Followers

HITS

Sunday, January 24, 2016

Kidzoona BP Mall

Aktiviti Pagi Sabtu selepas budak2 ni balik dari Training Taekwando.

En Somi ku itu teringin nak makan mee goreng mamak kat Food Court BP Mall kekdahnya...

Makanya, daku yang dah siap2 nak sediakan bahan2 untuk masak tengahari pun tergendala la kejap..tak pe la..siap2 untuk makan malam nanti la nampaknya.

Sampai sana dalam jam 10.20 pagi..kedai kat food court pun baru buka...mmm..mana la ada lagi apa2 yang boleh dimakan time tu..

Jadinya sebelum mereka berTIGA ni membuat aksi2 sewaktu dengannya, layangkan la RM 18 untuk 3 orang) ke sini..KIDZOONA namanya..

Diaorg memang enjoy sangat main. Sebabnya time tu tak ada orang lagi pun yang nak main kat situ..Memang seronok la ..RM 6 sorang selama 30 minit..lepas tu tambahan RM 1 untuk tambahan 30 minit seterusnya kut..kalau aku tak silap la..kalau hari biasa RM 5 sahaja sorang untuk 30 minit.

Dah cukup 30 minit, apa lagi..kita makan dulu....

Happy Kids
Happy Family

No comments: