari adalah himpunan kejayaan-kejayaan kecil yang diperolehi setiap hari.

Oleh itu marilah kita sama-sama membentuk tabiat positif yang merupakan kejayan-kejayaan kecil setiap hari ini.

Antaranya:

1. Hari persekolahan pastikan anak-anak tidur awal.

2. Simpan semua gajet dan permainan komputer serta tutup TV di hari persekolahan.

3. Setiap hari apabila anak balik dari sekolah, minta mereka keluarkan buku-buku yang ada kerja sekolah dan letakkan atas meja. Dengan cara ini, ibu bapa dan anak-anak sentiasa ingat ada kerja yang belum disiapkan.

4. Pastikan anak-anak bangun awal dan Solat Subuh.

5. Pastikan anak-anak bersarapan pagi, usah biarkan mereka ke sekolah dengan perut kosong.

6. Jadikan tabiat untuk menyemak jadual sekolah sebelum tidur. Pastikan semua buku-buku untuk esok termasuk pakaian dan peralatan sekolah sudah tersedia.

7. Pastikan anak-anak sampai awal ke sekolah, usah lewat nanti didenda atau dicatat nama oleh pengawas. Tidak bagus untuk prestasinya dan perkembangan emosinya.

8. Tetapkan waktu belajar dan wak untuk mengulang kaji setiap hari. Sebaiknya, antara jam 8.00 hingga 10.00 malam.

9. Amalkan untuk makan malam awal. Sebaiknya sebelum jam 7.00 malam.

10. Latih anak untuk menyediakan buku kecil yang boleh dimasukkan dalam poket bagi mencatat setiap peringatan, arahan, pesanan oleh guru-guru. Dengan cara ini mereka tidak lupa.

Kredit to 'Power Parenting Online'


Tips ni dikongsi oleh Salah seorang ahli dalam Group Watsap kitaorg yang dinamakan Nanny 911. Diasaskan oleh Puan Saleha, Group ni aktif membincangkan mengenai pelbagai kata2 nasihat mengenai anak2 dan juga saling berkongsi mengenai Tips2 Dalam Mendidik Anak. 

Jadi pada kali ini, daku berkongsi juga kepada korang2 semua mengenai Tips tersebut.

Selamat Mengaplikasikan Tips2 tu ye.

Daku dalam proses lagi mengamalkannya. 

Yang no 2 tu masih belum boleh mengikuti secara sepenuhnya kerana Nayli memang suka tengok Tv dan ini secara tidak langsung menyebabkan abang2nya, Hariz & Danial pun sama2 gak tengok TV. 

No 9 memang dah amalkan dari sebelum2 ni.

No 10, setakat ni Hariz je yang amalkan dulu.

Semoga istiqamah hendaknya..

4 comments:

umi alya said...

Terima kasih ayu, jangan lupa jika ada tip lain, kongsi ya

Nurhidayu said...

kak tni, insyaallah kak..nanti kalau ada ayu share lagi ye

amirah said...

insyaAllah kita amalkan...rasa yg last tu aje belum..sbb ahmad masih macam nak adapt lagi dgn sekolah ayu..pastu jadual mak dia yg tak tentu...nasibbbb babah cikgu...huhu

Nurhidayu said...

Amin..mudah2an kita sama2 ye..untunglah ahmad dpt satu sek dgn ayah dia..hehe