click...click...

HITS

Followers

Thursday, January 28, 2016

Fail Latihan MIH & MID

Sejak minggu ke2 persekolahan, daku dah mula mencari latihan2 untuk dibuat oleh budak2 ni..


Tahun lepas, masa Hariz darjah 1 daku banyak belikan buku2 latihan je..ada 1 subjek tu sampai 3 - 4 buku... tapi akhirnya tak dapat habiskan pun buku2 tu..


Maka, bila diberi latihan guna kertas, lagi laju je diaorg buat, jadi daku ambik kesimpulan diaorg lebih suka guna kertas latihan lagi berbanding buku.


Untuk sementara waktu ni, daku fokus 4 subjek dahulu.. Sains, Matematik, BM & BI.


Insyaallah akan daku tambah untuk subjek2 lain.


Daku buat mcm ni supaya boleh kesan apa subjek & topik mana yang budak2 tak boleh faham @ kuasai.


Setakat ke hari ni , dah seminggu buat latihan guna kertas2 yang daku sediakan ni, daku ada la nampak sikit2 apa topik yang Hariz & Danial tak faham.


Cth ; Hariz agak celaru sikit kalau topik bundarkan ke puluh @ ratus dalam subjek matematik.


Danial plak, daku nampak agak lemah dari segi bacaan dalam Bahasa Melayu yang melibatkan 3 suku kata.


So, daku akan berikan lebih tumpuan dulu untuk 2 subjek ni . Latihan ni biasanya daku buat time malam selepas solat isya..tak ambik masa lama pun sebab daku tak nak diaorg penat. Dalam 15 - 20 minit sahaja kalau latihan. Kalau sessi bacaan plak dalam 15 minit, tak kira dalam BM @ BI.



Dan latihan ni HANYA akan dibuat setelah diaorg ni siapkan kerja2 sek pagi @ pun sek agama dulu..



Sebab macam tahun lepas daku banyak lepaskan Hariz buat kerja sek sebelah malam. Jadi kadang2 tu bila dah siap kerja sekolah dah jam 10. 



Sekarang ni kerja sek kena siapkan sekurang2nya selepas balik sek agama. Dah balik rehat jap, minum petang dan siapkan kerja. Lepas tu baru la rest kejap @ kalau tak hujan kitaorg akan main2 dulu kat luar atau jogging kat UTHM. Tengok la cuaca gak. Kalau hujan, masa melepak2 je la kat rumah sambil tunggu makan malam.



Antara solat Maghrib dan Isya, adalah masa mereka mengaji. Biasa daku & En Suami gilir2 mengajar diaorg termasuklah Nayli sama.



Tahun ni daku berdoa dan  berharap ada peningkatan dari segi sahsiah & juga akademik budak2 ni. 



Next entry, daku akan share dari mana sumber rujukan daku untuk mencari latihan2 ni ye. 



Setia Menanti ........
Setakat ni 2 fail je la dulu untuk Hariz
BM & BI
Mate & Sains
Danial plak ada 1 fail tambahan
Iaitu fail LINUS

No comments: