click...click...

HITS

Followers

Friday, January 22, 2016

Aktiviti Tambahan - Hariz & Danial

Hari pertama, mula2 daftar je..tapi Master suruh join terus



Tahun ni daku bertekad nak masukkan diaorg ke kelas Martial Art. 
Jadi, selepas survey, daku jumpa lah satu Gym ni di mana ada menyediakan Latihan Taekwando .
Asalnya daku nak masukkan Hariz saja, tapi tau-tau je la..
Danial yang "terlebih2" nak join....
Daku bukan apa, niat kitaorg masukkan budak2 ni ke kelas tu nak bagi diaorg berdisplin di samping menimba ilmu pertahankan diri.

Tapi, nampaknya setakat ni la kan..dah 3 training diaorg pergi..
Daku mula nampak yg Danial "betul2" apply training dia tu kat kawan-kawan sek dia...
Daku rasa macam tersentak, geram & frust sangat bila satu hari tu Cikgu kelas dia datang jumpa daku masa balik sek & bagitau apa yang dia buat kat kawan2 dia.. 
En suamiku itu lagi la..memang marah la pada Danial sebab buat macam tu..
Terkini, daku dah ambik keputusan training utk Danial akan daku hentikan buat sementara waktu sehingga dia buktikan yang dia tak buat lagi kawan2 dia & daku tak nak dengar dah aduan dari Cikgu Kelas dia..
Baru Darjah 1 je kut Danial ni..tapi dah macam2 aksi2 dia kat sek..
Itu adalah salah satu denda @ hukuman untuk dia kerana berkelakuan macam tu.

Korang rasa macam mana? 


Hari Pertama je dah training macam ni 
Sessi Training 2 minggu lepas

No comments: