click...click...

HITS

Followers

Sunday, January 31, 2016

Bento For Today : Mi Lada Hitam

Bento untuk Hariz & Danial merangkap Sarapan Pagi kitaorang gak pada hari ini...

Sumber Asal : Idea Bekal Ke Sekolah Menu Asia M/S 37 = Udon Masak Lada Hitam
Tapi sebabkan daku tak jumpa udon kat sini, so daku gantikan dengan Mi saja

BAHAN-BAHAN :

1 peket mi 500gm (guna separuh je)
4 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
Sedikit daging (menu asal guna ayam)
4 keping cendawan shitake dihiris halus (menu asal 2 keping)
Sedikit sawi (menu asal tak ada)
Daun bawang
Minyak masak


SOS LADA HITAM :

1 sudu makan lada hitam (ditumbuk halus)
2 sudu makan kicap pekat (resipi asal 1 sudu)
2 sudu makan sos tiram (resipi asal 1 sudu)
2 sudu makan kicap manis (resipi asal tak ada)
2 sudu makan sos lada hitam (resipi asal tak ada)
2 sudu teh gula (resipi asal 1 sudu)
2 sudu makan air (resipi asal 1 sudu)


* Campurkan semua bahan SOS LADA HITAM di dalam mangkuk kecil, kemudian kacau biar sebati. Boleh tambah sedikit air kalau rasa macam pekat sangat.

CARA MEMBUAT :

1. Mi dibasuh dan dicelur dengan air panas seketika.

2. Daging direbus terlebih dahulu , jadi nanti bila dimasak dengan mi nanti, tidaklah perlu lama.

3. Panaskan minyak dan kemudian tumis bawang putih sehingga wangi.

4. Masukkan sos lada hitam. Kacau seketika.

5. Masukkan daging dan masak seketika . Tak perlu lama pun.

6. Masukkan sayur sawi.

7. Masukkan mi dan cendawan shitake. Gaul rata dan masak sehingga sos lada hitam tu bercampur elok dengan mi.

8. Tutup api. Angkat dan taburkan hirisan daun bawang di atasnya.

9. Tadaaaaaa.. Dah siap pun.. oh, daku tak ada la nak deko2 gambar mata, mulut bagai macam di gambar dalam buku tu. ^_______^

Selamat Menjamu Selera

Menu Simple di Pagi Ahad

3 comments:

umi alya said...

Terima kasih ayu, bolehlah akak jadikan panduan ntuk siapkan bekal untuk Alya

Nurhidayu said...

Sama2 kak...selamat mencuba

Nurhidayu said...

Sama2 kak...selamat mencuba