Followers

HITS

Friday, January 22, 2016

Restoran Kari Kambing 40 Hari - Jejak Juga Akhirnya

Dah banyak kali En Somi ajak pi makan kat sini..
Dia kata sedap, kalah Nasi Briyani Fujitsu 

Mmmm..memandangkan agak lama juga la En Somiku itu pantang makan daging lagi2 daging kambing, kali ni ku layankan je la kemahuan dia..

Makanya, pagi tadi selepas settelkan basuh baju sek budak2 , kasut2 sek diaorg , baru lah kitaorg gerak..time tu dah 9.45 pagi dah.
Dari Parit Raja ke Yong Peng tu tak de la jauh sangat pun..Sampai je kat Ayer Hitam, ambik ke kiri jalan lama ke Yong Peng.

Lebih kurang 7km juga la dari situ ke Restoran tersebut. Dalam perjalanan ke sana tu, macam biasa la..layan pertanyaan budak2 ni bila nak balik kampung.

Jenuh daku menjawab pertanyaan diaorang lagi2 dari Danial. Kenapa kena balik hari khamis..Kenapa tak balik hari sabtu..last2 daku dah malas nak jawab dah..biar je la..

Rupanya tak habis lagi pertanyaan tu dari dia..sampai kat restoran tu pun masih lagi bertanya ..bila daku dah mula tak layan, maka apa lagi..aksi2 duduk di lantai la berlaku..Tolong la Danial, awak dah 7 tahun kut..

At last, daku yang nak cepat2 terus je minta En Somi order 2 Nasi je..satu kambing satu ayam.. yg ayam tu kongsi la kami 4 beranak sbb bila aku jeling2 keliling tgk portion nasi macam banyak je..

Sekali bila dah makan tu aisehhh..sedapnya la hai...cuma daku lebih suka kalau ayam tu dicampur terus dgn kuahnya..patut la daku tgk ramai yg ambik daging..daku ingatkan daging kambing je, maka mmg la tak order sbb daku mmg tak makan kambing .rupanya ada gak daging lembu biasa..

Tak pe la..next time bebila family datang boleh ajak diaorg makan kat sini..maybe boleh try versi makan guna talam plak ke..menarik je daku tgk 1 family ni beramai2 makan dlm talam .
Late breakfast merangkap LUNCH 

No comments: