click...click...

HITS

Followers

Friday, January 29, 2016

Char Kuey Teow Versi Daku

Daku & En Suami memang penggemar Char Kuew Teow.

Lagi2 ketika zaman belajar dulu , makanan ni la menjadi salah satu kegemaran kitaorg.

Sebelum ni daku dah jumpa macam2 jenis resipi Char Kuew Teow.

Ada yang kena rebus kepala udang dulu la..

Macam-macam la..

Daku ni kalau bab masak-masak ni tak berapa gemar resipi yang kena renyah2 sangat.

Sebab daku seorang yang simple dalam masakan. 

SIMPLE atau dari segi ayat yang lain NAK CEPAT & MUDAH je..

Sampai la daku jumpa resipi ni dari group kat FB

Tak ingat dah group apa..

So, dari situ daku dah buat banyak kali resipi ni.. kali ni baru tergerak nak share kat sini.

CHAR KUEY TEOW

Bahan-Bahan

Kuey Teow (Daku guna separuh je untuk kami makan 5 beranak. tu pun dah tambah 2x)
Sedikit Udang (kalau ada kerang pun boleh guna gak)
Segenggam Tauge
Segenggam Kucai
4 ulas Bawang Putih
2 biji Telur

Bahan Kicap @ Kuah Char Kuey Teow

4 sudu kicap pekat
4 sudu kicap manis
4 sudu sos tiram
2 sudu kecil serbuk cili (jangan banyak sgt nanti pedas)
1 cawan air

Cara - Cara Memasak :

* Masakkan Bahan Kicap @ Kuah Char Kuey Teow ni dahulu.
* Biarkan sebati dan kemudian boleh tutup api .


  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih. Tumis hingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan udang dan kacau seketika.
  3. Apabila nampak udang dah kemerah-merahan, masukkan kuey teow.
  4. Masukkan Bahan Kicap @ Kuah Char Kuey Teow tu sedikit demi sedikit.
  5. Masukkan tauge dan kucai sekaligus.
  6. Goreng hingga sebati.
  7. Pecahkan telur dan kacau lagi.
  8. Tadaaaaaaaa.. dah siap pun ..Hidangkan terus dan apa lagi..Terus la makan ye

*Char Kuey Teow ni sesuai makan time panas-panas je. Kalau dah sejuk nanti, kuah dah kering dan biasanya dah lembik . 

*Selamat menjamu selera



Menu Paling Simple Bagi Daku yang tak berapa sihat ni

No comments: